Wednesday, October 28, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ujian Troponin: Penanda Kecederaan Jantung

Ujian Troponin: Penanda Kecederaan Jantung

Editor by Editor
28/10/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Wan Mohd Saifuhisam Bin Wan Zain
Pakar Patologi Kimia dan Pensyarah Perubatan
Jabatan Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia

Apakah itu Ujian Troponin?

Apabila seseorang mengalami sakit dada, doktor perlu menentukan sama ada gejala tersebut berpunca daripada masalah jantung atau keadaan lain yang tidak berkaitan dengan jantung.

Antara ujian darah yang penting dalam penilaian ini ialah ujian troponin, iaitu ujian yang mengukur kepekatan protein troponin dalam darah untuk mengesan kecederaan pada otot jantung.

Troponin merupakan protein yang membantu mengawal pengecutan otot, termasuk otot jantung yang berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh. Dua jenis troponin yang lazim digunakan dalam pemeriksaan klinikal ialah troponin jantung I (cardiac troponin I, cTnI) dan troponin jantung T. Kedua-duanya mempunyai ciri yang membolehkan makmal mengesan protein daripada otot jantung dengan tahap kekhususan yang tinggi, sekali gus menjadikan ujian ini antara penanda biokimia utama untuk mengenal pasti kecederaan jantung.

Bagaimanakah Troponin Memasuki Darah?

Dalam keadaan normal, kebanyakan troponin berada di dalam sel otot jantung dan memainkan peranan penting dalam proses pengecutan otot tersebut.

Apabila sel otot jantung mengalami kecederaan, struktur sel boleh terganggu dan troponin dilepaskan ke dalam ruang sekeliling sel seterusnya memasuki aliran darah.

Jika kepekatan troponin dalam darah meningkat melebihi had rujukan yang ditetapkan bagi sesuatu kaedah ujian, keadaan ini menunjukkan bahawa kecederaan pada otot jantung mungkin telah berlaku.

Apakah Kaitan Troponin dengan Serangan Jantung?

Serangan jantung berlaku apabila bekalan darah yang membawa oksigen ke sebahagian otot jantung berkurangan atau terhenti, lazimnya akibat penyumbatan pada salur darah koronari yang membekalkan darah kepada jantung.

Apabila bekalan oksigen tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan otot jantung, sel-sel tersebut boleh mengalami kecederaan dan, jika keadaan berterusan, kematian sel, lalu menyebabkan troponin dilepaskan ke dalam darah.

Dalam keadaan ini, peningkatan troponin merupakan petunjuk penting yang membantu doktor menilai kemungkinan serangan jantung.

Walau bagaimanapun, peningkatan troponin tidak semestinya bermaksud seseorang sedang mengalami serangan jantung kerana pelbagai keadaan lain juga boleh menyebabkan kecederaan otot jantung. Bukti tambahan lain yang diperlukan untuk mengesahkan peningkatan troponin disebabkan oleh serangan jantung adalah termasuk gejala klinikal, pemeriksaan fizikal, ujian elektrokardiogram (ECG) dan penemuan pengimejan yang bersesuaian atau pengesanan darah beku dalam salur darah koronari.

Bilakah Ujian Troponin diperlukan?

Ujian troponin lazimnya dilakukan apabila seseorang mengalami gejala yang mencurigakan, khususnya sakit atau ketidakselesaan dada atau sesak nafas yang mungkin berpunca daripada masalah serangan jantung.

Serangan jantung dari segi perubatan dinamakan sindrom koronari akut atau “Acute Coronary Syndrome” atau secara ringkasnya “ACS”.

Oleh sebab serangan jantung ialah  keadaan kecemasan yang boleh membawa maut, individu yang mengalami gejala yang mencurigakan seperti sakit dada atau sesak nafas atau gejala yang berkaitan perlu mendapatkan rawatan kecemasan dengan segera di mana-mana fasiliti kesihatan untuk penilaian lanjut oleh petugas kesihatan.

Bagaimanakah Ujian Troponin dilakukan?

Ujian troponin dilakukan menggunakan sampel darah yang diambil daripada vena, biasanya di lengan, sebelum dihantar ke makmal untuk dianalisis menggunakan peralatan khusus.

Makmal akan mengukur kepekatan troponin menggunakan kaedah yang direka untuk mengesan paras protein tersebut dalam darah.

Teknologi troponin sensitiviti tinggi (high-sensitivity cardiac troponin, hs-cTn) membolehkan kepekatan troponin yang lebih rendah dikesan berbanding kaedah konvensional, sekali gus membantu doktor membuat penilaian lebih awal bagi pesakit yang disyaki mengalami serangan jantung.

Rajah 1. Proses troponin memasuki saluran darah semasa serangan jantung dan proses ujian troponin yang dilakukan untuk mengesan paras kepekatan oleh pihak makmal perubatan.

Mengapa Ujian Troponin perlu diulang?

Satu keputusan troponin sahaja mungkin tidak mencukupi untuk menolak atau mengesahkan serangan jantung, khususnya jika darah diambil terlalu awal selepas gejala bermula.

Hal ini kerana kepekatan troponin mungkin belum meningkat ke paras yang dapat dikesan dengan jelas pada peringkat awal kecederaan jantung, bergantung pada masa pengambilan sampel dan jenis ujian yang digunakan.

Oleh itu, doktor mungkin mengarahkan ujian darah diulang selepas tempoh tertentu untuk menilai sama ada kepekatan troponin meningkat, menurun atau kekal hampir sama.

Adakah terdapat Punca lain bagi Peningkatan Troponin?

Selain serangan jantung atau ACS, peningkatan troponin boleh berlaku dalam pelbagai keadaan lain yang menyebabkan kecederaan atau tekanan pada otot jantung.

