Siapa Kami

Team MajalahSains.Com


Salam hormat,

MajalahSains.Com menyiarkan berita, rencana dan penemuan terbaru dunia sains dan teknologi untuk disesuaikan dengan masyarakat Malaysia. April 2018, MajalahSains.Com dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Khas Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk Kategori Media oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sempena Minggu Sains Negara.

MajalahSains.Com bertujuan menjadikan sains lebih menarik dan santai serta bersesuaian untuk semua golongan. Ia tidak terbatas kepada kelompok kecil komuniti akademik atau pelajar bidang sains sahaja.

Selain bertujuan untuk meningkatkan literasi sains, ia merupakan satu jambatan bagi mencetus minat masyarakat Malaysia terhadap perkembangan dunia sains dan teknologi. Pada masa ini, Majalah Sains.Com diuruskan oleh kumpulan sukarelawan yang aktif berkerjaya dalam bidang sains dan teknologi.

Kami mengalu-alukan sumbangan rencana dan artikel serta idea-idea bermutu dari pengunjung untuk meningkatkan lagi keberkesanan kaedah penyampaian berita, maklumat dan aktiviti terkini mengenai sains dan teknologi untuk sama-sama dimanfaatkan oleh masyarakat.


Pengasas & Ketua Editor

Mohd Faizal Aziz merupakan pemenang tempat pertama Hadiah Penulisan Rencana UKM 2008. Penulis Rencana Sains Dewan Kosmik terbitan DBP 2005-2013, Estidotmy terbitan MOSTI-Akademi Sains Malaysia. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Bahan UKM tahun 2001 dan kini berkhidmat sebagai Pegawai Sains Kanan Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), UKM.

Penasihat

Dr. Ismayadi Ismail, PhD kini bertugas sebagai pegawai penyelidik di Institut Teknologi Maju, Universiti Putra Malaysia (UPM). Berminat mengkaji fenomena evolusi nano-mikro sifat bahan magnetik dan kini mendalami penyelidikan struktur nano karbon. Pernah menyandang jawatan presiden Persatuan Pegawai Penyelidik selama tiga penggal dan menjadi exco Persatuan Pentadbir UPM. Telah menerbitkan beberapa artikel penulisan popular di Dewan Kosmik selain daripada menerbitkan hampir 100 manuskrip penyelidikan di jurnal berimpak tinggi. Menjadi pendiri syarikat (founder) kepada Nanomag Sdn Bhd, sebuah syarikat “spin-off” di UPM untuk mengkomersilkan hasil penyelidikannya.

Editor

Hasfazilah Hassan merupakan pegawai penyelidik kanan dlm bidang keselamatan dan komunikasi nuklear. Setiausaha kepada Persatuan Saintis & Penyelidik Malaysia (MARS) dan Setiausaha kepada Persatuan Alumni Sains Nuklear UKM (PESAN). Pengalaman sebagai pengacara dan penyelidik sambilan di RTM byk membantu mengembangkan lg networking di antara pihak media dan penyelidik terutama dlm bidang Nuklear, Sains dan Teknologi. Percaya bahawa penguasaan sains komunikasi dan komunikasi strategik dpt melonjakkan lagi hasil penyelidikan yg berimpak tinggi dalam memberi sumbangan yg bermakna kpd manusia sejagat. Kini berkhidmat di Pejabat Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia sebagai Pengurus Unit Komunikasi Korporat.

Editor

Ahmad Amryl memiliki latarbelakang akademik di dalam bidang sains computer dan juga amat meminati sains dan teknologi secara umum. Beliau juga merupakan jurufoto amatur di dalam masa lapang.

Sub Editor

Saiful Bahari Bakarudin beranggapan ilmu berkaitan sains & teknologi bukan hak eksklusif komuniti sains sahaja. Maka perlu ada gerakan katalis untuk menyalurkan perkembangan sains & teknologi kepada masyarakat. Meminati kajian pencirian sifat bahan samada secara kualitatif mahupun kuantitatif. Pemburu makanan viral pada hujung minggu.

Editor Media Sosial

Amelia Adam mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang fizik dan pendidikan sains dari UKM. Meminati usaha-usaha untuk menggabung jalin ilmu sains dan persejarahan sains, selain mempercayai bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam perkongsian pengetahuan saintifik ialah satu langkah penting demi merakyatkan sains di negara ini.

Editor Bersekutu

Dr. Jayaraj Vijaya Kumaran, PhD adalah pensyarah kanan dalam bidang Mamalogi di Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan dan merupakan ahli bersekutu Akademi Sains Malaysia (ASM), Institut Penyelidikan Jaminan Makanan Dan Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Kelantan dan Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, Universiti Malaysia Terengganu. Beliau berpendapat penguasaan ilmu perlu bermula dengan penghayatan Sains dan Sastera. Kedua-dua bidang ini saling melengkapi dan menyumbang kepada perkembangan dunia sejagat. DrRaj teringin mempunyai makmal di rumah sendiri supaya boleh menjalankan pelbagai eksperimen dan merungkai pelbagai persoalan biologi yang berlegar di fikirannya.

