23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Tiada lagi Google di China

Editor by Editor
29/07/2010
in Komputer & IT
0 0
0

Oleh Mohd Faizal Aziz


Pada 12 Januari 2010, gergasi enjin carian internet terkemuka di dunia Google telah mengumumkan bahawa mereka telah menjadi mangsa kepada serangan penggodam yang sofistikated dari China. Berdasarkan laporan siasatan yang dikemukakan oleh bahagian operasi keselamatan Google, antara yang menjadi serangan ialah perkhidmatan emel mereka iaitu Gmail. Menurut laporan, berpuluh-puluh akaun Gmail yang dimiliki oleh kumpulan hak asasi manusia di China telah diceroboh oleh pihak ketiga menggunakan kaedah ’phishing’ dan meletakkan perisian rahsia ’spyware’ di dalam komputer mangsa menggunakan teknik penggodaman terkini. Google dalam kenyataannya mengingatkan bahawa mereka tidak akan tunduk dengan polisi penapisan kandungan internet negara China. China sebelum ini terkenal dengan ketegasannya membendung kebangkitan kumpulan-kumpulan Hak Asasi Manusia dan anti demokrasi di negara mereka yang bergiat aktif melalui medium internet.


Google kemudiannya bertindak balas dengan mengancam untuk menutup operasinya di China sekiranya China tidak melakukan sesuatu untuk menangani serangan siber tersebut. Isu ini menarik perhatian Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton dan memberi maklumbalas dengan memberi amaran kepada China yang menyekat kebebasan maklumat di internet. Pada bulan Mac yang lalu, Google akhirnya mengotakan janjinya untuk mengeluarkan portal berbahasa cina www.google.cn di China dengan mengalihkannya ke Hong Kong dengan alamat baru www.google.com.hk.


Google dihasilkan pada tahun 1996 oleh dua pelajar dari Stanford Univerisity iaitu Sergei Brin dan Larry Page untuk projek penyelidikan PhD mereka. Melihat kepada potensinya untuk dikembangkan menjadi projek enjin carian internet peringkat komersil, mereka berdua nekad untuk menubuhkan syarikat yang dikenali sebagai google. Google berasal dari perkataan ’googol’ dalam istilah matematik yang bermaksud nombor besar bermula dengan nombor satu dan diikuti dengan seratus nombor kosong di hujungnya (10100). Google berkembang pesat sejak tahun 1998 dan membuka pusat operasinya yang diberi nama Googleplex di Mountain View California. Selepas beberapa tahun beroperasi, syarikat enjin carian internet terbesar di dunia tersebut mula mengorak langkah dengan membuka beberapa pusat operasinya di luar Amerika.


Google mula bertapak di negara China pada tahun 2005 apabila bekas eksekutif Microsoft iaitu Kai Fu Lee dilantik mengetuai operasi Google di negara komunis tersebut selepas melepaskan jawatannya sebagai ketua operasi Microsoft Research Asia yang dipegang olehnya sejak 1998. Pada tahun 2006, Google mula beroperasi secara meluas di China, namun begitu parti pemerintah di China meletakkan beberapa syarat untuk syarikat gergasi itu beroperasi. Antara syarat ketat yang dikenakan ialah mengehadkan hasil carian melalui penapisan kandungan maklumat yang diperolehi melalui Google. Tindakan China itu memberi kesan kepada kebebasan maklumat yang dicanang oleh Google melalui misinya yang jelas iaitu ’untuk menyusun dan mengemaskinikan maklumat di dunia’. Berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan, akses terhadap carian menggunakan google boleh diperolehi sehingga 90% di China dan beberapa perkhidmatannya dinafikan di sana bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Negara Tembok Besar tersebut.


Bagi kebanyakan golongan muda dan berpendidikan di China, mereka melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Google untuk mengalihkan operasinya dari China ke Hong Kong. Bagi mereka, google masih merupakan enjin carian internet terbaik di dunia setakat ini walaupun China sendiri memiliki enjin carian mereka yang terkenal iaitu Baidu (www.baidu.com). Selain berfungsi sebagai enjin carian, google juga menawarkan pelbagai produk yang sangat berguna kepada pengguna seperti perkhidmatan emel (Gmail), pengurusan dokumen (GoogleDocs), kalendar (Google Calendar), perkhidmatan weblog (blogspot), layanan video (YouTube), GoogleMaps, Google Earth dan yang terbaru Google Buzz. Bagi golongan profesional, perkhidmatan yang ditawarkan oleh google sangat membantu dalam pengurusan kerja dan kehidupan mereka seharian. Langkah China berkonfrontasi dengan Google memberi ketidakselesaan dan kekecewaan kepada mereka.


Di sebalik kekecohan isu penarikan balik perkhidmatan Google China dan ketegasan Republik Rakyat China mengawal kandungan maklumat internet terdapat beberapa analisa yang patut direnungi. Antaranya ialah dalam soal mengekalkan kestabilan sosial di China yang kini banyak dipengaruhi oleh lebuhraya maklumat di internet. Oleh yang demikian, menurut akhbar utama di China kerajaan perlu meletakkan sempadan tertentu dalam usaha mengawal kebebasan yang keterlaluan yang akhirnya boleh menggugat kestabilan parti pemerintah. China juga berpendapat adalah perlu untuk menentukan di mana dan bagaimana untuk meletakkan tempat pemeriksaan dalam lebuhraya maklumat yang sentiasa sesak. Selain itu google juga perlu bertanggungjawab dalam strategi bisnes serampang dua mata mereka iaitu antara mengurus dan menyediakan maklumat serta menghormati pendirian negara lain.


Catatan :// Artikel ini tersiar di sisipan ESTIDOTMY dalam Utusan Malaysia April 2010

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: hackerKomputer & ITTeknologi
ShareTweetShare
Previous Post

Melewati Model Piawai: Adisimetri dan Matra Lebihan

Next Post

Fahami Tugas Saintis

Editor

Editor

Related Posts

Kepentingan Platform Data Terbuka Dalam Sektor Pertanian Negara
Berita & Peristiwa

Kepentingan Platform Data Terbuka Dalam Sektor Pertanian Negara

2 years ago
Galakkan Pelajar Menjawab Soalan Subjektif
Berita & Peristiwa

Galakkan Pelajar Menjawab Soalan Subjektif

2 years ago
Teknologi Gentian Optik
Berita & Peristiwa

Teknologi Gentian Optik

2 years ago
Evolusi Teknologi Realiti Berperanta (AR) dan Aplikasinya dalam Konservasi Digital Serta Warisan Maya
Berita & Peristiwa

Evolusi Teknologi Realiti Berperanta (AR) dan Aplikasinya dalam Konservasi Digital Serta Warisan Maya

3 years ago
Next Post
Fahami Tugas Saintis

Fahami Tugas Saintis

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In