Antara keadaan-keadaan tersebut ialah keradangan otot jantung atau miokarditis, penyakit buah pinggang kronik, salur darah yang tersumbat di paru-paru atau embolisme pulmonari, angin ahmar atau strok, jangkitan kuman yang serius atau sepsis dan lain-lain.

Justeru, keputusan troponin yang tinggi memerlukan penilaian atau ujian lanjutan untuk menentukan punca keputusan tersebut.

Apakah yang perlu difahami oleh Orang Awam?

Ujian troponin merupakan satu kemajuan penting dalam bidang perubatan kerana ia membantu mengesan kecederaan jantung dengan lebih sensitif dan menyokong keputusan rawatan yang tepat pada masanya.

Namun, keputusan ujian perlu dinilai bersama gejala pesakit, pemeriksaan fizikal, ECG, perubahan kepekatan troponin dari semasa ke semasa dan, jika diperlukan, pemeriksaan atau ujian lain yang berkaitan.

Keputusan troponin yang normal pada peringkat awal juga tidak semestinya menolak serangan jantung, terutama apabila ujian dilakukan terlalu awal selepas gejala bermula.

Sebaliknya, keputusan troponin yang tinggi tidak semestinya bermakna salur darah jantung tersumbat, kerana terdapat pelbagai punca kecederaan otot jantung yang perlu dikenal pasti.

Kesimpulannya, ujian troponin ialah penanda penting untuk mengesan kecederaan jantung. Memahami peranan ujian ini dapat membantu masyarakat menghargai kepentingan mendapatkan rawatan awal apabila mengalami gejala yang mencurigakan.

Rujukan

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia, National Heart Association of Malaysia, & Academy of Medicine Malaysia. (2026). Clinical Practice Guidelines: Management of Acute Coronary Syndromes (ACS) (Edisi pertama). Malaysia.
  2. Mair, J. (2025). The pathophysiology of cardiac troponin release and the various circulating cardiac troponin forms—Potential clinical implications. Journal of Clinical Medicine, 14(12), 4241. https://doi.org/10.3390/jcm14124241
  3. Thygesen, K., Alpert, J. S., Jaffe, A. S., Chaitman, B. R., Bax, J. J., Morrow, D. A., White, H. D., et al. (2018). Fourth universal definition of myocardial infarction (2018). Circulation, 138, e618–e651. https://doi.org/10.1161/CIR.0000000000000617
  4. Zubair, M., & Sharma, S. (2026). Analytical and clinical aspects of troponin testing. In StatPearls. StatPearls Publishing. National Center for Biotechnology Information (NCBI) Bookshelf.

Biodata Penulis

Nama: Dr Wan Mohd Saifuhisam Bin Wan Zain
Kelulusan akademik: Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS) UIAM & Sarjana Patologi (Patologi Kimia) MPath (Chemical Pathology) USM
Jawatan: Pakar Patologi Kimia dan Pensyarah Perubatan
Tempat bertugas: Jabatan Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan Kubang Kerian Kelantan
Bidang kepakaran: Kimia klinikal, perubatan metabolik, endokrinologi, protein, pengurusan makmal perubatan. Aktif menjalankan penyelidikan terutamanya berkaitan biomarker dalam aspek kardiometabolik. Turut terlibat dalam pengajaran pelajar perubatan prasiswazah dan pascasiswazah, latihan profesional dan pembangunan perkhidmatan diagnostik makmal. Turut memberikan ceramah dan pendidikan kesihatan kepada petugas kesihatan serta masyarakat mengenai kepentingan ujian makmal dalam pengesanan, diagnosis dan pemantauan penyakit.

Persatuan/pertubuhan profesional (ahli);
Akademi Perubatan Malaysia
Persatuan Ahli Biokimia Klinikal Malaysia
Persatuan Perubatan Malaysia
European Federation of Clinical Chemistry and Laboratory Medicine (EFLM) Academy

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Acute Coronary SyndromeECGmasalah jantungSerangan JantungUjian TroponinWan Mohd Saifuhisam Bin Wan Zain
Previous Post

Pengukuhan Konkrit Polimer Sanga Timah-Potensi Bahan Kejuruteraan dan Tanggungjawab Terhadap Alam Sekitar

Next Post

Analisis Urin sebagai Komponen Penting dalam Penilaian Kesihatan

Editor

Editor

Related Posts

Gangguan Hormon Tiroid: Apa yang boleh dilihat dari Ujian Darah Anda?
Berita & Peristiwa

Gangguan Hormon Tiroid: Apa yang boleh dilihat dari Ujian Darah Anda?

1 hour ago
Kacip Fatimah dan Tongkat Ali-Warisan Herba, Kekayaan Biodiversiti Malaysia
Alam Semulajadi

Kacip Fatimah dan Tongkat Ali-Warisan Herba, Kekayaan Biodiversiti Malaysia

2 hours ago
Analisis Urin sebagai Komponen Penting dalam Penilaian Kesihatan
Berita & Peristiwa

Analisis Urin sebagai Komponen Penting dalam Penilaian Kesihatan

2 hours ago
Pengukuhan Konkrit Polimer Sanga Timah-Potensi Bahan Kejuruteraan dan Tanggungjawab Terhadap Alam Sekitar
Berita & Peristiwa

Pengukuhan Konkrit Polimer Sanga Timah-Potensi Bahan Kejuruteraan dan Tanggungjawab Terhadap Alam Sekitar

2 hours ago
Next Post
Analisis Urin sebagai Komponen Penting dalam Penilaian Kesihatan

Analisis Urin sebagai Komponen Penting dalam Penilaian Kesihatan

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In