Soalan Yang Kerap Ditanya (F.A.Q)

Apa Syarat Utama Untuk Menulis di MajalahSains.Com?

Jawapan:

1. Apa sahaja artikel asal berkait dengan sains & teknologi (termasuk matematik, psikologi, perubatan, alam semulajadi, biologi dan lain-lain). Semak menu [KATEGORI] untuk memilih bidang anda.

2. Tulisan mestilah mensasarkan pembaca awam. BUKAN jurnal, laporan teknikal, dan prosiding.

3. Tulisan haruslah bersifat santai dan mesra pembaca. Rencana yang baik dan mencapai 1000 ‘viewers’, kami akan hadiahkan saguhati.

4. Seboleh-bolehnya artikel original. Bukan ‘copy paste’ dari mana-mana portal dan mengaku artikel hasil tulisan sendiri. Boleh juga menghantar artikel Copy n Paste, TETAPI dengan syarat ada kebenaran dan kredit kepada pemilik asal.

5. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui emel – editormajalahsains[at]gmail[dot]com