23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, December 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Umpun Bakau: Bukan Sekadar Umpan

Penyelidikan Umpun-umpun Bakau

Editor by Editor
26/06/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Che Engku Siti Mariam binti Che Engku Abdullah
Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu

Umpun/Pumpun bakau atau ruat bakau merupakan satu istilah yang tidak asing lagi bagi pemancing di Malaysia. Istilah ini merujuk kepada sejenis haiwan yang dikenali sebagai cacing laut atau dalam Bahasa Inggeris ‘marine worm’. Haiwan ini dikategorikan sebagai invertebrata marin (hidupan marin tanpa tulang belakang). Berbeza dengan cacing tanah, cacing laut yang tergolong dalam kelas ‘Polychaeta’ (cacing berbulu) ini mempunyai kaki seperti lipan dan saiz bagi sebahagian spesis agak besar, boleh mencapai sehingga 6 meter. Haiwan ini digelar ruat bakau kerana habitat utamanya adalah di kawasan paya bakau.  Ianya boleh dijumpai di dalam tanah lumpur yang mempunyai kedalaman sehingga setengah meter, di celahan akar pokok bakau dan di celah celah kayu hanyut atau kayu reput yang tenggelam di kawasan paya bakau. Kebiasaannya, ruat bakau mediami kawasan tanah lumpur berhampiran muara sungai yang mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi sewaktu air surut.

Secara umum, terdapat pelbagai jenis umpun atau ruat yang biasa digunakan oleh pemancing seperti umpun bakau, umpun nipah, umpun sarung/sarang, umpun pasir dan jangkau namun entri pada kali ini akan lebih fokus kepada umpun bakau daripada Genus ‘Marphysa’. Ini adalah kerana potensi kepelbagai gunaan yang terbukti secara saintifik dan nilai nya yang tinggi dalam industri komersial sebagai cacing umpan. Umpun atau ruat bakau ini sering dijadikan umpan untuk sasaran ikan bersaiz besar bagi pemancing dan pilihan utama bagi mereka yang menyertai aktiviti sukan memancing. Hal ini berikutan saiz umpun tersebut yang agak besar, isi yang lebih pejal, dan darah merah yang berbau hanyir boleh menjadi tarikan utama ikan tidak kira di laut mahupun di sungai. Selain itu, ruat bakau juga digunakan sebagai makanan untuk udang ternakan. Cacing laut ini dipercayai mempunyai khasiat dan nutrisi yang tinggi serta boleh menyokong tumbesaran udang dengan lebih sihat.

Selain daripada dijadikan umpan pancing dan makanan udang ternakan, kajian yang dijalankan oleh penyelidik Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara (SEAFDEC) di Filipina menunjukkan bahawa ruat bakau ‘Marphysa’ yang bersaiz besar berkebolehan untuk meningkatkan kualiti tanah kolam akuakultur dengan mengurangkan paras kandungan bahan organik, Sulfur dan Ferum dalam tanah serta berhasil mengurangkan keasidan tanah. Aktiviti menggali, bioirigasi dan tabiat pemakanan ‘Marphysa’ membawa kepada bioturbasi (proses pelapukan tanah secara biologi) kolam ikan yang tercemar. Bukan itu sahaja, malah terdapat spesis ruat bakau daripada Genus ini yang dikenali sebagai ‘Marphysa moribidii’ juga mempunyai potensi yang boleh menyumbang kepada industri farmasi dan elektronik. Menurut beberapa kajian saintifik terbaru yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik siswazah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT (dianggotai oleh Dr. Noor Aniza Harun, Dr. Izwandy Idris dan Prof. Wan Iryani Wan Ismail), ekstrak daripada ruat bakau ‘Marphysa moribidii’ telah dikesan mengandungi sebatian kimia seperti alkaloid, flavonoid, asid amino dan asid organik yang berpotensi untuk menyembuhkan luka. Tambahan pula, ekstrak tisu dan darah daripada spesis tersebut juga berfungsi secara efektif sebagai pembawa oksigen dan sebagai agen pengurangan dalam proses biosintesis nanopartikel perak.

