23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, August 15, 2022
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

The Cuckoo’s Egg: Tracking a Spy Through the Maze of Computer Espionage

Editor by Editor
12/07/2009
in Fiksyen, Buku & Filem
0 0
0

Oleh: Mohd Faizal Aziz

Buku ini merupakan sebuah buku klasik yang menjadi bahan bacaan sampingan penuntut sains komputer di beberapa buah universiti terkemuka dunia. Seorang kenalan di internet pernah menyatakan bahawa pensyarahnya pernah menggalakkan pelajar-pelajaar mereka memiliki dan membaca buku ini untuk mengetahui realiti sebenar dunia keselamatan internet.

Sejak kemunculan teknologi internet, kisah-kisah hackers atau penggodam, pencerobohan komputer, isu-isu keselamatan sistem rangkaian, web defaced, kecurian data dan pelbagai istilah yang menggerunkan muncul di dada akhbar. Terbaru ialah ialah kisah penggodaman besar-besaran yang berlaku di Korea Selatan dan Amerika. Apa yang boleh diungkapkan ialah, semakin maju teknologi yang dicipta oleh manusia, semakin ramai manusia yang cuba untuk menguji keampuhan teknologi.

Sebuah kisah benar yang berlaku sekitar tahun 90-an yang dialami oleh Cliff Stoll selaku penulis buku ini . Buku berjudul The Cuckoo’s Egg: Tracking a Spy Through the Maze of Computer Espionage ini merupakan sebuah kisah yang berkisar tentang pengalaman peribadi penulis yang bertindak memburu hackers yang menggodam sistem komputer tempat beliau bertugas dan hampir seluruh universiti-universiti di Amerika ketika teknologi internet baru mula berkembang. Cliff Stoll merupakan seorang astronomer yang beralih memegang jawatan pentadbir sistem komputer secara kontrak ketika menunggu dana penyelidikan berkaitan satelit dan astronomi di Lawrence Berkeley Lab. Apa yang menarik, buku ini ditulis seolah-olah sebuah novel fiskyen dengan gaya bahasa yang santai dan mudah dicerna oleh pembaca.

Perburuan bermula apabila beliau mendapati sistem akaun makmalnya mengalami kehilangan sebanyak 75 sen dan mengesyaki ada pengguna yang memecah masuk sistem komputer yang dikawalselia olehnya dan mengubah data-data penyelidikan di dalam sistem komputer tersebut. Penggodam yang memecah masuk sistem komputer menggunakan nama samaran Hunter, menceroboh sistem komputer di Lawrence Berkeley Lab dan bersembunyi di sebalik kompleksiti sistem komputer sebagai laluan utama untuk menceroboh sistem rangkaian komputer Amerika Syarikat dan mencuri maklumat sensitif ketenteraan dan keselamatan.

Cliff Stoll melakukan penyiasatan secara bersendirian menggunakan kepakaran yang dimiliki oleh beliau dalam sistem operasi UNIX pada waktu itu dan sistem rangkaian. Pencariannnya adalah berdasarkan bukti cetakan berkomputer aktiviti hackers yang direkod oleh beliau sepanjang menjalankan penyiasatan sehingga menarik minat pihak kerajaan Amerika untuk turut serta dalam penyiasatan.

Kisah mengintip dan memburu hackers dari Jerman ini mengambil masa setahun yang melibatkan pelbagai kepakaran dan pendedahan tentang betapa penting isu keselamatan dan penyelidikan. Setahun dalam penyiasatan menemukan pelbagai masalah teknikal dan karenah birokrasi Kerajaan Amerika dalam melaksanakan polisi keselamatan sehingga timbul isu-isu yang melibatkan sensitiviti kerajaan dalam usaha untuk menjuarai pencapaian dalam bidang sains dan teknologi. Stoll menemukan kod-kod komputer yang berjaya dipecahkan oleh penggodam dari Hannover Jerman, mendapati berlaku kecurian data-data satelit dan persenjataan negara, rahsia-rahsia ketenteraan dan bagaimana rakyat Amerika sendiri yang sanggup menggadaikan maruah negara mereka untuk memberi maklumat sulit dan bertindak sebagai ejen rahsia kepada KGB untuk mendapatkan habuan dadah dan wang.

Buku ini memuatkan satu-satunya diagram untuk memudahkan pembaca memahami bagaimana penggodam dari Jerman yang menganggotai kumpulan Chaos of Computer Club memecah masuk sistem komputer di Universiti Bremen, Jerman melalui sistem rangkaian Datex-P. Dari sana mereka memasuki gerbang internet antarabangsa sebelum berjaya memasuki makmal Lawrence Berkeley di mana Cliff Stoll bertugas sebagai pentadbir sistem. Penggodam memanfaatkan kelemahan perisian pemprosesan teks (texts editor) Gnu-Emacs yang dihasilkan oleh Richard Stallman dan mula memasuki rangkaian komputer di makmal-makmal yang menjalankan penyelidikan rahsia terutamanya yang berkaitan dengan sistem keselamatan dan pertahanan Amerika.

Buruan Stoll selama setahun dan kerjasama dengan pihak keselamatan Jerman akhirnya berjaya memberkas Markus Hess, Pengo atau nama sebenarnya Hans Hueber dan mengenal pasti Hagbard sebagai suspek utama pencerobohan sistem komputer Amerika. Hagbard walaubagaimanapun berjaya melepaskan diri dan akhirnya dipercayai mati akibat membunuh diri Penggodam ini akhirnya ditangkap dan dibicarakan di mahkamah Jerman atas kesalahan menceroboh dan memindahkan data-data sulit kerajaan Amerika.

Apa yang menarik di akhir buku ini ialah, kenyataan Cliff Stoll tentang keselamatan komputer bahawa, isu keselamatan adalah sangat penting untuk difahami oleh pengguna komputer di zaman moden. Hacker atau penggodam muncul selari dengan kemajuan teknologi, oleh yang demikian setiap pengguna perlu memiliki kesedaran yang tinggi dalam isu-isu yang melibatkan keselamatan komputer. Sehingga kini, Clif Stoll kekal sebagai penceramah, penulis buku dan astronomer yang terkenal.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: hackerpenggodampenjenayah siber
ShareTweetShare
Previous Post

Falsafah Kuantum : Dari Fizik ke Metafizik | (6/6)

Next Post

John Von Neumann (1903-1957)

Editor

Editor

Related Posts

Ulasan Buku: Einstein di Malaya
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Einstein di Malaya

12 months ago
Kesan Terapi Membaca Buku
Berita & Peristiwa

Kesan Terapi Membaca Buku

2 years ago
Ulasan Buku: Bahan Pelekat Cip Bersuhu Tinggi dalam Pempakejan Mikroelektronik
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Bahan Pelekat Cip Bersuhu Tinggi dalam Pempakejan Mikroelektronik

3 years ago
Ulasan Buku: Seven Brief Lessons on Physics
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Seven Brief Lessons on Physics

3 years ago
Next Post
John Von Neumann (1903-1957)

John Von Neumann (1903-1957)

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Monday Blues’ – Fakta atau Mainan Psikologi?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In