23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Transformasi pembelajaran Subjek Matematik atas Talian

Info Pengajaran & Pembelajaran

Saiful Bahari by Saiful Bahari
25/02/2022
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Matematik, Pengajaran & Pembelajaran
0 0
0

Oleh : Nur Rasyida Binti Mohd Rashid & Dr Sharfizie Binti Mohd Sharip
Universiti Teknologi Mara Cawangan Negeri Sembilan

 

Wabak COVID-19 yang telah diisytiharkan sebagai pandemik global pada 11 Mac 2020 telah memberi impak besar dari pelbagai sudut kepada seluruh dunia. Berjuta-juta kematian telah dilaporkan akibat daripada jangkitan wabak ini yang memaksa kebanyakan pemimpin negara termasuk Malaysia untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawasan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 serta melalui beberapa fasa dan peringkat telah memberi kesan besar terhadap sektor pekerjaan dan ekonomi negara. Sektor pendidikan juga tidak terkecuali menerima impaknya ekoran daripada perlaksanaan PKP yang menggariskan penutupan sementara semua institusi pendidikan seperti sekolah dan IPT. Justeru, transformasi kepada perlaksanaan pembelajaran atas talian menjadi kewajipan bagi semua peringkat pendidikan di Malaysia. Secara dasarnya perkembangan pembelajaran atas talian memerlukan dua jenis sumber utama iaitu digital dan teknologi. Sumber digital yang dimaksudkan adalah seperti platform pengajaran serta rangkaian media sosial manakala sumber dari segi teknologi pula adalah komputer desktop, komputer riba, tablet dan telefon pintar.

Bagi pelajar universiti, pembelajaran atas talian dilihat dapat memudahkan mereka dalam menjalani kuliah dengan hanya berada dirumah. Ditambah pula dengan dapatan dari Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan 90% Institut Pengajian Tinggi (IPT) bersedia untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) atas talian. Namun adakah kajian lebih terperinci dibuat ke atas impaknya bagi semua matapelajaran? Bagaimana dengan sesetengah mata pelajaran yang memerlukan penggunaan peralatan pembelajaran yang lebih spesifik bagi memastikan objektif kursus tercapai? Secara realiti, bukanlah semua subjek yang boleh diaplikasikan dan dibincangkan diatas talian secara mudah. Seperti contoh mata pelajaran yang melibatkan angka dan nombor seperti Matematik yang memerlukan penerangan lebih terperinci. Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia turut berpendapat Matematik adalah subjek asas yang memerlukan kemahiran penaakulan, kemahiran menganalisis, pemikiran abstrak serta merangka strategi bagi penyelesaian permasalahan. Antara strategi penyelesaian permasalahan dalam subjek Matematik adalah seperti kaedah cuba jaya, melukis gamba rajah, menakul secara mantik, membuat simulasi serta analogi, menggunakan algebra dan banyak lagi.

Justeru, pembelajaran subjek Matematik atas talian yang berkesan mestilah menggunakan platform yang membenarkan pelajar mengikuti langkah demi langkah dalam penyelesaian masalah matematik. Kedah substitution secara maksimum perlu diadaptasikan seperti pen marker ke pen digital, catatan nota di buku kepada sticky notes ataupun sistem pemfailan sebelum ini kepada simpanan di Google Drive atau Clouds. PdP ini juga memberi cabaran apabila pelajar tidak dapat dinilai dan ditaksir secara berkesan atas kemampuan mereka dan sekaligus menyukarkan untuk mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan mereka. Selain itu, kos internet yang perlu ditanggung serta peralatan yang digunakan juga adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka berbanding sebelum ini. Oleh itu, kemudahan wifi berkelajuan tinggi perlu disediakan oleh pihak kampus universiti sejajar dengan peralihan kearah penggunaan teknologi moden bagi membina kemahiran abad ke-21. Momentum pelajar pula dapat dikekalkan melalui komunikasi interaktif dengan menggalakkan perbincangan atas talian menggunakan platform yang bersifat mobiliti, mudah diakses dengan hanya menggunakan telefon pintar serta sering digunapakai oleh mereka sendiri seperti Facebook, Instagram, Email, Whatsapp dan sebagainya.

Sungguhpun PdP bagi subjek Matematik ini bukanlah sesuatu yang baharu, namun penambahbaikan dari masa ke semasa perlu dibuat bagi memastikan tiada keciciran berlaku di kalangan pelajar dalam subjek ini. Penguasaan yang baik dalam subjek ini juga dapat membantu pelajar untuk turut cemerlang dalam subjek sains yang lain kerana subjek ini dilihat sebagai “Queen of Science” kerana penggunaan serta aplikasi subjek ini yang sangat meluas selain menjadi penghubung kait dalam fenomena semula jadi dan aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekeliling pelajar pada setiap hari.

 

Kredit Foto : freepik@jcomp

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Cawangan Negeri SembilanDr Sharfizie Binti Mohd SharipInfo Pengajaran & PembelajaranNur Rasyida Binti Mohd RashidPengajaran Matematik Atas TalianUniversiti Teknologi Mara
ShareTweetShare
Previous Post

Kepala Anda lebih Tua Berbanding Kaki! Suatu Penjelasan Sains.

Next Post

Landaikan Lengkungan Cara Fikir Menghadapi Covid-19

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)
Alam Semulajadi

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

4 days ago
‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023
Berita & Peristiwa

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

5 days ago
Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air
Berita & Peristiwa

Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air

1 week ago
Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

2 weeks ago
Next Post
Landaikan Lengkungan Cara Fikir Menghadapi Covid-19

Landaikan Lengkungan Cara Fikir Menghadapi Covid-19

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In