23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, February 5, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Virtual National Science Challenge 2020 Mengasah Bakat STEM Generasi Muda

Wakil Pulau Pinang, SMJK Jit Sin teruja diumum sebagai juara pertandingan tahunan tersebut

Adee by Adee
23/11/2020
in Berita & Peristiwa, Events
0 0
0

Kuala Lumpur, 23 November 2020: Ang Yi Jin, Loh Hong Sheng, dan Lim Wen Hao mengalahkan lima pasukan lain untuk merangkul gelaran juara Virtual National Science Challenge 2020 (VNSC 2020) dan membawa pulang Piala Perdana Menteri. Juara masing-masing turut menerima Anugerah Pendidikan ASM-NSC bernilai RM 6,000, sebuah komputer riba dan sijil pencapaian.

Ketiga-tiga pelajar berusia 16 tahun dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin di Pulau Pinang menarik perhatian panel juri dengan idea prototaip mereka, Temperature Distance Awareness (TDA) Badge.

Pasukan tersebut diberikan masa 10 minit untuk membentangkan prototaip mereka yang dapat mengesan jarak sosial, suhu badan dan menyimpan data di telefon, serta menjawab soalan dari panel juri dalam Peringkat Akhir ini.

Selain sesi Pembentangan Prototaip, setiap pasukan juga perlu menyertai kuiz dalam talian. Dalam Pusingan Kilat pula, setiap pasukan perlu menjawab soalan dalam masa yang ditentukan untuk diumumkan sebagai juara bagi acara tahunan ini.

Pasukan tersebut menyatakan kegembiraan mereka kerana telah memenangi pertandingan ini. Ketua pasukan, Ang Yi Jin, berkata bahawa sudah menjadi impian mereka untuk dinobatkan sebagai juara cabaran ini.

Ang Yi Jin, Lim Wen Hao dan Loh Hong Sheng dari SMJK Jit Sin mempamerkan inovasi mereka sejurus selepas dinobatkan sebagai pemenang VNSC 2020

“Kami sangat berterima kasih atas bimbingan yang diberikan oleh pakar profesional dari pelbagai latar belakang, melalui webinar yang telah dijalankan.

“Kami lebih menghargai sains melalui pertandingan ini dan kami faham bahawa sains bukanlah sebagaimana ia digambarkan – subjek yang sukar dan membosankan.

“Kami berharap rakan-rakan di seluruh negara akan mengambil bahagian dalam pertandingan tahun depan kerana ianya satu pengalaman yang luar biasa,” kata Yi Jin, yang juga mengucapkan terima kasih kepada sekolah dan guru mereka atas sokongan dan bimbingan yang berterusan untuk projek mereka.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada para pemenang atas atas pencapaian dan pembentangan mereka yang sangat baik.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua finalis atas idea-idea yang mereka hasilkan di Peringkat Akhir. Saya bangga kerana anda dapat menjawab beberapa soalan mengenai dasar yang diajukan para juri serta telah berkorban masa dan usaha untuk mengembangkan prototaip ini.

“Saya percaya bahawa sains itu penting kerana ia membolehkan keputusan dibuat berdasarkan bukti. “Berdasarkan laporan Science Outlook 2017 dan maklum balas yang kami perolehi mengenai kursus sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), Kementerian sedang mengkaji bagaimana bidang STEM akan diposisikan bagi memastikan graduan STEM mendapat pekerjaan dengan gaji yang baik. Kami ingin melihat lebih ramai belia memilih kerjaya berasaskan STEM,” katanya lagi.

Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM), Profesor Datuk Dr Asma Ismail FASc mengulas bahawa usaha untuk memupuk kesedaran STEM perlu ditingkatkan, bertujuan untuk mereka menggalakkan pelajar melanjutkan pelajaran dan kerjaya dalam bidang STEM.

“Pandemik ini membuktikan bahawa industri yang didorong oleh sains, teknologi dan inovasi mampu bertahan dan berkembang maju. Kita bukan sahaja harus memberi inspirasi kepada bakat STEM, tetapi juga merangsang minda mereka untuk melihat keajaiban, keterujaan, dan hubung kait sains, kejuruteraan dan teknologi dalam menghasilkan penyelesaian untuk masalah harian dan masalah yang rumit dengan kreativiti dan inovasi.

