23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Tumbuhan Di Tepi Jalan – Hanguana malayana Jack. (Merr)

Info Alam Semula Jadi

Saiful Bahari by Saiful Bahari
12/04/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : Dr Komala A/P Thirumalai
Fakulti Perubatan, Quest International University Perak

 

Family Hanguanaceae

Hanguana adalah satu-satunya genus dalam famili Hanguanaceae. Hanguanaceae bersama dengan empat lagi famili membentuk Commelinales iaitu Commelinaceae, Haemodoraceae, Philydraceae, dan Pontederiaceae. Hanguana (Hanguanaceae) banyak terdapat di Asia Selatan dan Asia Tenggaradan setakat ini, hanya 15 spesies dikenal pasti. Walaupun dikatakan bahawa Hanguana malayana (H. malayana) merupakan satu-satunya spesies Hanguana, dakwaan ini ternyata hanyalah salah faham. Hal ini kerana, hasil daripada kajian berkaitan terhadap genus ini (sama ada kajian baru mahupun kajian lama) menunjukkan masih terdapat beberapa spesies lain di bawah genus Hanguana yang belum dinamakan.

 

Angiosperma

Hanguana adalah angiosperma yang dikenal pasti sebagai mempunyai bunga dan biji. Pengenalpastian genus ini agak rumit kerana perlu kerap mengunjungi tempat persampelan kajian untuk mendapatkan bunga dan bijinya. Tambahan pula, tumbuhan ini sukar di tanam di dalam rumah hijau. H. malayana merupakan satu satunya spesies yang boleh ditemui di tepi-tepi jalan, di paya-paya, dan di hutan dipterokarpa. Di Sarawak, H. malayana lebih kerap ditemui di tepi jalan berbanding di Semenanjung Malaysia kerana pembinaan jalan yang masih tidak begitu aktif di sana.

 

 

Hanguana malayana yang dijumpai di tepi jalan semasa perjalanan dari Kuching ke Serian, Sarawak (Sumber: Komala. T)

 

 

Hanguana malayana yang dijumpai di Terengganu. Terima Kasih kepada si suami, Mr. Kalidasan Gopal yang selalu menemani semasa persampelan (Sumber: Komala. T)

 

 

Hanguana malayana yang dijumpai di dalam perjalanan ke pintu masuk Gua Tempurung, Perak (Sumber: Komala. T)

 

Tanaman Berubat

Sebelum semakan semula genus, H. malayana dilaporkan sebagai tumbuhan yang digunakan sebagai ubat untuk pesakit yang mengalami sakit tulang (Nurhajar et al, 2010). Terkini, Budiarti et al. (2020) melaporkan bahawa daun H. malayana digunakan dalam perawatan tradisional di Pulau Papua, Indonesia sebagai antimalaria. Di Indonesia juga, daun tumbuhan ini dimasak dengan nasi dan dimakan sebagai perangsang selera manakala daun yang dikisar digunakan untuk mengurangkan suhu badan semasa demam (Grosvenor et al., 1995).

Suku Kadazandusun di Sabah dilaporkan menggunakan dua spesies Hanguana sebagai tanaman ubat (Kulip, 1997) iaitu H. malayana (dikenali dengan nama suku, Nalu Kapar) dan satu lagi spesies yang belum dinamakan (dikenali dengan nama suku, Tambaka). Daun Nalu Kapar digunakan sebagai ubat penenang otot atau myorelaxant. Ubat ini terdiri daripada sekumpulan besar sebatian kimia yang berupaya untuk merehatkan otot skeletal. Tambaka pula mempunyai fungsi yang berbeza. Keseluruhan tumbuhan tambaka digunakan untuk hemofilia. Hemofilia adalah gangguan pendarahan yang diwarisi akan menyebabkan seseorang kekurangan atau mempunyai tahap protein perangsang pembekuan darah yang rendah “(faktor pembekuan)” dan akibatnya darah tidak membeku dengan baik. Ini menyebabkan pendarahan berlebihan yang boleh membawa maut.

 

Interaksi dengan ekologi

Secara ekologi H. malayana dikatakan dapat melindungi tebing sungai daripada hakisan, pencemaran biodegradasi di dalam air, dan membantu mengurangkan jumlah pepejal dan bahan kimia terampai (Chang et al., 2008). Sidek et al. (2004) melaporkan H. malayana ditanam selepas berlakunya hujan lebat untuk membekalkan oksigen ke air dan sebagai tolerasi terhadap bahan organik akibat hujan lebat.

