23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ulasan Buku: The Parrot’s Theorem

Ulasan Buku: The Parrot’s Theorem

Editor by Editor
30/08/2023
in Berita & Peristiwa, Fiksyen, Buku & Filem, Matematik
0 0
0

Oleh: Dr. Tahir Ahmad 
Felo Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA)
Mantan Profesor di Jabatan Sains Matematik, UTM

 

Seandainya seorang pelajar bertanya kepada saya, “Dr, Apakah novel  matematik terbaik yang Dr. cadangkan untuk saya baca?”.  Maka inilah responsnya, bacalah novel ‘Le Theoreme du Perroquet’  karya penulis Perancis Denis Guedj yang diterbitkan pada tahun 2000, sebelum diterjemah kemudiannya oleh Frank Wynne sebagai ‘The Parrot’s Theorem’.

“Wow!”.  Itulah teriakan kecil saya setelah membaca ayat, “Could it be that the heckler had spotted something, some small thing in Grosrouvre’s proof of Goldbach’s conjecture, that was wrong…”, ayat terakhir lembaran 338; mukasurat terakhir novel tersebut.  Patutlah novel ini telah dinobatkan sebagai novel terlaris antarabangsa! Ia sebuah naskhah bergenre fiksyen berpasangan dengan bukan fiksyen (fiction and non-fiction pairings).  Sekiranya saudara meminati sesuatu yang misteri, ada elemen sejarah, sedikit matematik di sana sini seperti kalkulus, geometri, teori nombor, ada, ada juga unsur kekeluargaan, mafia, jenayah, teater, pendekatan saudara sebutkanlah apa jua yang saudara inginkan, saudara akan menemuinya dalam ‘The Parrot’s Theorem’.

Penulisnya, Denis Guedje ialah seorang profesor sejarah sains di Universiti Paris,  dilahirkan di Setif, Algeria pada tahun 1940.  Latar kerjaya Guedje membolehkan beliau menghasilkan sebuah novel matematik fiksyen (fictionalized mathematics) terbaik, yang pernah saya baca setakat ini.

Denis Guedje

Guedje menampilkan watak utama Mr. Rusche, pemilik toko buku yang juga seorang kurang upaya, pembantunya Mrs. Perrette serta dua anak kembarnya, Jonathan dan Lea, Max,  disamping Sidney, seekor burung kakak tua yang boleh berkata-kata.  Satu hari Mr. Rusche menerima sepucuk surat dari bekas kawan karibnya, Elgar Grorouvre, yang bermastautin di Manaus, Brazil.  Surat itu memaklumkan Elgar telah mengirimkan beberapa peti buku-buku matematik koleksi peribadinya kepada bekas rakannya yang sedang menetap di Rue Ravignan, Paris.  Mr. Rusche gelisah sebaik sahaja surat tersebut ditangannya, kerana bebagai persoalan yang timbul, umpamanya, dimanakah dia ingin menempatkan buku-buku tersebut, untuk apa buku-buku sebanyak itu kerana beliau bukanlah seorang ahli matematik dan apakah motif Elgar mewasiatkan buku-buku itu semua kepadanya?

Mr. Ruesche, Mrs. Parrette, Max, Jonathan dan Lea kemudian mengambil keputusan untuk menkatalogkan buku-buku peninggalan Elgar disebuah bilik khas ditoko buku Mr. Ruesche mengikut 7 kategori, yakni, Geometri, Aritmetik, Aljabar, Trogonometri, Mekanik, Logik dan Matematik Baru.

Penulis telah memperuntukan penceritaan tentang pengkategorian buku-buku Elgar dari Bab 1 hinggalah Bab 5 dalam novelnya.  Ia dipenuhi dengan maklumat sejarah perkembangan matematik dari pra, moden, dan pasca moden (rujuk https://www.majalahsains.com/memoir-pendek-seorang-pensyarah-matematik/  jika saudara ingin mengetahui lebih lanjut akan fasa-fasa ini).  Guedje membuka jalan cerita novelnya dengan pembangunan ilmu matematik semasa tamadun Mesir dan Babylonia purba, sebelm masuk ke tamadun Yunani.  Sumbangan-sumbangan ahli-ahli matematik Yunani (700 BC-AD 700) seperti Thales, Phyagoras, Eratosthenes, Hipparchus, Hero, Diophantus, Euclid  dan ahli-ahli matematik Islam (AD 800-1400) umpamanya, Al-Khawarizmi, Abu Khamil, Al-Karaji, Al-Farisi, Banu Musa, Thabit Ibn Qurra, Abu-l-Wafa, Al-Biruni, Ibn al-Haytham, Ibn al-Khawwam, Al-Karaji, Nasir al-Din al-Tusi dan lain-lain lagi, semuanya disentuh oleh penulis.

