23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, October 7, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Jerebu Berpanjangan: Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Udara Tercemar Disedut Berulang Kali?

Jerebu Berpanjangan: Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Udara Tercemar Disedut Berulang Kali?

Editor by Editor
07/10/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Noor Artika Binti Hassan & Dr. Faizul Haris Bin Mohd Hatta
Jabatan Perubatan Masyarakat,
International Islamic University Malaysia (IIUM)

Lebih sebulan Malaysia telah berdepan dengan episod jerebu rentas sempadan yang berulang semenjak 8 Ogos 2026. Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) telah menaikkan tahap amaran di selatan ASEAN ke Tahap 3 pada 26 Ogos 2026 susulan cuaca kering, peningkatan titik panas dan pembentukan kepulan asap yang meluas di Kalimantan dan Sumatera. Pada 4 September 2026, beberapa kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat (IPU: 201-300). Keadaan paling buruk dilaporkan di Bahagian Serian, yang diisytiharkan darurat jerebu berikutan pencemaran udara berada pada tahap berbahaya (IPU: >300) , dengan bacaan IPU tertinggi mencecah 521. Walaupun keadaan semakin terkawal, bacaan IPU masih menunjukkan bacaan yang tidak sihat sehingga ke hujung September 2026 (IPU: 101-200).

Persoalan kesihatan awam yang penting bukan sekadar sama ada jerebu menyebabkan batuk atau mata pedih. Namun, apabila pendedahan berlangsung selama berminggu-minggu, sehingga berbulan-bulan, dan berulang setiap tahun, apakah sebenarnya bahan yang memasuki paru-paru, apakah kesannya untuk jangka panjang, dan mampukah tubuh menyingkirkannya semula?

Jerebu Bukan Sekadar Asap

Komponen utama yang menjadi perhatian ialah zarah terampai, khususnya PM2.5, iaitu zarah dengan diameter aerodinamik 2.5 mikrometer atau lebih kecil. Saiznya kira-kira 30 kali ganda lebih kecil daripada diameter sehelai rambut manusia dan membolehkannya menembusi jauh sehingga ke alveoli, iaitu kantung udara mikroskopik tempat pertukaran oksigen berlaku.

Selain PM2.5, asap kebakaran vegetasi dan tanah gambut di Asia Tenggara boleh mengandungi karbon organik, karbon hitam, logam berat, karbon monoksida, hidrokarbon aromatik polisiklik atau PAH, serta beberapa sebatian organik berklorin. Kajian di Kuala Lumpur menunjukkan kepekatan PM2.5, dan sesetengah logam karsinogenik boleh meningkat dengan ketara ketika episod jerebu berbanding tempoh tanpa jerebu. Komposisi sebenar semasa jerebu bergantung kepada jenis bahan yang terbakar, suhu pembakaran dan jarak asap bergerak di atmosfera. Sebagai contoh, kebakaran tanah gambut yang membara pada suhu rendah dan menghasilkan lebih banyak zarah bagi setiap unit bahan yang terbakar berbanding kebakaran vegetasi biasa. Inilah antara sebab jerebu di rantau ini begitu teruk.

Apa berlaku Selepas PM2.5 Memasuki Paru-paru?

Sistem pernafasan mempunyai beberapa lapisan pertahanan. Zarah yang bersaiz besar akan terperangkap pada mukus di hidung dan saluran udara. Silia, iaitu struktur mikroskopik seperti rambut yang melapisi bronkus, kemudian menggerakkan mukus ke arah tekak untuk ditelan atau dikeluarkan.

Zarah halus seperti PM2.5 boleh sampai dan mendap jauh di dalam paru-paru sehingga ke alveoli. Sebagai tindak balas, makrofaj alveoli akan cuba menelan dan menyingkirkan zarah asing tersebut. Sebahagian zarah boleh dibawa keluar melalui sistem limfa, manakala zarah yang sangat kecil berpotensi merentasi penghalang alveoli dan memasuki peredaran darah. Apabila ini berlaku, kesannya tidak lagi terbatas kepada paru-paru. Zarah terampai tersebut boleh menyebabkan tekanan oksidatif dan keradangan. Sel menghasilkan molekul reaktif dan mediator keradangan sebagai tindak balas kepada bahan asing. Jika tindak balas ini berlebihan atau berulang, ia boleh merosakkan epitelium paru-paru, mengubah fungsi salur darah dan mempengaruhi sistem pembekuan darah serta sistem kardiovaskular. Ia bukan sahaja boleh menyumbang kepada kejadian asma dan penyakit paru-paru, tetapi juga penyakit jantung dan strok.

