23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, November 7, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ulasan Buku: Kelawar Malaysia

Ulasan Buku: Kelawar Malaysia

Editor by Editor
22/12/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Dr. Jayaraj Vijaya Kumaran, PhD,
Pensyarah kanan Universiti Malaysia Kelantan

Mohd Aminuddin Baqi Hasrizal Fuad
Pelajar Pascasiswazah, UMK

 

Buku Kelawar Malaysia ini adalah salah satu buku bertemakan kepelbagaian biologi yang diterbitkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) di bawah projek Malaysia Biodiversity information System (MyBIS). Pengarang pertama, Dr. Juliana Senawi, ialah seorang pensyarah yang berkecimpung dalam bidang penyelidikan dan konservasi kelawar lebih daripada 10 tahun manakala pengarang kedua Profesor Dr Norhayati Ahmad merupakan pengarang banyak buku bertemakan biologi sepanjang kerjayanya.

Selain itu, buku Kelawar Malaysia merupakan buku pertama yang mengumpulkan maklumat terkini kepelbagaian spesies kelawar di Malaysia dan juga merupakan buku kelawar pertama di dunia dalam dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Muka depan buku ini (Gambar 1) juga amat menarik, dihiasi oleh gambar Macroglossus minimus sejenis kelawar madu yang lazimnya dijumpai di kawasan kebun buah dan merupakan agen pendebungaan penting bagi pelbagai tumbuhan liar serta tanaman komersial. Buku ini dipenuhi dengan pelbagai gambar-gambar kelawar yang cantik, jelas dan terang, sesuai bagi para pembaca yang tidak pernah melihat kelawar secara dekat. Latar belakang hitam memberikan perasaan nostalgia ala Majalah National Geographic dan sesuai dengan kelakuan haiwan ini yang hanya keluar pada waktu malam. Buku ini turut mengandungi kulit buku yang dapat diasingkan.

Faktor inilah yang membezakan buku ini dengan buku-buku lain yang berada di pasaran, dan para pemilik buku ini akan menghargai nilai ilmu dan estetiknya.

Gambar 1. Muka depan buku Kelawar Malaysia

Buku ini mempunyai 80 muka surat bercetak (tidak termasuk muka depan dan belakang) dan terbahagi kepada 7 bahagian termasuk prakata, bibliografi dan indeks. Kandungan utamanya terbahagi kepada 3 bab: Bab 1 Pengenalan, Bab 2 Kepelbagaian kelawar dan Bab 3 Kepentingan kelawar. Setiap bab dilengkapi dengan teks dalam dwi-bahasa kecuali nama spesies kelawar yang mempunyai tambahan nama saintifik serta ditulis dalam bahasa latin.

Dalam bab 1, para pembaca akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai kelawar termasuk pengenalan mamalia terbang, anatomi kelawar dan jumlah spesies kelawar terkini di Malaysia serta spesies kelawar di seluruh dunia. Rajah anatomi kelawar (Muka surat 13) dipamerkan dengan menonjol, sudah tentu dapat menarik minat para pembaca untuk memahami anatomi kelawar. Penerangan mengenai status pemuliharaan IUCN Red List juga yang diberi perhatian dalam buku ini. Sistem MyBIS merupakan pusat rujukan setempat mengenai kepelbagaian biologi Malaysia turut diperkenalkan di bahagian ini.  Panduan menggunakan buku ini juga berada dalam bab ini, dan para pembaca akan didedahkan kepada laman web MyBIS, iaitu satu sistem maklumat berteraskan kod QR. Setiap spesies kelawar yang disenaraikan ada kod QR yang tersendiri, membolehkan para pembaca mendapatkan maklumat tambahan mengenai spesies kelawar tersebut (Gambar 2). Penulisan yang digunakan dalam buku ini ringkas tetapi padat dan mudah untuk difahami oleh orang ramai terutama kepada mereka yang tiada latar belakang sains.

