23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, October 13, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

IdeaVault -Pemacu Idea Progresif Rakyat Malaysia

IdeaVault -Pemacu Idea Progresif Rakyat Malaysia

Editor by Editor
08/08/2025
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Penulis: Inv. Asrizam Esam

Pegawai Penyelidik Kanan
Ketua Seksyen Korporat dan Hubungan Strategik
Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia (UPM)

 

YAB Dato’ Seri Anwar  Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia semasa Majlis Peluncuran Festival Idea Putrajaya pada tahun 2024 pernah menyatakan bahawa rakyat Malaysia harus membangun dengan idea dan pembaharuan itu perlu diungkapkan dalam kerangka besar MADANI yang berpaksikan jati diri bangsa, nilai, budaya, bahasa, keyakinan dan kepercayaan agama.

Negara kini tidak boleh ketinggalan dalam arus perubahan, oleh itu kepentingan penguasaan matematik, kalkulus, digital, dan kecerdasan buatan (AI) serta perbincangan mengenai tenaga baru adalah amat perlu kerana tenaga lama kini dipertikai yang berpotensi membawa kerosakan.

Kegagalan menjana idea baharu yang mampu menangani isu kritikal negara akan memperburukkan lagi cabaran sedia ada, sekaligus menghambat kemajuan Malaysia secara menyeluruh dan berisiko menyebabkan negara ketinggalan dalam persaingan global yang semakin sengit.

Cabaran hidup yang dihadapi rakyat Malaysia  semakin kompleks dan mendesak. Isu sosial seperti keselamatan rakyat dijalanraya, kemiskinan yang masih wujud, ketidaktentuan ekonomi, masalah kesihatan mental, serta keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak semakin membimbangkan.

Sektor keterjaminan makanan juga masih memberi kesan kepada masyarakat termasuk isu kekurangan tenaga kerja, kebergantungan tinggi kepada pekerja asing, perubahan iklim serta keterbatasan kawasan tanaman yang semakin terhad akibat pembangunan dan perubahan guna tanah.

Selain itu, kos sara hidup yang meningkat dan bencana alam seperti banjir yang kerap berlaku menambah tekanan kepada kehidupan harian rakyat, terutama golongan B40 yang masih bergelut untuk memenuhi keperluan asas mereka.

Situasi ini menuntut tindakan segera dan bersepadu daripada semua lapisan masyarakat untuk mencari penyelesaian yang bukan sahaja bersifat jangka pendek tetapi juga mampan.

Ideologi “belayar tapeh, betiang betis” merupakan bidalan Melayu lama yang menggambarkan keperluan berdikari dan berusaha menyahut cabaran hidup tanpa bergantung kepada orang lain, sekaligus menggambarkan semangat kreatif dan daya usaha dalam mencari penyelesaian. Inilah semangat bangsa yang telah wujud sejak dahulu lagi bagi membangkitkan kearifan lokal rakyat dan harus diterapkan sehingga kini.

Tanpa penglibatan aktif rakyat mencungkil bakat yang lahir daripada kearifan lokal dalam mencipta solusi, usaha kerajaan dan pihak berkepentingan mungkin kurang menyeluruh dan kurang tepat sasarannya.

Malahan tanpa inovasi yang berterusan, Malaysia mungkin gagal memanfaatkan peluang revolusi industri termasuk teknologi kecerdasan buatan (AI) dan automasi, yang kini menjadi tunjang utama pembangunan ekonomi dan sosial di peringkat ASEAN mahupun antarabangsa.

IdeaVault Memperkukuhkan  Cetusan Idea Rakyat

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menyahut seruan ini dengan memperkenalkan IdeaVault, satu platfom pengumpulan dan penilaian idea rakyat secara besar-besaran. Program ini merupakan sebahagian daripada Festival Idea Putrajaya dan dijayakan melalui kerjasama Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia, serta Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Melalui IdeaVault, ia menggalakkan pelbagai lapisan masyarakat, termasuk profesional, pelajar, dan orang awam, untuk berkongsi idea kreatif dan solusi praktikal. Budaya inovasi berasaskan pengetahuan dan teknologi dapat diperkukuh demi kemajuan rakyat dan negara.

Menurut YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir  di dalam teks ucapan Jerayawara Festival Idea Putrajaya 2024 juga telah menekankan kepentingan untuk Malaysia mengembalikan kegemilangan budaya keilmuan dan idea kreatif serta melahirkan masyarakat yang menghargai ilmu sepanjang zaman.

Dalam masa yang sama, semua idea ini akan dikumpulkan dalam satu platform dan dinilai di bawah program Festival Idea Putrajaya pada penghujung tahun 2025 untuk dikongsikan kejayaan idea dan inovasi ini kepada masyarakat umum.