Di Malaysia, ruat bakau ini boleh didapati terutamanya di bahagian pantai barat di mana aktiviti mengorek tanah paya bakau bagi mencari cacing laut ini giat dijalankan oleh penduduk tempatan. Pemancing boleh membeli umpun bakau ini di kebanyakan kedai yang menjual umpan pancing dan kebiasaannya, ianya dijual dengan harga RM10 untuk 3 atau 4 individu cacing yang bersaiz sederhana besar. Bagi penternak udang pula, ada antara mereka lebih cenderung untuk mengimport cacing ini secara sejuk beku daripada negara luar seperti China dan Netherland kerana mereka memerlukan kuantiti cacing yang lebih banyak sebagai makanan harian untuk udang ternakan. Harga import bagi cacing laut ini boleh mencecah sehingga RM244 per kg (bergantung kepada jenis, saiz cacing dan negara pengeksport).

Kajian penulis tentang pengenalpastian spesis ruat bakau daripada Genus ‘Marphysa’ menggunakan kaedah taksonomi secara morfologi dan molekul di kawasan paya bakau yang terdapat di Terengganu di bawah seliaan Dr. Izwandy Idris dan Dr. Afiq Durrani Mohd Fahmi diharap dapat mendedahkan kewujudan lebih banyak spesis cacing umpan yang mempunyai banyak kepentingan ini. Kajian ini akan mewujudkan penemuan baru untuk spesis ruat bakau Genus ‘Marphysa’ yang terdapat di paya bakau Terengganu sekaligus menyumbang kepada dunia sains taksonomi cacing Filum Annelida. Tambahan pula, ekonomi penduduk tempatan boleh ditingkatkan jika terdapat penemuan baru cacing umpan di kawasan ini.

Kebanyakan daripada kita menyangka umpun hanya boleh dijadikan umpan tapi ternyata umpun bakau bukan sekadar umpan pancing semata mata. Banyak faedah yang boleh juga kita manfaatkan daripada haiwan tersebut. Maha suci Allah yang menjadikan haiwan pelbagai bentuk dan morfologi, sangat banyak faedah walaupun saiz nya jauh lebih kecil berbanding manusia, sesuai Firman Nya dalam surah An-Nur ayat 45 yang bermaksud “Dan Allah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian ada yang berjalan diatas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang Dia kehendaki. Sungguh, Allah Maha kuasa atas segala sesuatu”.

Gambar 1: Ruat bakau yang terdapat di kawasan paya bakau di pantai barat Malaysia
Ruat bakau yang dijumpai di celahan akar pokok bakau (kiri) dan kayu reput (kanan)
Gambar 3: Ruat bakau dengan panjang mencecah hampir 30cm
Gambar 4: Penulis bersama rakan penyelidik di kawasan paya bakau Kuala Ibai, Terengganu untuk aktiviti persampelan ruat bakau
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: INOS UMTInstitut Oseanografi dan Sekitaran (INOS)umpun-umpunUMT
ShareTweetShare
Previous Post

Kitar Semula Plastik; Kurangkan Sisa, Selamatkan dunia

Next Post

Kajian; ‘Bakteria Baik’ Boleh Membantu Merawat Kemurungan

Editor

Editor

Related Posts

Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!
Alam Semulajadi

Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!

2 days ago
Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)
Berita & Peristiwa

Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

1 week ago
Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan
Berita & Peristiwa

Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan

4 weeks ago
Kriptografi: Seni Penyulitan Data Dunia Maya
Berita & Peristiwa

Kriptografi: Seni Penyulitan Data Dunia Maya

1 month ago
Next Post
Kajian; ‘Bakteria Baik’ Boleh Membantu Merawat Kemurungan

Kajian; ‘Bakteria Baik’ Boleh Membantu Merawat Kemurungan

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan untuk Subjek Matematik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In