23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, April 19, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ulasan Buku: The Theory of (Not Quite) Everything

Ulasan Buku Terkini

Editor by Editor
03/08/2023
in Berita & Peristiwa, Fiksyen, Buku & Filem, Matematik
0 0
0

Oleh: Dr. Tahir Ahmad 
Felo Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA)
Mantan Profesor di Jabatan Sains Matematik, UTM

Seorang ahli akademik dengan bahan bacaan, khususnya, buku-buku disiplin beliau berpisah tiada.  Buku-bukunya sudah pastilah bergenre yang bukan fiksyen menjadi bahan bacaan dan rujukan utama sebelum melangkah masuk ke alam persaraan.   Pada 29 Mei 2023 lalu, genaplah sebulan lebih saya telah bersara wajib.  Saya ingin menghadiahkan diri dengan sesuatu.  Di minda sudah mula merangka aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan semasa persaraan ini.  Di antaranya akan terus membaca, tetapi kali ini saya berhajat kepada bahan-bahan fiksyen pula.  Pada tanggal tersebut saya telah menghadiahkan diri dengan berkunjung ke toko buku Kinokuniya di KLCC.

Di sana, saya telah membeli 11 buah buku yag kesemuanya berjumlah lebih dari seribu ringgit.  Ya, bekalan bahan bacaan untuk setahun rasanya!  Di antara buku yang dibeli dan sudahpun selesai dibaca ialah ‘The Theory of (Not Quite) Everything’ karya Kara Gnodde diterbitkan pada tahun ini, 2023 oleh Mantle, UK, ISBN 978-1-5290-9635-4.

Karya fiksyen ini merupakan sebuah novel sulung Kara Gnodde.  Ia berkategori fiksyen realistik yang mengandungi elemen yang biasa iaitu plot, watak, dialog, konflik dan latarnya.    Penulis, Gnodde, berasal dari Afrika Selatan, kemudian berhijrah ke United Kingdom bersama suami dan 3 orang anaknya.

Besar kemungkinan disebabkan latar penulis sendiri, Gnodde mempekenalkan watak Prof. Walter Brotherton; seorang ahli matematik, isterinya, Christine Brotherton, dua anak mereka Naomi (panggilan pendeknya Mimi) dan Art yang juga berasal dari Afrika Selatan, kemudian berhijrah ke United Kingdom di dalam novelnya itu.  Kedua-dua ibubapa Mimi dan Art mati dalam keadaan tragis dengan membunuh diri.  Misteri kematian mereka dirungkai oleh penulis dalam bab-bab terakhir novelnya. Novel ini mengandungi 62 bab dengan 360 mukasurat.  Seperkara yang amat menarik tentang novel ini ialah tajuk-tajuk bab-babnya, semuanya adalah terminologi yang biasa diguna pakai dalam matematik, umpamanya Bab 1- Recurring, Bab 4 – Reformulation, Bab 6 – Matrix, Bab 12 – Infinity, Bab 15 – Epsilon, Bab 57 – Chaos, Bab 59 – To The Power Of dan Bab 62 – Heuristics.

Dengan penamaan bab-bab dalam novel menggunakan terminologi matematik, jelas penulis mempertaruhkan plot pertama novel ini tentang matematik juga, iaitu adakah p = Np ? Sebuah konjektur matematik terbesar dalam bidang teori sains komputer.  Setelah dewasa, Art mengikuti jejak ayahnya menjadi seorang profesor matematik, beliau merupakan watak utama dalam plot ini.  Art disyaki telah menjana pembuktian analitik (bukannya contoh balas) p ≠ Np secara rahsia serta enggan mendedahkan bagi memenangi hadiah yang diperuntukan sebanyak USD 1 juta.

Plot kedua pula tentang kisah percintaan Mimi dan Frank.  Art pula sangat sangsi akan kejujuran Frank mencintai Mimi. Art cuba menyakinkan Mimi dengan algoritma sebelum kakaknya itu membuat sebarang keputusan tentang hubungannya dengan Frank.

Penulis berjaya menyulamkan kedua-dua plot serentak berlaku dalam novel tersebut, bak sebuah gambar rajah Venn.  Art telah membuat intipan tingkah laku Frank bagi mendapatkan bukti ketidakjujuran beliau, dan pada masa yang sama menyangka Frank cuba mendapatkan pembuktian p ≠ Np beliau.

Semuanya terurai apabila Art telah koma akibat dilanggar Frank dengan tidak sengaja.  Frank sebenarnya ingin menyampaikan sebuah surat kepada Mimi dari ibunya lalu membuka rahsia akan kematian bapanya bukanlah dengan membunuh diri, tetapi kematian yang tidak dirancang.  Sememang ibunya seorang sahaja yang telah membunuh diri akibat penderitaan penyakit barah.

Setelah terjaga dari koma, Art menerima berita dari Mimi dan rakan-rakanya bahawa seorang ahli matematik di Amerika Syarikat telahpun berjaya membuktikkan p ≠ Np. Namun Art tidak yakin pembuktian ahli matematik Amerika itu sah kerana pendekatan heuristik digunakan dalam pembuktiannya.  Lantaran itu, pembuktian tersebut pasti ada kecacatannya (flaw)! Sementara, percintaan Mimi dan Frank kembali semarak semula.

Pada asasnya, Kara Gnodde berjaya menggunakan satu tema, yakni pembuktiaan konjektur matematik yang masih terbuka sehingga hari ini, p ≠ Np, untuk melakarkan 2 plot sekaligus dalam novelnya.  Selain itu, ia juga menyelesaikan misteri kematian ibubapa Mimi dan Art  selama ini. Penulis pintar menggunakan satu persoalan matematik bagi membina penceritaanya.  Ia merupakan satu novel fiksyen berunsurkan matematik (fictionalized mathematics) yang jarang sekali berada diluar sana.   Penceritaan dalam novel Kara Gnodde ini boleh dirumuskan dalam sekeping kad yang ditulis oleh 6 orang jururawat untuk Art semasa merawatinya  ketika dia koma, sebelum beliau dibenarkan keluar.

“Mathematicians never die, they just lose their functions.  Get well soon!  Keep up the hard work.  You will get there in the end”.

The Theory of (Not Quite) Everything’, ms. 356.

 

 

Tags: Matematiknovel matematikProf. Dr Tahir Ahmadulasan buku
ShareTweetShare
Previous Post

Sains Aktuari: Sejarah dan Kepentingan di Malaysia

Next Post

Kenali Serangga Perosak Buah Kuinin

Editor

Editor

Related Posts

Adakah Ikan Sangkar Bebas Logam Berat?
Alam Semulajadi

Adakah Ikan Sangkar Bebas Logam Berat?

3 days ago
Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?
Berita & Peristiwa

Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?

3 days ago
Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden
Berita & Peristiwa

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden

4 days ago
Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin
Alam Semulajadi

Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin

6 days ago
Next Post
Kenali Serangga Perosak Buah Kuinin

Kenali Serangga Perosak Buah Kuinin

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In