23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, April 11, 2021
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Usah Paksa Anak melebihi Keupayaan

Editor by Editor
15/11/2013
in Rencana
0 0
0
exam stress

Oleh; Ruhaiza Rusmin (Harian Metro)

Fenomena tekanan pelajar sewaktu peperiksaan bukan asing, namun menimbulkan kebimbangan kerana boleh menimbulkan risiko sampingan.
Biarpun kemuncak tertinggi kehidupan pelajar ialah memperoleh keputusan cemerlang, namun senario tekanan yang membelenggu ketika musim peperiksaan perlu diawasi.
Kebimbangan terhadap ‘sindrom’ itu berasas kerana berlaku pelbagai insiden apabila pelajar gagal melawan tekanan.

Akibatnya, ia memberi kesan emosi dan fizikal kepada pelajar.

Persoalannya, apakah perlu pelajar terlalu memaksa diri mencapai ­cita-cita demi memenuhi hasrat orang lain sehingga memberi kesan kepada diri sendiri?

Ketua Pusat Kerjaya dan Kaunseling Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Mohamed Soder Rahmad, berkata pelajar yang sedang mengambil peperiksaan perlu bertenang.

Beliau berkata, jika terlalu memikirkan cemerlang dalam peperiksaan, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan.

“Peperiksaan besar memang memberi tekanan apatah lagi memikirkan harapan tinggi ibu bapa, namun memaksa diri untuk berusaha keras di luar kemampuan hanya menempa kemudaratan.

“Peperiksaan penting, namun ia tidak bermakna jika pelajar ‘kosong’ serta tidak mampu menjawab soalan kerana terlalu tertekan,” katanya.

Pelajar perlu mengetepikan tanggapan peperiksaan adalah kemuncak hidup.

“Jika itulah sasaran matlamat, percayalah mereka ­tidak boleh menjawab soalan, sekali gus memusnah­kan keinginan ingin dicapai.

“Saya bimbang jika terlalu memikirkan peperiksaan, boleh menyebabkan masalah lain.

“Dalam ilmu psikologi, tekanan boleh dibahagikan kepada dua iaitu positif (use stress) dan negatif (disstress).

“Tekanan positif memberi tekanan kepada pelajar bagi memastikan mereka tahu tanggungjawab perlu ­dilaksanakan seperti ke kelas dan mengulang kaji pelajaran,” katanya.

Beliau berkata, tekanan positif boleh dipraktikkan bagi membina kemahuan diri dan menjadikan pelajar lebih bermotivasi.

Sebaliknya, tekanan negatif keterlaluan boleh menimbulkan kesan sampingan sehingga menjejaskan emosi dan fizikal menyebab­kan pelajar hilang imba­ngan diri.

“Apabila tertekan, mereka bukan saja boleh hilang fokus, malah hilang motivasi diri dan keyakinan diri, mengalami kemurungan dan mungkin membunuh diri,” katanya.

Dalam ilmu psikologi, katanya emosi peringkat remaja boleh dikatakan masih tidak stabil dan sering berubah-ubah mengikut pengaruh persekitaran.

“Tekanan yang melampau boleh mewujudkan kestabilan emosi yang boleh menjerumuskan mereka ke tahap genting seperti hilang pedoman.

“Justeru, ibu bapa usah terlalu memberi tekanan sebaliknya memberi kata-kata semangat supaya anak mereka tidak terlalu stres.

“Saya tidak kata ibu bapa atau orang lain tidak boleh ‘menekan’ pelajar tapi harus ada batasnya.

“Ibu bapa juga perlu akur melihat keupayaan anak, tetapi jangan memaksa kerana kesannya boleh menyebab­kan mereka terus kritikal,” katanya.

Bagi pelajar, kata­nya mereka perlu sentiasa ­bertenang. Tidak keterlaluan memikirkan apakah ­keputusan yang diperoleh kelak.

“Semua mahukan kecemerlangan, namun janganlah sampai memaksa diri di luar kemampuan. Anda sudah berusaha bertahun-tahun, jadi perlu positif ­menerima apa jua keputusan.

“Di negara ini, cemerlang atau kecundang, peluang menyambung pengajian terbuka luas. Sistem ­pendidikan kita tidak ­pernah mengetepikan peluang sesiapa untuk
belajar.

“Usah kecewa jika gagal kerana perjuangan meneruskan kehidupan masa depan lebih penting,” katanya.

Sumber – Harian Metro
Foto – theasianparent


Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: kanak-kanak stressstress di kalangan anak-anak
ShareTweetShare
Previous Post

Signal WI-FI sebagai Pengecas Bateri

Next Post

Dari Andalusia Ke Putrajaya: Menyingkap Sejarah Ilmuwan Islam (Siri 1)

Editor

Editor

Related Posts

Cabaran Penjagaan Pesakit Kanser Warga Emas
Berita & Peristiwa

Cabaran Penjagaan Pesakit Kanser Warga Emas

1 year ago
7 Fakta Menarik Mengenai Terence Tao
Berita & Peristiwa

7 Fakta Menarik Mengenai Terence Tao

1 year ago
Isu dan Cabaran ‘Perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Rentas Sempadan’
Alam Semulajadi

Isu dan Cabaran ‘Perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Rentas Sempadan’

2 years ago
Mimpi, mengapa kita tidak mampu mengingatinya?
Berita & Peristiwa

Mimpi, mengapa kita tidak mampu mengingatinya?

2 years ago
Next Post
Dari Andalusia Ke Putrajaya: Menyingkap Sejarah Ilmuwan Islam (Siri 1)

Dari Andalusia Ke Putrajaya: Menyingkap Sejarah Ilmuwan Islam (Siri 1)

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rumah Tradisional Melayu: Antara Seni, Sains & Realiti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kebaikan Aktiviti Berbasikal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

Majalah Sains © 2020

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Majalah Sains © 2020

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In