Daripada Batuk kepada Penyakit Kronik

Bukti bagi kesan akut jerebu di Asia Tenggara agak konsisten. Kajian epidemiologi melaporkan peningkatan simptom pernafasan, serangan asma, lawatan ke klinik dan hospital serta beberapa hasil kardiovaskular ketika episod jerebu. Satu tinjauan sistematik ASEAN turut mendapati hubungan antara jerebu dengan kesan pernafasan, terutama dalam kalangan kumpulan yang lebih rentan contohnya kanak-kanak dan warga emas.

Kajian kohort di rantau Asia-Pasifik secara konsisten mengaitkan pendedahan jangka panjang kepada PM2.5 dengan peningkatan kematian semua sebab dan kematian kardiovaskular serta kejadian penyakit jantung, diabetes jenis 2, penyakit buah pinggang dan penyakit pulmonari obstruktif kronik.

Selain itu, Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser (IARC) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengklasifikasikan pencemaran udara luar dan zarah terampai termasuk PM2.5 sebagai karsinogen Kumpulan 1 pada tahun 2013. Ini bermaksud terdapat bukti yang mencukupi bahawa ia boleh menyebabkan kanser paru-paru pada manusia. Risiko ini turut dikaitkan dengan bahan seperti PAH dan logam karsinogenik yang terbawa bersama zarah tersebut.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud seseorang yang mengalami jerebu selama beberapa minggu pasti akan mendapat penyakit kronik. Risiko bergantung kepada dos kumulatif iaitu jumlah kepekatan pencemar, tempoh seseorang terdedah, kekerapan episod itu berulang dan keadaan kesihatan individu.

Bolehkah Tubuh Membuang Kembali Bahan Pencemar?

Tubuh mempunyai sistem pembersihan melalui mukus dan silia, makrofaj, sistem limfa, hati dan buah pinggang. Sebahagian zarah akhirnya disingkirkan daripada paru-paru, manakala bahan kimia yang boleh dimetabolismekan diproses oleh hati dan dikeluarkan melalui air kencing atau hempedu. Tetapi kadar penyingkirannya bergantung pada bahan pencemar.

Sesetengah komponen pencemaran boleh hilang dalam masa yang singkat, manakala logam tertentu boleh kekal di dalam tisu lebih lama. Sesetengah zarah terampai di bawah PM2.5 juga berpotensi berpindah daripada paru-paru ke dalam peredaran darah sebelum dibawa ke organ lain seperti hati.

Hilangnya bahan pencemar ini tidak bermakna kesan biologinya turut hilang serta-merta. Pencemar mungkin telah mencetuskan keradangan, tekanan oksidatif, perubahan fungsi salur darah atau kerosakan sel sebelum ia berjaya disingkirkan.

Jerebu Sebagai Pendedahan Kumulatif

Dalam konteks kesihatan awam, persoalan yang paling penting mungkin bukan berapa lama bahan pencemar kekal di dalam tubuh, tetapi berapa banyak pendedahan yang terkumpul sepanjang hidup. Seseorang mungkin pulih selepas satu episod jerebu. Namun, jika pendedahan kepada jerebu teruk berulang saban tahun, sistem tubuh manusia boleh terdedah semula sebelum sempat pulih sepenuhnya daripada kesan episod sebelumnya.

Justeru itu, pengurangan pendedahan kepada jerebu kekal menjadi strategi utama. Antara saranan yang boleh dilakukan adalah mengurangkan aktiviti di luar ketika jerebu, mengehadkan kemasukan udara luar ke ruang dalaman dan menggunakan pelitup muka yang disyorkan apabila pendedahan luar tidak dapat dielakkan.