 

Perumah

Hanguana juga berfungsi sebagai perumah bagi sejenis anggerik paya, Papilionanthe hookeriana. Anggerik paya ini dikenali sebagai Kinta Weed. Daun Hanguana menyokong pokok anggerik yang langsing dan panjang. Selain itu, bunga-bunga anggerik akan muncul apabila pokoknya mencecah sama tinggi dengan hujung daun Hanguana. Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) telah beberapa kali mencuba menanam semula P. hookeriana, malangnya gagal. Maklumat ini diperoleh daripada En. Zaharil Dzulkafly, naib pengerusi MNS Cawangan Perak. Saya ingin berterima kasih kepada En. Zaharil yang sabar dan tidak teragak-agak membalas e-mail saya untuk menerangkan dan memberi kebenaran menggunakan gambar yang diambil oleh beliau pada tahun 2017. Dalam gambar di bawah, kita dapat melihat kedua-dua pokok berbunga pada waktu yang sama. Pemandangan yang indah, dan inilah yang dikatakan habitat tempat setiap spesies bergantung antara satu sama lain.

 

 

 

Hanguana malayana dan Papilionanthe hookeriana di Kg. Seri Rahmat, Perak (Sumber: En. Zaharil Dzulkafly)

 

Kajian biomolekul

Kajian biomolekul terhadap genus dilakukan pada tahun 2019 sebagai projek Ph.D saya (Komala, 2019). Tujuan utama kajian itu adalah untuk meneliti hubungan antara spesies yang berlainan dan menganggarkan umur genus Hanguana. Tarikh pencapahan yang dianggarkan ialah 189.0 juta tahun dahulu (mya). Menariknya, manusia dipercayai muncul sejak tujuh juta tahun yang lalu.

 

Kesimpulan

Kepentingan H. malayana belum dikaji lagi, dan tumbuhan ini hanya dilihat sebagai tumbuhan tepi jalan. Namun, jika ciri-cirinya dapat dikenal pasti dengan lebih mendalam melalui kajian yang lebih terperinci, tumbuhan ini mungkin tergolong dalam kumpulan tanaman berubat.

 

 

Rujukan

Budiarti, M., Maruzy, A., Mujahid, R., Sari, A., Jojopriyambodo, W., Widayat, T., & Wahyono, S. (2020). The uses of antimalarial plants as traditional treatment in Papua Island, Indonesia. Heliyon, 6, e05562.

Chang, C., Ghani, A., Zakaria, N., Yusof, M., Ayub, K., & Lai, S. (2008). Rehabilitation of ex-mining pond and existing wetland for integrated stormwater management. 11th International Conference on Urban Drainage, Edinburgh, Scotland, UK, 1 – 10.

Grosvenor, P., Gothar, P., McWilliam, N., Supriono, A., & Gray, D. (1995). Medicinal plants from Riau Province, Sumatra, Indonesia. Part I: Uses. Journal of ethnopharmacology, 45, 75 – 95.

Komala, T. (2019). Phylogenetic and molecular divergent analysis of three forest canopy dependent plant families (araceae, hanguanaceae and nymphaeaceae) in riau pocket. Penang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia.

Kulip, J. (1997). A Preliminary Survey of Traditional Medicinal Plants in the West Coast and interior of Sabah. Journal of Tropical Forest Science, 10 (2), 271 – 274.

Nurhajar, E., Kamziah, A., Nazre, M., & Awang Nor, A. (2010). Medicinal plant diversity and vegetation analysis of logged over hill forest of Tekai Tembeling Forest Reserve, Jerantut, Pahang. Journal of Agricultural Science, 2, 189 – 210.

Sidek, L., Ainan, A., Zakaria, N., Awang Nor, A., Abdullah, R., & Kamziah, A. (2004). Stormwater purification capability of bioecods. Advances in Hydro-Science and Engineering, 4, 1 – 9.

 

Kredit Foto : floraofsingapore

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Komala A/P ThirumalaiFakulti PerubatanHanguana malayana Jack. (Merr)Info Alam Semula jadiQuest International University Perak
ShareTweetShare
Previous Post

Peranan Rakan Elit Murid Intelek Terengganu (REMiT) bagi Menarik Minat Pelajar Menceburi Bidang STEM

Next Post

FaSSA Colosseum 1.0 : Alternatif Menghubungkan Pelajar Fakulti Sains Semasa Pandemik Covid-19

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

17 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
FaSSA Colosseum 1.0 : Alternatif Menghubungkan Pelajar Fakulti Sains Semasa Pandemik Covid-19

FaSSA Colosseum 1.0 : Alternatif Menghubungkan Pelajar Fakulti Sains Semasa Pandemik Covid-19

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In