Dalam 5 bab novel inilah saudara akan dihidangkan dengan kejutan-kejutan menarik tentang sejarah perkembangan matematik, sebagai contoh, ibn al-Khawwam adalah ahli matematik pertama yang berkonjektur tiada integer positif x,y dan z yang dapat memenuhi persamaan x³+y³=z³, yakni ganda tiga tidak boleh diungkapkan sebagai hasil tambah dua ganda tiga yang lain; salah satu versi Teorem Terakhir Fermat yang terkenal itu.  Manakala al–Karaji merupakan ahli matematik pertama yang mempertimbangkan kewujudan nombor tak nisbah, sementara al-Kashi pula ialah ahli matematik yang menengahkan hubungan di antara aljabar – geometri dan aljabar – teori nombor.

Penulis kemudian membicarakan pula tentang sumbangan ahli-ahli matematik dari barat (1500-1900) seperti Tartaglia, Cardano, Napier, Girard, Harriot, Newton, Leibniz, Fermat, Desargues, Pascal, Abel, Galois, Gauss, Boole, Hilbert dan figura-figura yang lain.  Kebanyakan sumbangan-sumbangan ahli matematik yang dilewati, diiringi pula dengan rajah-rajah matematiknya, lantas terhasilah sebuah novel sarat dengan maklumat sejarah, berinformatif dan tidak menjemukan.  Sungguh bermanfaat!

Artikel Berkaitan – Mengangkasa Angka

Artikel Berkaitan – Memoir Pendek Seorang Pensyarah Matematik

Artikel Berkaitan – Menjejaki bibit-bibit Pemikiran Euler

Artikel Berkaitan – Ulasan Buku: The Theory of (Not Quite) Everything

Artikel Berkaitan – Fasa Generalisasi; Cara Euler Berkomunikasi dan Berkongsi Pemikiran Matematik

Namun, novel ini menjadi serius, penuh misteri dan menarik apabila Mr. Ruesche menerima surat kedua dari Elgar yang dipaparkan dalam Bab 6.  Kandungan surat tersebut menggambarkan seolah-olah Elgar berada dalam keadaan panik kerana ada beberapa orang sedang memburunya.  Mereka ingin mendapatkan pembuktian bagi Teorem Terakhir Fermat (sebenarnya sebuah konjektur sebelum Andrew Wiles membuktinya pada tahun 1995) dan pembuktian Konjektur Goldbach.

Pembuktian-pembuktian tersebut telah berjaya dijana oleh Elgar, dakwa beliau dalam suratnya itu.  Tetapi dimanakah, bagaimanakah rupanya pembuktian-pembuktian tersebut dan apakah yang telah terjadi kepada Elgar akhirnya?  Inilah tema dan plot utama novel ini.  Seluruh penceritaan novel selanjutnya, dari Bab 7 hingga bab terakhir (Bab 26) merungkai persoalan tema ini.  Dalam 20 bab-bab terakhir novelnya itu, penulis memuatkan sejarah kompilasi Elements; ‘kitab-kitab rujukan bidang geometri’ oleh Euclid, sejarah set nol ‘∅’ sejarah Postulat ke 5 Euclid, bagaimana Fibonacci menemukan nombor-nombornya, tragedi kematian Galois, Euler dengan nombor ajaib e, Napier dengan logaritma beliau dan banyak lagi.

Mulai disinilah, watak Sidney diperkenalkan oleh penulis dalam novelnya.  Sidney seekor burung kakak tua yang terlepas dari pengimport haram mergastua, telah dibawa pulang oleh Max kerumahnya.  Sydney berasal dari Manaus telah melarikan diri dari Elgar sebelum tuannya itu dikhuatiri dibunuh dengan sengaja atau tidak apabila rumah penginapan mereka terbakar.  Jadi Sydneylah yang memegang rahsia bagaimana pembuktian Teorem Terakhir Fermat dan Konjektur Goldbach itu kerana telah didedahkan oleh Elgar, tuannya. Walaubagaimanapun, disebabkan Sydney hanya boleh berkata-kata tetapi tidak berkemampuan untuk menulis, maka Mr. Ruesch, Parrette, Max, Jonathan dan Lea terpaksa menelaah buku-buku matematik yang dikirimkan oleh Elgar bagi memecahkan rahsia metod pembuktian 2 konjektur besar itu, berpandukan tutur kata Sydney, Si burung kakak tua.  Mereka berlima membentuk kumpulan penyiasat (investigative team), persis Enid Blyton’s Famous Five (karya fiksyen misteri remaja yang masyur dulu-dulu) bagi membongkar rahsia pembuktian matematik yang disimpan Sydney.

