Sains Dari Perspektif Al-Quran

RM25.00

Category:

134total visits,1visits today

Description

 

  • ISBN 9789674123352
  • (kulit lembut). 72 halaman
  • Mohd Yusof Othman

Tiada pembangunan peradaban tanpa sains dan teknologi. Dalam peradaban Barat, ilmu wahyu tidak berperanan dalam pembangunan sains dan teknologi. Malah kehadiran ilmu wahyu akan mengganggu kelancaran pembangunan sains dan teknologi itu sendiri.   Bagi sarjana Barat, ilmu wahyu perlu diabai atau dikesampingkan. Natijahnya, pembangunan menjadi tempang kerana penekanan keterlaluan diberikan kepada pengetahuan objekrif dan mengabaikan pengetahuan subjektif. Inilah yang menyebabkan tiada penyelesaian tuntas kepada isu alam sekitar dan pemanasan global, isu eksploitasi dan manipulasi sumber alam sehingga menjejaskan sistem ekonomi dan kewangan dunia; dan isu sosial yang amat menjelekkan yang melahirkan insan yang tidak bermoral, keruntuhan institusi rumah tangga dan mempromosi gaya hidup Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT). Buku ini membincangkan sains dari perspektif al-Quran dan tuntutan membangunkan sains dan teknologi yang tidak terlepas daripada tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT di bumi ini. Kita perlu mengetengahkan isu ini kerana pembangunan sains tanpa agama adalah buta, sehingga matlamat pembangunan untuk menghasilkan insan yang bahagia dan sejahtera tidak tercapai. Manakala agama tanpa sains adalah tempang, sehingga tuntutan agama tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa pembangunan sains dan teknologi sewajarnya.

Berikan Komen Anda Di Sini

134total visits,1visits today