Melalui platform seperti ini, inovasi dan penyelesaian kreatif dapat digalakkan untuk menangani cabaran global seperti ketidaksamaan ekonomi, pembangunan mampan dan perubahan iklim yang lahir daripada pelbagai input. Justeru, inilah saatnya untuk menggerakkan perubahan besar sejajar dengan peranan Malaysia sebagai pemimpin dalam mencapai kesejahteraan dunia.

Rakyat Pemacu Inovasi: Langkah Membudaya Idea Kreatif

Penyertaan rakyat Malaysia dalam IdeaVault amat penting kerana negara kini berdepan pelbagai cabaran kompleks seperti kesenjangan ekonomi, jurang pendapatan, pengangguran belia, dan tekanan kos sara hidup yang memerlukan penyelesaian inovatif dan praktikal untuk memastikan kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.

Tanpa idea dan cita-cita baharu, usaha menangani isu-isu kritikal ini akan terbantut dan boleh menjejaskan kemajuan negara secara keseluruhan. Penyebaran aplikasi kecerdasan buatan (AI) juga sudah pasti akan dapat membantu rakyat Malaysia menyuburkan idea dan solusi yang menarik, bermutu serta praktikal dengan lebih banyak lagi.

Platform ini membolehkan setiap individu, sama ada pelajar, profesional mahupun komuniti umum, menyumbang idea yang boleh direalisasikan dan memberi impak langsung kepada masyarakat dan negara.

Selain itu, inisiatif ini menggalakkan budaya inovasi dan kolaborasi antara rakyat, institusi pendidikan, industri dan kerajaan, seterusnya memperkukuh ekosistem pengetahuan dan teknologi negara.

Dengan penyertaan yang meluas, penyelesaian yang dihasilkan pasti akan menjadi lebih inklusif, relevan dan efektif kerana ia lahir daripada pengalaman serta keperluan sebenar masyarakat pelbagai lapisan.

Inisiatif seperti ini bukan sahaja memberi motivasi kepada rakyat untuk berkongsi idea, malah membuka ruang kepada mereka untuk melihat idea mereka direalisasikan dan memberi manfaat kepada komuniti.

Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis adalah bertepatan dengan prakarsa ini dan memberi peringatan supaya usaha serta pemikiran idea perlu dijana dan dilaksana sebelum berlakunya perkara yang akan memberi kesan kepada kehidupan kita seharian.

Kearifan lokal rakyat Malaysia perlu diketengahkan untuk mempercepatkan pembangunan inovasi tempatan yang menjadi pemacu utama kepada  kemajuan ekonomi, kesejahteraan sosial, mahupun kelestarian alam sekitar negara.

Dengan menyumbang idea seperti ini rakyat dapat membantu mencari solusi praktikal dan relevan yang sesuai dengan keperluan tempatan, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada teknologi dan penyelesaian asing.

Rakyat Malaysia perlu menjadi sebahagian daripada gelombang inovasi nasional, memupuk rasa tanggungjawab kolektif dalam membentuk masa depan negara yang lebih makmur, mampan dan berdaya saing di bumi bertuah ini. Setiap idea yang dikongsi berupaya membawa aruhan positif dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang untuk terus berinovasi demi Malaysia yang lebih progresif dan sejahtera.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: AIAsrizam EsamIdeaVaultinovasiPutra Science ParkUniversiti Putra Malaysia (UPM)
ShareTweetShare
Previous Post

Ubat Mujarab Terkini untuk Rawatan Meroyan Selepas Bersalin

Next Post

Kecelaruan Permainan Internet di kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi dan Kesihatan Oral

Editor

Editor

Related Posts

Hubungan Kaedah Green dengan Supersimetri Kuantum #MudahnyaBacaJurnal
Berita & Peristiwa

Hubungan Kaedah Green dengan Supersimetri Kuantum #MudahnyaBacaJurnal

5 hours ago
Rahsia Usia Di Sebalik Senyuman
Berita & Peristiwa

Rahsia Usia Di Sebalik Senyuman

12 hours ago
Like, Komen, Share dan Hubungannya dengan Matematik
Berita & Peristiwa

Like, Komen, Share dan Hubungannya dengan Matematik

3 days ago
Peranan Penting Rekod Pergigian dalam Pengecaman Forensik
Berita & Peristiwa

Peranan Penting Rekod Pergigian dalam Pengecaman Forensik

4 days ago
Next Post
Kecelaruan Permainan Internet di kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi dan Kesihatan Oral

Kecelaruan Permainan Internet di kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi dan Kesihatan Oral

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In