23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 1, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Wawancara – Negara Memerlukan ramai Ahli Kimia

Editor by Editor
09/11/2013
in Tempatan, Tokoh
0 0
0
prof-taufiq

“Temubual wartawan Varsiti (Berita Harian), Basir Zahrom dengan Profesor Dr Taufiq Yap Yun Hin, Profesor Kimia Universiti Putra Malaysia yang baru dilantik sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Kimia Sedunia (IUPAC)”

Tahniah atas perlantikan Prof sebagai ahli IUPAC. Apakah kriteria yang dilihat pada Prof sehingga IUPAC melantik menjadi ahlinya?


Ini mungkin berdasarkan pengiktirafan sebelum ini yang saya terima di peringkat antarabangsa terutama ketika dilantik sebagai profesor pelawat di beberapa universiti di luar negara serta kepakaran dalam bidang kimia terutamanya bidang katalisis (pemangkin).

Saya pernah menjadi profesor pelawat di Universiti Nagoya Jepun (2011 dan 2012) iaitu satu daripada universiti terkemuka di negara itu yang menghasilkan beberapa penerima anugerah Nobel. Di Universiti Nagoya saya lebih menumpukan kepada kerjasama tenaga boleh diperbaharui membabitkan sisa pertanian di Jepun. Mereka mempunyai sistem pengurusan pertanian yang sangat baik sehingga tidak perlu mengimport beras dari luar.

Selian universiti itu, saya juga menjadi profesor pelawat pertama di Curtin University, Australia cawangan Miri iaitu dari 2011 hingga 2015 apabila universiti itu mula-mula menubuhkan pusat penyelidikan di Sarawak dan di Universiti Teknologi PETRONAS (2012-2013)

[Baca – Isu Lynas; Wawancara Bersama Pengerus AELB]

Saya mewakili negara menerusi Institut Kimia Malaysia (IKM) dan apabila badan induk kimia dunai berpengkalan di Zurich, Switzerland itu melihat profil saya, mereka melantik saya menjadi Ahli Titular Bahagian 1 Kimia Fizikal dan Biofizikal sesi 2014-2015 dan 2016-2017. Ini adalah pengiktirafan tertinggi buat rakyat Malaysia dalam bidang kimia setakat ini dan Presiden IKM, Datuk Dr Soon Ting Kueh juga diberikan penghormatan dipilih sebagai Ahli Titular bahagian Penyelidikan Kimia untuk Keperluan Dunia sesi 2012-2013 dan 2014-2015. Pemilihan ini satu tanggungjawab besar namun saya akan berusaha sedaya upaya demi nama baik UPM, IKM dan negara.


Apakah peranan yang dimainkan Prof dalam badan pertubuhan kimia di seluruh dunia itu?

Disebabkan kepakaran khusus saya dalam bidang katalisis, jadi peranan saya menjurus dalam bidang tersebut. Contohnya mengeluarkan panduan dan kaedah piawai dalam pengukuran bahan kimia serta menamakan bahan kimia baharu yang akan digunakan secarapiawai di seluruh dunia.
Tugas menamakan bahan kimia ini sebenarnya turut dilakukan di semua bahagian di IUPAC dan ini penting kerana ada teknik tertentu menamakn sesuatu bahan kimia terbabit. Ini perlu melalui beberapa siri perbincangan dengan jawatankuasa terdiri daripada ahli kimia seluruh dunia. Kaedahnya ialah apabila nama sesuatu bahan baharu dinamakan, ahli kimia seluruh dunia boleh melukis struktur kimianya dan akan digunakan secara piawai.

Selain itu, bahagian kami juga menjalankan projek ‘Buku Hijau’ yang diketuai Naib Presiden Bahagian, Prof Roberto Marquadt dari Universiti Strasbourg, Perancis.


Bagaimanakah Prof melihat perkembangan bidang kimia di Malaysia?