Jerebu akan hilang apabila hujan turun dan arah angin berubah. Tetapi dari sudut biologi, berakhirnya jerebu tidak bermakna kesannya turut berakhir. Tubuh memang mempunyai sistem untuk membersihkan bahan pencemar, tetapi keradangan dan kerosakan yang telah dicetuskan memerlukan masa untuk pulih, dan sebahagiannya mungkin tidak pulih sepenuhnya. Persoalannya bukan sekadar sama ada tubuh sempat pulih sebelum episod seterusnya, tetapi berapa banyak pendedahan yang terkumpul sepanjang hayat.

Rujukan:

  1. Fujii, Y., Mahmud, M., Tohno, S., Okuda, T., & Mizohata, A. (2016). A case study of PM2.5 characterization in Bangi, Selangor, Malaysia during the southwest monsoon season. Aerosol and Air Quality Research, 16(11), 2685–2691.
  2. Promsiri, P., Tekasakul, S., Thongyen, T., Suwattiga, P., Morris, J., Latif, M. T., … & Dejchanchaiwong, R. (2023). Transboundary haze from peatland fires and local source-derived PM2. 5 in Southern Thailand. Atmospheric Environment, 294, 119512.
  3. Sulong, N. A., Latif, M. T., Khan, M. F., Amil, N., Ashfold, M. J., Wahab, M. I. A., … & Sahani, M. (2017). Source apportionment and health risk assessment among specific age groups during haze and non-haze episodes in Kuala Lumpur, Malaysia. Science of the Total Environment, 601, 556-570.
  4. Ramakreshnan, L., Aghamohammadi, N., Fong, C. S., Bulgiba, A., Zaki, R. A., Wong, L. P., & Sulaiman, N. M. (2018). Haze and health impacts in ASEAN countries: a systematic review. Environmental Science and Pollution Research, 25(3), 2096-2111.
  5. Yang, Z., Mahendran, R., Yu, P., Xu, R., Yu, W., Godellawattage, S., … & Guo, Y. (2022). Health effects of long-term exposure to ambient PM2. 5 in Asia-Pacific: a systematic review of cohort studies. Current environmental health reports, 9(2), 130-151.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: IIUMInternational Islamic University Malaysia (IIUM)Jabatan Perubatan MasyarakatJerebuNoor Artika Binti Hassanpartikel jerebupencemaran akibat jerebuudara tercemarzarah jerebu
ShareTweetShare
Previous Post

Melihat Alam Semesta Melalui Neutrino: Nobel Fizik 2026 dan Peluang untuk Malaysia

Next Post

Audit Dalam dari Perspektif Sains & Teknologi: Wadah Solusi, Mengenalpasti Potensi

Editor

Editor

Related Posts

Audit Dalam dari Perspektif Sains & Teknologi: Wadah Solusi, Mengenalpasti Potensi
Berita & Peristiwa

Audit Dalam dari Perspektif Sains & Teknologi: Wadah Solusi, Mengenalpasti Potensi

4 hours ago
Melihat Alam Semesta Melalui Neutrino: Nobel Fizik 2026 dan Peluang untuk Malaysia
Berita & Peristiwa

Melihat Alam Semesta Melalui Neutrino: Nobel Fizik 2026 dan Peluang untuk Malaysia

5 hours ago
Kepelbagaian Hubungan Korelasi dalam Data
Berita & Peristiwa

Kepelbagaian Hubungan Korelasi dalam Data

7 days ago
Banyaknya Konsep Matematik di Sebalik Sebuah Gelanggang Sukan Serbaguna
Berita & Peristiwa

Banyaknya Konsep Matematik di Sebalik Sebuah Gelanggang Sukan Serbaguna

7 days ago
Next Post
Audit Dalam dari Perspektif Sains & Teknologi: Wadah Solusi, Mengenalpasti Potensi

Audit Dalam dari Perspektif Sains & Teknologi: Wadah Solusi, Mengenalpasti Potensi

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In