Editor Bersekutu

Dr.Fatimah Salim, PhD ialah ahli kimia profesional Malaysia (ChM.), bertugas sebagai pensyarah kanan di Pusat Asasi dan di masa yang sama merupakan felo penyelidik tetap di pusat kecemerlangan Atta-ur-Rahman institute for natural product discovery (AuRIns), UiTM. Beliau telah menerbitkan satu bab dalam buku berprestij antarabangsa oleh Elsevier dan lebih daripada 20 manuskrip penyelidikan berimpak tinggi. Beliau juga merupakan ahli aktif Malaysian Natural Product Society (MNPS), ahli jawatankuasa Organic and Biomolecular Chemistry Section Institut Kimia Malaysia (IKM, 2019-2021) dan affiliate kepada Young Scientists Network Academy of Science Malaysia (YSN-ASM, 2018-2021). Beliau gigih mengubah persepsi umum terhadap bahan kimia dengan berkongsi tulisan mengenai kimia di dalam kehidupan seharian dan menjawab isu-isu tular di media sosial melalui laman peribadi “Facebook” beliau. Beliau yakin kimia merupakan jambatan kepada disiplin sains fizik dan biologi.

Editor Bersekutu

Profesor Madya Dr. Mohd Uzair Rusli, PhD mempunyai misi meningkatkan tahap literasi lautan kepada seluruh masyarakat kerana percaya usaha ini mampu mendidik warga kita supaya lebih menghargai alam sekitar. Beliau mempunyai latar pendidikan dalam bidang Biologi Marin kita bertugas sebagai Ketua Penyelidik di Sea Turtle Research Unit (SEATRU), Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu. Dalam aktiviti penyelidikan yang bermatlamat untuk memelihara populasi penyu di negara ini, beliau telah membina sebuah makmal penyelidikan penyu yang berkonsep terbuka dengan kerjasama sebuah resort terkemuka di Pulau Redang, Terengganu bagi mendekatkan sains kepada masyarakat. Usaha ini dilihat telah berjaya menarik minat orang awam untuk lebih meminati sains sekaligus menghargai haiwan marin seperti penyu yang semakin diancam kepupusan.

#LiterasiLautanUntukSemua
#KitaJagaPenyuKita

Berminat menyumbang karya
Hubungi: editormajalahsains@gmail.com

Pengiklanan
Hubungi: iklanmajalahsains@gmail.com

Terma dan Polisi MajalahSains.Com

Isi kandungan dan artikel dari MajalahSains.Com adalah Hak Milik MajalahSains.Com kecuali dinyatakan sumbernya. Sebarang penerbitan semula di mana-mana media MESTI mendapat keizinan kami dan dinyatakan sumber asalnya.

MajalahSains.Com mengamalkan hak menghormati sumber-sumber lain seperti gambar, video, link yang digunakan di web kami dengan menyatakan sumber asal.

Salam hormat,
MajalahSains.Com menyiarkan berita, rencana dan penemuan terbaru dunia sains dan teknologi untuk disesuaikan dengan masyarakat Malaysia.
MajalahSains.Com bertujuan menjadikan sains lebih menarik dan santai serta bersesuaian untuk semua golongan. Ia tidak terbatas kepada kelompok kecil komuniti akademik atau pelajar bidang sains sahaja.
Selain bertujuan untuk meningkatkan literasi sains, ia merupakan satu jambatan bagi mencetus minat masyarakat Malaysia terhadap perkembangan dunia sains dan teknologi. Pada masa ini, Majalah Sains.Com diuruskan oleh kumpulan sukarelawan yang aktif berkerjaya dalam bidang sains dan teknologi.
Kami mengalu-alukan sumbangan rencana dan artikel serta idea-idea bermutu dari pengunjung untuk meningkatkan lagi keberkesanan kaedah penyampaian berita, maklumat dan aktiviti terkini mengenai sains dan teknologi untuk sama-sama dimanfaatkan oleh masyarakat.

**************************
EDITORIAL


Mohd Faizal Aziz

Pengasas & Ketua Editor

 

Ahmad Amryl Malek
Editor

Hasfazilah Hassan
Editor

PENASIHAT
Prof Madya Ir.Dr. Rosdiadee Nordin (PhD)
Dr.Ismayadi Ismail (PhD)

 

Berminat menyumbang karya
Hubungi:  editormajalahsains@gmail.com
Pengiklanan
Hubungi: iklanmajalahsains@gmail.com
 
“Terma dan Polisi MajalahSains.Com
Isi kandungan dan artikel dari MajalahSains.Com adalah Hak Milik MajalahSains.Com kecuali dinyatakan sumbernya. Sebarang penerbitan semula di mana-mana media MESTI mendapat keizinan kami dan dinyatakan sumber asalnya.
MajalahSains.Com mengamalkan hak menghormati sumber-sumber lain seperti gambar, video, link yang digunakan di web kami dengan menyatakan sumber asal.