“Pelajar hari ini tidak boleh hanya bergantung kepada buku teks untuk mendapatkan pengetahuan. Mereka perlu menimba pengetahuan melalui pengalaman. Pembelajaran melalui pengalaman adalah penting untuk meningkatkan pemahaman tentang masalah yang perlu diselesaikan agar penyelesaiannya lebih dinamik dan holistik; inilah focus sebenar Virtual National Science Challenge,” tambah Profesor Datuk Dr Asma. ASM telah menganjurkan National Science Challenge atau NSC sejak tahun 1999. Pada tahun ini, acara tahunan dianjurkan bersempena dengan Minggu Sains Negara 2020. Ia berfungsi sebagai platform untuk memupuk pemikiran saintifik dan minat terhadap STEM dalam kalangan para belia untuk memupuk bakat dan pemimpin berkemahiran tinggi pada masa hadapan. Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran pelajar muda dari segi teori dan praktikal dalam STEM dan meningkatkan pemikiran saintifik dalam kalangan pelajar. Ini termasuklah meningkatkan kebolehan mereka dalam amalan berdasarkan bukti seperti menganalisis data untuk menghasilkan idea baru dan menterjemahkannya ke dalam prototaip, atau solusi dalam kehidupan harian.

Tema untuk VNSC tahun ini adalah “Menuju Komuniti yang Berdaya Tahan Pandemik Melalui Sains”. Aspirasi di sebalik pemilihan tema tersebut adalah agar para remaja dapat memahami sepenuhnya kesan pandemik dan akan mencetuskan idea-idea baru dalam memerangi virus tersebut.

Pemenang tempat ke-2 VNSC, Pusat GENIUS @ Pintar Negara, masing-masing akan menerima Anugerah Pendidikan ASM-NSC bernilai RM 4,000, iPad dan sijil pencapaian. Pemenang tempat ketiga, SMK Mat Salleh Ranau, masing-masing akan menerima Anugerah Pendidikan ASM-NSC bernilai RM 2,000, telefon pintar dan sijil pencapaian. Tiga lagi pasukan finalis; SM Sri Cempaka Cheras, MRSM Kuala Berang dan SMK King George V; masing-masing akan menerima Anugerah Pendidikan ASM-NSC bernilai RM 1,000, jam tangan pintar dan sijil pencapaian.

Pertandingan VNSC 2020 menyaksikan 1,027 pasukan bersaing untuk melayakkan diri ke Peringkat Akhir. Setiap pasukan harus berjaya melalui Peringkat Awal, mengalahkan pesaing mereka di Peringkat Negeri dan menarik perhatian panel juri dengan pembentangan maya dan video mereka di Peringkat Separuh Akhir. Pembentangan akhir disiarkan secara langsung melalui platform media sosial rasmi ASM (Facebook) dengan tontotan sejumlah 3,500 pada hari tersebut.

Tentang Akademi Sains Malaysia (ASM)

ASM merupakan organisasi saintifik bebas di bawah Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI). ASM berusaha untuk menjadi peneraju pemikir negara bagi isu berkaitan sains, kejuruteraan, teknologi dan inovasi. Kami menyediakan platform untuk bertukar idea sesame akademia, penggubal dasar, masyarakat dan industri.

ASM mempunyai lebih 780 pakar dalam bidang disiplin Sains Kejuruteraan; Sains Perubatan dan Kesihatan; Sains Biologi, Pertanian dan Alam Sekitar; Teknologi Maklumat dan Sains Komputer; Sains Kimia; Matematik, Fizik, dan Sains Bumi; Pembangunan Sains dan Teknologi Industri; dan Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Aktiviti utama kami termasuk menjalankan kajian strategik dan pandangan masa depan, dan menerajui program berasaskan sains di peringkat nasional, serantau, dan global. Etos kami adalah “Think Science, Celebrate Technology, Inspire Innovation“.

Perlaksanaan NSC 2020 secara julung kali dalam talian memerlukan koordinasi dan kerjasama teknikal dikalangan kakitangan ASM bagi memastikan kelancaran majlis
Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Kerana Tangan Badan Merana

Next Post

Colistin: Antibiotik Dalam Makanan Haiwan

Adee

Adee

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Colistin: Antibiotik Dalam Makanan Haiwan

Colistin: Antibiotik Dalam Makanan Haiwan

  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In