23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Transformasi Kanji Ubi Kemili kepada Hidrogel Super Penyerap

Mudahnya Baca Jurnal

Saiful Bahari by Saiful Bahari
19/09/2018
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh : Prof Madya Azwan Mat Lazim

Pengarang Korepsonden : Prof Madya Azwan Mat Lazim

Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nota : [Berikut merupakan ringkasan jurnal Lim Wun Pin, Airul Ashri, Muntaz Abu Bakar, Wan Yaacob Wan Ahmad dan penulis sendiri berjudul “Penyediaan dan Pencirian Hidrogel berasaskan Kanji / Akrilamida daripada Ubi Stemona curtisii” yang diterbitkan dalam jurnal Malaysian Journal Of Analytical Sciences 20(1), 157-170 pada tahun 2016.

Ubi Kemili atau nama saintifiknya, Stemona curtisii (Stemonaceae) adalah sejenis ubi yang dijadikan makanan ruji bagi penduduk di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung Malaysia. Ubi ini dikelaskan sebagai tanaman herba berumpun yang ditanam sebagai tanaman semusim. Ketinggian pokok ubi ini boleh mencapai sekitar 60-90 cm manakala ubinya bersaiz antara 2-4 cm panjang dan 0.5-2 cm lebar. Kulit ubi ini pula berwarna hitam keperangan seperti warna kulit ubi kentang biasa dengan isinya berwarna putih susu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Ubi Kemili turut dikenali sebagai Galak Tua, Pokok Seratus atau Pecah Kelambu di kalangan masyarakat Melayu manakala ‘Bai-bu’ di kalangan masyarakat Cina.

 

Rajah 1: Ubi Kemili (Stemona curtisii)

Bagi masyarakat primitif, ubi kemili yang mempunyai rasa manis dan sedikit pedas akan dimakan secara mentah dengan mengunyahnya seperti tebu. Namun kini, ubi kemili akan direbus atau dimasak seperti ubi yang lain. Ubi ini turut dijadikan sebagai ramuan penyedap dalam masakan daging, ikan, sup atau sayuran kerana ubi ini dikatakan boleh memaniskan serta menambah rasa bagi masakan. Tambahan pula, pucuk muda pokok ubi ini juga boleh dijadikan ulam atau dibuat sayur dalam masakan.

Kajian awal menunjukkan bahawa ubi spesies Stemona curtisii telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional di China, Jepun dan Thailand bagi merawat penyakit pernafasan, batuk dan anti-kanser. Selain itu, kajian farmakologi turut berjaya membuktikan bahawa ekstrak daripada spesies ini dapat menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria dan kulat selain telah digunakan sebagai racun serangga organik.

Bahan kimia yang terkandung di dalam spesies ubi Stemonaceae seperti alkaloid stemona, stilbenoid dan tokoferol (chromenol) telah menjadikan ubi ini sangat istimewa. Alkaloid Stemona mempunyai sifat kimia yang unik dan tidak terdapat dalam tumbuhan yang lain. Alkaloid Stemona adalah berteraskan nukleus pyrrolo[1,2-a] azepine yang boleh dikelaskan kepada lima jenis kumpulan yang berbeza iaitu kumpulan stenine, kumpulan stemoamide, kumpulan tuberostemospironine, kumpulan stemoamine (maistemonine) dan kumpulan parvistemoline. Selain daripada racun serangga, kajian turut menunjukkan bahawa ekstrak daripada stemona telah digunakan sebagai ubat mencegah batuk.

Dalam kajian ini, hidrogel berasaskan kanji daripada ubi Stemona curtisii telah disintesis melalui kaedah pempolimeran radikal bebas menggunakan penyinaran gelombang mikro. Terdapat 3 jenis hidrogel telah dihasilkan dengan nisbah kanji kepada akrilamida yang berbeza iaitu 1:3, 1:4 dan 5:3. Berdasarkan kepada ujian pembengkakan, didapati sampel hidrogel 1:3 mempunyai peratus pembengkakan paling tinggi dan ini dibuktikan dengan keputusan yang diperolehi daripada Mikroskop Pengimbas Elektron (SEM) di mana mikrograf SEM mempamerkan saiz liang pada hidrogel 1:3 adalah yang paling poros. Pencirian lain menggunakan Spektroskopi Inframerah Transformasi Fourier-Jumlah Pantulan Teratenuat (ATR-FTIR), Difraktometer Sinar-X (XRD), Kalorimeter Pengimbas Kebedaan (DSC), Mesin Ujian Universal (UTM) turut menyokong hasil yang diperoleh, iaitu hidrogel yang dihasilkan adalah stabil, fleksibel dan boleh bertindak secara efektif sebagai penyerap. Selain itu, penggunaan gelombang mikro dalam kajian ini turut membolehkan tindak balas berlaku pada kehadiran kepekatan bahan pemula yang minimum dan menjimatkan masa yang diperlukan untuk mensintesis hidrogel berbanding dengan kaedah konvensional. Justeru, penghasilan hidrogel menggunakan kaedah gelombang mikro ini dilihat dapat dikomersilkan terutamanya di dalama bidang biobahan.

 

Imej SEM Hidrogel skala pembesaran 1000X

Kredit Foto : www.goodhousekeeping.com

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

10 Soalan Untuk Saintis Malaysia: Prof. Dr Norbahiah

Next Post

Menelusuri Minda Saintis Nobel

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

3 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

3 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Menelusuri Minda Saintis Nobel

Menelusuri Minda Saintis Nobel

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rumah Tradisional Melayu: Antara Seni, Sains & Realiti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nuklear Sebagai Sumber Tenaga di Malaysia: Manfaat atau Mudarat?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In