Sains di Alam Melayu

RM35.00

Category:

234total visits,1visits today

Description

 

  • 2017. ISBN 9789674124052
  • (kulit lembut). 305 halaman
  • Abdul Latif Samian & Nazri Muslim (sunt.)

Buku ini diterbitkan atas kesedaran untuk menyemarakkan lagi diskusi ilmiah mengenai sains di Alam Melayu. Orang Melayu mampu mengkategori, menyusun dan mengkelaskan khazanah herba yang dihasilkan oleh hutan tropika di sekitarnya. Mereka kenal beberapa tumbuhan, mereka tahu khasiat dan fungsi akar kayu, kulit kayu, teras kayu, daun kayu, buah kayu dan pucuk kayu. Mereka juga faham akan ikan di air, binatang di hutan, unggas dan serangga yang berterbangan di udara, kokok ayam dan kicau burung, mereka tahu bila hari akan siang dan bila pula bertukar malam. Segala sumber alam adalah ilmu kepada mereka, malah sesuatu yang menarik tentang sains Alam Melayu adalah perkaitannya yang rapat dengan pandangan alam Islam. Walaupun telah melalui pelbagai zaman Melayu kuno hinggalah kepada animisme, zaman Hindu/Buddha, zaman penjajahan, namun kedatangan agama Islam telah memberikan impak yang paling besar kepada kehidupan orang Melayu. Pengaruh tersebut juga akhirnya tergambar dalam sain Alam Melayu. Oleh itu dalam membangunkan barangan atau mewujudkan hasil sains Melayu, pengaruh Agama Islam jelas tergambar pada setiap tamadun yang lengkap lagi bersepadu sewajarnya mempunyai sains. Ini kerana sains merupakan salah satu bahagian terpenting dalam mana-mana tamadun. Diharapkan buku ini terus memperkembangkan lagi korpus ilmu mengenai sains di Alam Melayu.

Berikan Komen Anda Di Sini

234total visits,1visits today