Ini bidang yang berkembang pesat di negara ini dan boleh dibuktikan menerusi kebolehpasaran graduan kimia yang menjadi rebutan majikan sejurus mereka menamtakn pengajian. Pihak industri selalu menelefon saya bertanyakan sekiranya ada pelajar yang boleh mereka rekrut untuk bekerja dan kebanyakannya terdiri daripada syarikat antarabangsa.

Jika di United Kingdom, dalam tempoh tiga ke empat tahun lalu, jabatan kimia universiti terpaksa ditutup kerana tiada permintaan tenaga kerja daripada industri, namun di sini bidang ini masih berkembang pesat.

[Baca – Wawancara; Perlunya Budaya Saintifik yang Subur dalam Mengejar Kecemerlangan Penyelidikan]

Ini kerana kita mempunyai sumber asli. Bagaimanapun, sumber itu perlu diberi nilai tambah menggunakan proses kimia dan rugi sekiranya dijual terus. Contohnya petroleum, jika dijual mentah harganya tidaklah semahal seperti minyak yang sudah diproses.

Setiap tahun universiti tempatan menghasilkan kira-kira 150 graduan kimia, namun jumlah itu belum mencukupi. Berdasarkan rekod Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) 2011, eskport Malaysia membabitkan bidang kimia meningkat 15.2 peratus atau RM13.2 bilion berbanding tahun sebelumnya. Banyak industri di Malaysia membabitkan kimia. Jadi, ahli kimia yang ramai diperlukan kerana setiap kilang pastinya mempunyai makmal serta memerlukan penyelidik sendiri.


Bagaimana dengan masa depan kimia di negara ini?

Diharapkan bidang ini akan terus maju, lebih-lebih lagi dalam usaha negara beralih kepada persekitaran lestari yang memerlukan penggunaan tenaga secara berkesan terutama yang boleh diperbaharui.

Petroleum semakin berkurangan, jadi kita perlu mendalami bidang kimia terutama katalis yang digunakan sebagai pemabngkin bagi menghasilkan bahan api daripada biomas untuk penghasilan tenaga dalam jangka masa panjang.

Apa pun, penekanan terhadap bidang sains dalam pendidikan perlu diteruskan kerana tanpa asas yang kukuh bagaimana Malaysia akan mampu melahirkan penerima Anugerah Nobel pada masa akan datang?

Biarpun kita sedia maklum, pelaburan dalam sains menelan belanja yang tinggi, namun haruslah dilihat dalam aspek pelaburan yang menguntungkan bagi menjami masa depan yang lestari. @MajalahSains.Com

Sumber – Berita Harian
Foto -science.upm.edu.my

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: ahli IUPAC Malaysiaanugerah tertinggi bidang kimiabudaya penyelidikanSaintis Melayusaintis tempatan
ShareTweetShare
Previous Post

Penyelidik UKM Hasilkan Produk Atasi Masalah Tulang Rapuh

Next Post

Khasiat 8 jenis Buah-buahan

Editor

Editor

Related Posts

Etak Salai : Kandungan Nutrisi Makanan
Berita & Peristiwa

Etak Salai : Kandungan Nutrisi Makanan

5 months ago
Benteng Pemecah Ombak II: Melestari Komuniti Flora dan Fauna Dasar Laut
Alam Semulajadi

Benteng Pemecah Ombak II: Melestari Komuniti Flora dan Fauna Dasar Laut

9 months ago
Kepentingan Cacing Nipah Terhadap Ekosistem Marin dan Masyarakat Setempat
Alam Semulajadi

Kepentingan Cacing Nipah Terhadap Ekosistem Marin dan Masyarakat Setempat

10 months ago
Lokan, Penunjuk Biologi Ekosistem Paya Bakau
Alam Semulajadi

Lokan, Penunjuk Biologi Ekosistem Paya Bakau

10 months ago
Next Post
Khasiat 8 jenis Buah-buahan

Khasiat 8 jenis Buah-buahan

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In