23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Zarah Higgs – Hadiah Nobel Fizik 2013

Editor by Editor
06/12/2013
in Berita & Peristiwa, Tokoh
0 0
0

higgs                                                               Francoise Englert & Peter Higgs

 

Oleh Prof Datuk Dr Roslan Abdul Shukor

MENGAPA objek dalam dunia ini mempunyai jisim? Peter Higgs dari University of Edinburgh, Scotland dan Francoise Englert dari Universite libre de Bruxelles, Belgium telah memenangi hadiah Nobel Fizik tahun ini kerana memberikan jawapan kepada soalan ini.

Pada 1964, dua ahli fizik ini secara berasingan telah mencadangkan teori bahawa bahan mempunyai jisim disebabkan oleh sejenis zarah – yang kemudiannya dikenali sebagai zarah Higgs.

Kira-kira 20 tahun yang lalu, Leon Lederman pemenang Hadiah Nobel Fizik bagi 1988 menyedari cabaran besar untuk mengesan zarah Higgs lalu menyebutnya sebagai ‘Goddamn Particle‘ tetapi dilaporkan oleh pemberita sebagai ‘God Particle‘ atau zarah tuhan.

Nama ini kekal sehingga hari ini walaupun tidak disenangi oleh Lederman sendiri.

Untuk membuktikan kewujudan zarah Higgs, satu ekpserimen terbesar dunia dengan lilitan 27 km dalam terowong 100 m bawah tanah telah dibina.

Alat Pelanggar Hadron Besar (LHC) dibina kerana zarah Higgs hanya boleh dikesan pada tenaga dan kelajuan tinggi.

LHC terletak di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) Geneva, berhampiran sempadan Switzerland-Perancis.

Ia mula dibina sejak 30 tahun lalu oleh 10,000 orang ahli sains dan jurutera dari 100 negara dengan harga mencecah 7.5 bilion Euro (RM30 bilion).

Alfred Nobel mewasiatkan hadiah diberikan untuk penemuan terpenting setiap tahun dalam bidang fizik, kimia, fisiologi atau perubatan, kesusasteraan dan keamanan.

Beliau pada awalnya tidak berminat untuk memberi hadiah keamanan tetapi akhirnya bersetuju setelah diyakinkan oleh mereka yang rapat dengannya.

Mengapa Alfred Nobel menamakan bidang fizik sebagai bidang yang pertama dalam wasiat beliau adalah suatu yang menarik.

Adakah ini bermakna hadiah fizik paling berprestij berbanding yang lain? Fizik dianggap bidang yang paling terkehadapan pada hujung abad ke-19 dan mungkin Alfred Nobel juga berpendapat demikian lalu menamakan bidang fizik yang pertama dalam wasiat beliau.

Zarah Higgs juga dikenali sebagai boson Higgs. Nama boson mengambil nama ahli fizik tersohor India bernama Satyendranath Bose.

Pada 1924, Bose di Kolkata telah menemui secara teori satu kelas zarah kuantum yang baru.

Beliau seterusnya menerbitkan penemuan ini bersama Albert Einstein yang pada masa itu berada di Jerman.

Zarah Higgs termasuk dalam kelas zarah yang ditemui oleh Bose lalu diberikan nama boson Higgs.

Sumbangan utama Higgs dan Englert ialah menerangkan bagaimana bahan mendapat jisimnya.

Secara ringkas, medan Higgs yang dihasilkan oleh zarah Higgs terdapat di seluruh pelosok alam. Hasil interaksi bahan dengan medan ini menghasilkan jisim.

 Pada 2012 dan awal 2013, kewujudan zarah Higgs dibuktikan melalui eksperimen di CERN.

Higgs dan Englert diumumkan pemenang Hadiah Nobel Fizik pada pertengahan Oktober tahun ini setelah penantian selama 50 tahun.

Agak menarik juga hadiah tahun ini diberikan hanya kepada ahli teori dan tidak kepada ahli eksperimen yang merekabentuk dan membina pengesan ini.

Saintis yang membina eksperimen ini mungkin dipertimbangkan untuk hadiah tahun-tahun akan datang kerana pada setiap tahun hadiah ini dihadkan kepada tiga orang sahaja.

Model Piawai (Standard Model) mengenai alam ini diperkukuhkan lagi dengan terbuktinya kewujudan zarah Higgs.

Alam semesta telah membuka satu lagi rahsianya kepada manusia, kali ini mengenai asal-usul jisim dalam bahan.

Hadiah Nobel yang akan disampaikan di Stockholm, Sweden pada 10 Disember ini adalah satu pengiktirafan kepada semua ahli sains yang terlibat terutama Higgs dan Englert.


PROF. DATUK DR. ROSLAN ABD. SHUKOR adalah Pengerusi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga mantan Pengerusi Program Kerjasama Akademi Sains Malaysia-CERN.


Sumber – Utusan
Foto – tagesschau.com
 
 

Artikel berkaitan

–Gerard’t Hooft; Menyusun teka teki Alam Semesta dengan Fizik Partikel
–Penemuan Zarah Higgs-Boson

-Memahami Zarah Higgs-Boson
-Pemenang Hadiah Nobel Fizik 2013
 
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Apa itu Higgs Bosonhadiah nobel fizikMemahami Higgs BosonPenemuan Zarah Higgs-Boson
ShareTweetShare
Previous Post

Perlumbaan Menjelajah Angkasa India dan China

Next Post

Ranking Universiti dan Permasalahannya di Malaysia

Editor

Editor

Related Posts

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

3 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

3 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Ranking Universiti dan Permasalahannya di Malaysia

Ranking Universiti dan Permasalahannya di Malaysia

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rumah Tradisional Melayu: Antara Seni, Sains & Realiti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In