23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ulasan Buku: Einstein di Malaya

Ulasan Buku: Einstein di Malaya

Editor by Editor
20/08/2021
in Berita & Peristiwa, Fiksyen, Buku & Filem, Tokoh
0 0
0

Ulasan oleh:
Profesor Madya Dr. Nur Helmi @ Nur Jannah Azman
UiTM Cawangan Kuala Pilah

‘Einstein di Malaya’ merupakan satu naskhah berbahasa Melayu yang mengisahkan perihal tokoh sains tersohor dunia, Albert Einstein yang melawat Malaya pada penghujung tahun 1922 dan awal tahun 1923. Walaupun penulis terkenal dengan penerbitan makalah dan buku akademik, namun naskhah ini merupakan penampakan sisi penulis yang juga mahir dalam menulis cerita berbentuk biografi dan berunsurkan fakta. Walaupun terdapat banyak buku ditulis mengenai Einstein, namun tiada satu pun yang menceritakan perihal lawatannya di Malaya dan tiada juga dalam Bahasa Melayu. Ini menguatkan lagi tekad penulis untuk menghasilkan buku ini.

Pada bab pertama, merupakan kisah pengenalan mengenai Einstein, personaliti yang paling berpengaruh dalam sejarah berserta ringkasan mengenai sumbangannya kepada sains dan dunia, tempat tinggal dan fahaman politik beliau. Kisahnya diceritakan dengan bahasa yang ringkas, mudah, senang untuk difahami oleh semua golongan diselangi dengan gambar-gambar menarik seperti rumah tinggalan dan pejabat beliau yang masih dipelihara hingga kini. ‘Mutiara kata’ yang sangat bermakna oleh Einstein juga diselitkan dalam setiap bab.

Bab kedua adalah berkenaan kisah peribadi serta sifat-sifat yang dimilikinya pada zaman kanak-kanak serta remaja. Keganjilan yang dimiliki oleh Einstein serta peribadinya yang sentiasa merendah diri juga diperincikan pada bab ini. Bahagian paling menarik pada bab ini adalah mengenai kejadian lucu yang dialami beliau yang boleh menyebabkan pembaca mungkin tersenyum atau ketawa.

Bab seterusnya berkenaan permulaan jemputan dan rancangan pelayarannya ke Jepun, kunjungan sulung dan keduanya ke Singapura pada 1922 dan 1923 serta kisah perjalanannya yang mengambil masa selama lima bulan. Kisah layanan hartawan, dermawan serta golongan bangsawan yang menyambut ketibaannya, sumbangannya pada universiti, kunjungan ke Kampung Simpang Bedok berdasarkan catatan hariannya juga sangat menarik untuk diikuti. Perjalanan beliau juga diiringi dengan kisah mengenai kajian teorinya serta penulisan saintifik yang berjaya dihasilkan sepanjang perjalanan. Anugerah Hadiah Nobel Fizik 1921 yang diperolehinya serta sumbangan dan penemuan saintifik terbesarnya diceritakan pada bab 5 dengan terperinci.

Persinggahan beliau ke kota Melaka dan Pulau Pinang, pandangan peribadi beliau mengenai kota-kota ini diceritakan secara khusus pada bab berikutnya. Pengkisahan oleh penulis mengenai catatan diari tokoh sains ini mengenai kepelbagaian budaya, adat resam serta iklim yang berbeza dengan tanahairnya akan membantu pembaca faham bagaimana penerimaan beliau melihat keadaan Malaya ketika itu. Antara yang menarik untuk diketahui adalah penduduk Asia, menurut Einstein, hidup dalam keadaan sederhana dan rendah diri. Penduduk di China dan Singapura tidak memerlukan banyak perkara untuk hidup, kehidupan mereka amat mudah dan mereka tidak merungut dengan keadaan yang daif. Orang Eropah, sebaliknya, menurut beliau adalah lebih lembut dan bersopan. Walau bagaimanapun, orang Eropah lebih kejam dan tamak menjadikan mereka lebih terkehadapan, berdaya saing, maju dan bersifat keusahawanan. Keadaan tempat tinggal orang Asia yang daif dan primitif juga mengejutkan Einstein dan beliau menyalahkan keadaan iklim tropika yang panas dan lembap yang menjadi punca penduduk tidak dapat membuat apa-apa perancangan yang baik.

Sepanjang pelayaran juga, Einstein tidak lekang dengan penyelidikannya di mana beliau terus memikirkan Teori Kerelatifan dan teori penggabungan medan graviti dengan medan elektromagnet, iaitu Teori Medan Affine. Malahan, kesilapan besar dalam pengiraan disedari beliau sendiri semasa balik dari lawatan ke Kota Melaka. Rentetan dan kronologi usaha Einstein dalam penghasilan teori ini diceritakan dalam bab yang sama. Terdapat juga bab khusus menceritakan kunjungan Einstein ke Sri Lanka beserta catatan diari mengenainya. Kisahnya yang mengelak daripada menaiki lanca yang ditarik oleh manusia juga sangat menarik untuk dibaca. Einstein membuat pemerhatian dan kesimpulan bagi setiap tempat yang dilawatinya dan catatan ini sangatlah bermakna dan mempunyai pengertian mendalam kerana ianya merupakan sifat sebenar serta realiti masyarakat yang daif ketika itu dan ia adalah pendapat ahli fizik tersohor tanpa berselindung.

Kesan dan pemerhatian Einstein di Malaya dibincangkan dalam bab yang khusus. Antara yang menjadi perhatian adalah mengenai penubuhan universiti di Palestin, penulisan Teori Gabungan Graviti dan Elektrik serta surat yang dikirim kepada Arrehnius, Bohr dan Planck sewaktu di Singapura. Pastinya bahagian ini sangat penting dan wajar diberi perhatian. Bab terakhir adalah biografi ringkas tokoh-tokoh yang disebut dalam penceritaan untuk rujukan dan pemahaman pembaca.

Buku ini sarat dengan fakta menarik, yang memerlukan ketekunan, rujukan dan penyelidikan yang mendalam oleh penulis demi memastikan kesahihan. Gabungan dan susunan bab sangat teratur untuk kesinambungan cerita dan mudah untuk difahami.

Maklumat buku:
Penulis buku: Prof. Dato’ Dr. Roslan Abd. Shukor
Terbitan: Penerbit UKM (UKM PRESS)

Kredit foto: KawahBuku

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Albert EinsteinbukuEinstein di Malayapenerbit UKMRoslan Abd ShukorUKMPressulasan buku
ShareTweetShare
Previous Post

COVID19: Bahaya Varian Delta dan Bagaimana ia Menakluki Dunia

Next Post

Penerokaan Polimer Berasaskan Bio Sebagai Bahan Dalam Teknologi Pembuatan Bahan Tambahan

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Penerokaan Polimer Berasaskan Bio Sebagai Bahan Dalam Teknologi Pembuatan Bahan Tambahan

Penerokaan Polimer Berasaskan Bio Sebagai Bahan Dalam Teknologi Pembuatan Bahan Tambahan

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In