23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, May 25, 2022
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Tudung Saji Bertingkat Viral: Selamat atau Tidak?

Tudung Saji Bertingkat Viral: Selamat atau Tidak?

Editor by Editor
17/11/2021
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Syazwani Md Hilmie
Pegawai Teknologi Makanan
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan W.P. Labuan

Tudung Saji adalah salah satu perkakas dapur yang digunakan untuk menutup dan melindungi makanan daripada dihinggapi lalat, habuk atau kotoran. Jika zaman dahulu tudung saji diperbuat daripada daun mengkuang, pandan atau buluh. Kini ia boleh didapati daripada bahan plastik dengan pelbagai bentuk dan warna.

Tudung saji bertingkat viral yang tengah popular pada masa kini dikatakan dapat menjimatkan ruang makan kerana ia direka dalam bentuk mudah, boleh dipisahkan dan disusun semula secara bertingkat. Ia juga dikatakan kedap udara sehingga membuatkan makanan tahan lama dan lambat basi.

Tudung saji bertingkat viral ada yang berwarna lutsinar dan memudahkan kita melihat makanan yang disimpan di dalamnya. Walaubagaimanapun, terdapat jenis tudung saji ini yang berwarna lutsinar dan mempunyai lubang di setiap tingkat. Menjadi persoalan, adakah makanan selamat untuk dimakan apabila disimpan di dalam tudung saji jenis ini?

Konsep penyimpanan ini adalah sama seperti meletakkan makanan dalam pinggan dan disusun secara bertingkat. Pencemaran silang boleh berlaku apabila belakang pinggan bersentuhan dengan makanan seterusnya menyebabkan makanan tersebut tercemar. Kita juga tidak pasti kuman apa yang ada di bawah pinggan tersebut.

Maka konsepnya adalah sama dengan tudung saji tersebut. Lubang pada setiap tingkat mempunyai risiko kerana kemungkinan kotoran sama ada kuman, titisan air atau habuk yang ada di bawah pinggan tersebut akan jatuh ke tingkat bawah seterusnya mencemarkan makanan. Oleh sebab itu, dakwaan tudung saji yang dikatakan dapat melindungi makanan daripada kotoran boleh diragui kesahihannya.

Bagaimana pula dengan dakwaan mengenai tudung saji bertingkat viral dapat membuatkan makanan tahan lama dan lambat basi? Makanan dimasak adalah selamat untuk disimpan pada suhu bilik dalam tempoh 4 jam sahaja. Ini kerana bakteria penyebab keracunan makanan memerlukan masa untuk membiak. Selepas 4 jam, risiko untuk mengalami keracunan makanan adalah tinggi dan disarankan untuk tidak dimakan atau dibuang sahaja. Makanan dimasak perlu disimpan di dalam peti sejuk sekiranya tidak dimakan serta merta dengan suhu di bawah 5°C untuk menghalang pembiakan bakteria seterusnya memanjangkan tempoh hayat makanan tersebut. Selain itu, kajian Susheela dan Melissa, 2016 mendapati penggunaan tudung saji perlu dielakkan kerana meja dapur adalah sumber utama penyebaran patogen yang menyebabkan penyakit bawaan makanan. Oleh yang demikian, tudung saji bukanlah perkakas untuk menyimpan makanan dimasak agar ianya selamat dimakan sama ada tiada risiko pencemaran atau membuatkan makanan tersebut tahan lebih lama.

Secara kesimpulannya, tudung saji bukanlah perkakas dapur yang dapat memanjangkan jangka hayat makanan dimasak, sebaliknya ia digunakan untuk melindungi makanan tersebut daripada dihinggapi lalat atau serangga serta habuk dan kotoran sebelum dimakan dalam tempoh terdekat. Tudung saji seharusnya tidak menyebabkan makanan yang disimpan tercemar sama ada berpunca daripada rekabentuk atau bahan yang digunakan untuk membuatnya. Pengguna seharusnya lebih peka terhadap pemilihan tudung saji bagi menjamin keselamatan makanan seterusnya tidak mendatangkan kesan kepada tahap kesihatan.


Rujukan:

http://warisanbudaya.50webs.com/file/TudungSaji.html

https://www.centresupport.com.au/wp-content/uploads/2015/03/Food-safety-guidelines-4-hour-2-hour.pdf

McWilliams G., Furey S., Williamson T., O’Brolchain M., Anderson W., Quinn G. Issuing temperature guidance to consumers on the cooking and storage of food. Safefood. 2004:1–22.

Susheela B.H., Melissa C.L., Factors Affecting Microbial Load and Profile of Potential Pathogens and Food Spoilage Bacteria from Household Kitchen Tables. 2016: 1-7.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: keselamatan makanankesihatantudung saji viral
ShareTweetShare
Previous Post

Bijak Matematik atau Bijak Aritmetik

Next Post

Kepelbagaian Halia Hutan Batu Kapur Tambat Hati Pengunjung Gua Ikan, Kelantan

Editor

Editor

Related Posts

Fahami Kaunseling Genetik dan Kepentingannya
Berita & Peristiwa

Fahami Kaunseling Genetik dan Kepentingannya

1 week ago
Sains Komunikasi Untuk Golongan Introvert
Berita & Peristiwa

Sains Komunikasi Untuk Golongan Introvert

2 weeks ago
Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei
Berita & Peristiwa

Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei

2 weeks ago
Pernahkah Anda Alami ‘Mabuk’ dalam Perjalanan?
Berita & Peristiwa

Pernahkah Anda Alami ‘Mabuk’ dalam Perjalanan?

3 weeks ago
Next Post
Kepelbagaian Halia Hutan Batu Kapur Tambat Hati Pengunjung Gua Ikan, Kelantan

Kepelbagaian Halia Hutan Batu Kapur Tambat Hati Pengunjung Gua Ikan, Kelantan

  • Penyakit HFMD dan Cacar Air: Apa Perbezaannya?

    Penyakit HFMD dan Cacar Air: Apa Perbezaannya?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In