Rahsia Sydney ini telah menyebabkan mereka diculik oleh Don Ottavio, seorang ketua mafia.  Don Octavio membawa Mr. Ruesch, Max dan Sydney kebekas rumah Elgar di Manaus, kononnya ingin membantu Sydney untuk mendedahkan pembuktian 2 konjektur tersebut.   Tup-tup, satu pergelutan berlaku menyebabkan Don Octavio terbunuh sementara Sydney terlepas bebas diruang angkasa Amazon.  Sesudah kejadian tersebut, Mr. Ruesch menerima panggilan talipon dari pembantunya, Mrs. Parrette bahawa ahli matematik Inggeris, Prof. Andrew Wiles telah berjaya membuktikan Teorem Terakhir Fermat.  Wiles mengambil masa 7 tahun sebelum mengumumkan kejayaannya itu.  Untuk pengetahuan saudara semua, Sir Andrew Wiles ialah seorang professor matematik di Universiti Cambridge ketika itu.

Pada mukasurat 333, pembaca novel akan sedar bahawa Guedj telah mula menulis novelnya ‘The Parrot’s Theorem’ sebelum 1995 lagi (kerana Wiles dapat membuktikan Teorem Terakhir Fermat pada tahun tersebut) sebelum penulis berjaya menerbitkan novelnya pada tahun 2000.

Novel ‘The Parrot’s Theorem’ diakhiri dengan epilog – The conference of the birds dimana Sydney bersidang dengan sekumpulan burung mendedahkan pembuktian Konjektur Goldbach.  Namun, ada seekor burung kakak tua lain yang hadir  dipersidangan tersebut mengibas-gibas kepaknya memberi isyarat bahawa  terdapat kecacatan (flaw) dalam pembuktian Sydney / Elgar.

Jelas, misteri ini mungkin dirancang untuk disambung kejilid ‘The Parrot’s Theorem II’ oleh penulis asalnya, tetapi…mujur tidak boleh diraih, malang tidak boleh ditolak … Denis Guedj telah meninggal dunia di Paris pada tahun 2010.

Secara keseluruhan, novel ini amat mengagumkan dari segi maklumat dan pemerian ceritanya.  Hanya berkisar tentang 2 konjektur terbesar dalam matematik, Prof. Guedje dapat menghasilkan sebuah karya matematik fiksyen dengan bergaya.  Tambahan dari itu, penulis juga seorang yang berautoriti dalam bidang sejarah sains serta  berjaya membawa pembaca menikmati satu perjalanan ‘safari matematik’ merentas tamadun, masa dan benua!!  Novel ini amat baik untuk dibaca oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan, pengajaran, pengajian dan pendidikan matematik.  Cara bagaimana Guedje menyampaikan jalan penceritaan dalam novelnya ini boleh diadaptasikan ke dalam bilik kuliah bagi meningkatkan perhatian dan minat pelajar terhadap matematik.  Dengan kata lain, ia mampu meredakan persepsi mereka bahawa disiplin ini begitu teknikal, ketat (rigid), ‘sangat keras’, kaku dan kontang (dry), tetapi boleh diolah kearah ‘pemanusiaan matematik’ (humanization of mathematics);  satu istilah besar yang pernah dilontarkan oleh Prof. Shaharir Mohamad Zain dalam Nilai-Nilai Kemanusiaan Dalam Matematik Sekolah pada tahun 2002 serta Takao Inou’e dalam esei beliau ‘On humanization of mathematics: aesthetic mathematics’,  baru-baru ini pada tanggal 6 Februari 2023.

Akhir sekali, selamat membaca ‘The Parrot’s Theorem’ saudara.  Semoga ia bermanafaat, sekurang-kurangnya sebagai biblioterapi kreatif kendiri (self creative bibliotherapy) untuk pesara seperti saya.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: MatematikParrot TheoremPERSAMAProf. Dr Tahir Ahmadulasan buku
ShareTweetShare
Previous Post

HARI LAUTAN SEDUNIA: Teknologi Nuklear Isotop Stabil Menjelaskan Proses Ekologi Lautan

Next Post

Inovasi Teknologi Digital dan Minda Keusahawanan

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

21 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

5 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

5 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

5 days ago
Next Post
Inovasi Teknologi Digital dan Minda Keusahawanan

Inovasi Teknologi Digital dan Minda Keusahawanan

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In