Gambar 2. Panduan pengguna untuk kod QR MyBIS

Bab 2 adalah kemuncak isi kandungan buku ini. Bab ini dipenuhi oleh pelbagai gambar kelawar termasuk penerangan mengenai famili kelawar yang ada di Malaysia. Gambar-gambar yang tertera juga amat cantik, jelas dan besar, sememangnya pembaca akan kagum dengan kepelbagaian kelawar di negara kita setelah membaca bab ini. Setiap gambar disertai dengan kod QR yang dinyatakan di atas berserta nama spesies, nama famili, nama Melayu, Inggeris dan pemilik hak cipta gambar. Kelawar-kelawar yang lebih popular seperti Keluang Malaya (Pteropus vampyrus), Cecadu Gua (Eonycteris spelaea), Batin Kelasar (Cheiromeles torquatus) serta gambar-gambar kelawar yang jarang dijumpai seperti Kelawar Muncung Perisai (Hipposideros lylei), Kelawar Ladam Tidak Berekor Malaya (Coelops robinsoni), Kelawar Serampang (Aselliscus stoliczkanus) turut diperkenalkan kepada pembaca. Buku ini juga adalah satu-satunya buku di Malaysia yang mempunyai gambar Kelasar yang belum dikenali sepenuhnya dari genus Otomops yang pernah direkodkan di Semenanjung Malaysia pada tahun 2007. Diharap spesies ini dapat dikenal pasti dan diberi nama pada masa hadapan untuk pengetahuan kepelbagaian fauna di Malaysia. Bab ini diakhiri dengan senarai nama 143 spesies kelawar Malaysia. Walaupun ada perubahan terkini dalam taksonomi kelawar semenjak penerbitan buku ini, senarai ini boleh dikira sebagai senarai lengkap pertama kepelbagaian kelawar di Malaysia. Syabas kepada para pengarang dan MyBIS yang berjaya menyenaraikan semua spesies kelawar yang ada di Malaysia.

Seterusnya dalam bab 3, para pembaca diperkenalkan kepada  peranan penting kelawar dalam ekologi dan kehidupan manusia iaitu agen pendebungaan, agen penyebaran biji benih dan pengawal atur populasi serangga. Teks yang diterangkan padat dan senang difahami dan membolehkan para pembaca menghargai peranan kepelbagaian kelawar dalam keseimbangan ekologi dan rantai makanan. Bab ini turut memasukkan gambar kelawar yang menjalankan peranan yang diterangkan.

Pada keseluruhannya, buku Kelawar Malaysia amat sesuai bagi golongan dewasa dan juga kanak-kanak kerana mempunyai pelbagai gambar kelawar yang menarik. Buku ini juga mempunyai teks yang mudah dibaca dan difahami (dwibahasa) dan boleh digunakan sebagai rujukan bagi pelbagai lapisan masyarakat yang ingin tahu lebih tentang kepelbagaian kelawar di negara kita. Harga buku ini juga berpatutan kerana kualiti pencetakan yang tinggi dan dipenuhi oleh gambar-gambar kelawar yang diambil oleh juru foto dan pengkaji kelawar yang berpengalaman.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: biodiversitykelawar malaysiaKeTSAkonservasi kelawarulasan bukuUMK
ShareTweetShare
Previous Post

Sel Sklerenkima: Sel Kuat dalam Tumbuhan

Next Post

Membongkar Rahsia Makhluk Bertubuh Kecil, Si Perosak Beras

Editor

Editor

Related Posts

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja
Berita & Peristiwa

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja

7 days ago
Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra
Berita & Peristiwa

Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra

1 week ago
Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah
Berita & Peristiwa

Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah

1 week ago
Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua
Berita & Peristiwa

Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua

1 week ago
Next Post
Membongkar Rahsia Makhluk Bertubuh Kecil, Si Perosak Beras

Membongkar Rahsia Makhluk Bertubuh Kecil, Si Perosak Beras

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In