Apa Syarat-syarat Utama Untuk Menulis di MajalahSains.Com?
Jawapan:
1. Apa sahaja artikel berkaitan dengan sains & teknologi (termasuk matematik, psikologi, perubatan, alam semulajadi, biologi dan lain-lain). Semak menu [KATEGORI] untuk memilih bidang anda.
2. Tulisan mestilah mensasarkan pembaca awam. BUKAN jurnal, laporan teknikal, dan prosiding.
3. Tulisan mesti dalam format penulisan rencana, anggaran 850-1200 patah perkataan disertakan rujukan dan gambar termasuk sumber dari AI sekiranya menggunakan rujukan AI sebagai panduan penulisan.
4. Artikel yang dihantar mestilah artikel asli pengarang dan tidak pernah dihantar di mana-mana penerbitan lain.
5. Bilangan pengarang tidak boleh melebihi tiga orang untuk satu artikel disertai biodata ringkas.
6. Hantarkan artikel anda ke emel – editormajalahsains[at]gmail[dot]com