23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, December 26, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Teknologi Salutan Tingkatkan Jangka Hayat Kelesuan Logam

Editor by Editor
03/07/2013
in Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh : Mohamed Afiq Rahmat
Penuntut PhD, Kejuruteraan Mekanikal, Monash University Australia

Oleh : Mohamed Afiq Rahmat
Penuntut PhD, Kejuruteraan Mekanikal, Monash University Australia – See more at: https://www.majalahsains.com/2013/04/fenomena-kelesuan-logam/#sthash.KhZlZ6bc.dpuf
Oleh : Mohamed Afiq Rahmat
Penuntut PhD, Kejuruteraan Mekanikal, Monash University Australia – See more at: https://www.majalahsains.com/2013/04/fenomena-kelesuan-logam/#sthash.KhZlZ6bc.dpuf
Oleh : Mohamed Afiq Rahmat
Penuntut PhD, Kejuruteraan Mekanikal, Monash University Australia – See more at: https://www.majalahsains.com/2013/04/fenomena-kelesuan-logam/#sthash.KhZlZ6bc.dpuf


Perkembangan teknologi salutan pada asalnya didorong oleh keinginan untuk mengelakkan pengaratan atau penambahbaikan keadaan tribologi sesebuah permukaan. Namun begitu, kebelakangan ini beberapa penyelidik telah mula mengembangkan aplikasi penggunaan bahan salutan canggih dalam konteks meningkatkan jangka hayat kelesuan logam.



Ni-P
                                   Gambar: Salutan nikel-fosforus yang telah retak pada substrat aloi aluminum
 
Hubungan antara teknologi salutan canggih dan kelesuan logam dapat dilihat dalam  keadaan bila mana retakan pertama yang berpunca dari kelesuan sentiasa bermula dari permukaan dan seterusnya merambat ke dalam logam itu sendiri. Pemerhatian ini mengilhamkan para penyelidik untuk mengubahsuai keadaan logam khususnya di permukaan agar ianya dapat mengurangkan bilangan retakan. Pengubahsuaian permukaan seperti ini dapat dikaitkan dengan menggunakan salutan yang kuat ciri-ciri mekanikalnya serta dapat memberi kesan sisa tegangan mampat (melalui proses salutan tersebut) agar dapat menahan dari berlakunya keretakkan.

[Baca ; Fenomena Kelesuan Logam]


Ciri-ciri salutan yang sesuai untuk menambahbaikan permukaan agar dapat menahan kelesuan logam termasuklah:

  1. Kekerasan dan kemuluran yang seimbang – nilai kekasaran yang terlalu tinggi menyebabkan salutan rapuh namun nilai yang seimbang dengan kemuluran didapati dapat menahan retakan.
  2. Kekuatan lekatan – kekuatan salutan untuk menahan retakkan pada permukaan tidak berguna sekiranya ianya tidak dapat dilekatkan dengan sempurna pada substrat yang mengalami kelesuan.
  3. Kebolehsalutan– keadaan permukaan termasuklah parameter proses salutan yang serasi dengan bahan substrat. Sebagai contoh, proses salutan yang berlaku pada suhu yang terlalu tinggi sehingga ianya melemahkan struktur mikro bahan substrat hendaklah dihindari.
  4. Sisa tegangan mampat – Permukaan yang mempunyai sisa tegangan mampat berkebolehan untuk mengurangkan tegasan tegangan dan secara langsung meningkatkan jaraknilai tegangan dari paras ambang tegangan retak.

Beberapa ujikaji telah pun dilakukan dan keputusan yang didapati adalah bahan yang bersalutan secara amnya dapat meningkatkan jangka hidup kelesuan logam sekiranya berada di Kitaran Lesu Tinggi (HCF) manakala jangka hidup kelesuan logam dalam keadaan Kitaran Lesu Rendah (LCF) mengalami pengurangan.

Pemerhatian yang dapat dilihat melalui ujikaji ini dapat dirasionalkan dengan dua pandangan yang berbeza walaupun kedua-duanya langsung tidak bercanggah antara satu sama lain.

Pandangan yang pertama menggunakan sifat salutan yang lebih unggul dalam menahan retakan sebagai sebab utama peningkatan jangka hayat kelesuan. Menurut pandangan ini, bahan salutan tersebut tidak akan retak seluruhnya sehingga tenaga yang diperlukan untuk meretak salutan tersebut tercapai. Fungsi salutan dalam pandangan ini adalah seakan perisai yang menahan retakan dari berlaku. Namun apabila ‘perisai’ tersebut mula retak, retakkan tersebut akan merambat terus ke substrat sekaligus meretakkan seluruh bahan tersebut. Antara ujikaji yang dilakukan untuk mengukuhkan pandangan ini termasuklah ujikaji kekerasan salutan bila mana kekerasan salutan yang tinggi disamakan dengan ‘perisai’ yang lebih unggul.

Pandangan yang kedua pula berpegang pada keadaan sifat sisa tegangan salutan tersebut yang mampat. Sisa tegangan yang mampat dapat menahan berlakunya retakan dengan mengurangkan tegasan tegangan keseluruhan yang dikenakan pada bahan lesu. Dengan ini, retakan tidak dapat  terhasil pada permukaan salutan. Hal ini sama dengan penambahbaikan permukaan melalui proses ‘shot-peening’ bila mana permukaan sebuah bahan tahan lesu mengalami deformasi melangkaui tahap keanjalan dan sisa tegangan mampat diperkenalkan. Ujikaji yang biasa dijalankan selaras dengan pandangan ini adalah ujikaji menyukat nilai sisa tegangan pada permukaan salutan. Nilai sisa tegangan mampat yang tinggi telahpun dibukti dalam beberapa kajian silam untuk meningkatkan jangka hayat kelesuan.

Seperti yang dinyatakan, rasional kedua-dua pandangan ini tidak bercanggah dan ada kebarangkalian yang tinggi bahawa kedua-dua pandangan ini boleh wujud dalam fasa yang sama. Namun persoalannya sekarang ialah sekiranya kedua-dua pandangan ini sah dan melengkapkan satu-sama lain, pandangan yang mana adalah pandangan yang dominan? Dalam erti kata lain, dengan memanfaatkan teknologi salutan, mekansima tahan retak yang manakah adalah penyebab utama peningkatan jangka hayat kelesuan?
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: fenomena kelesuan logamteknologi salutan
ShareTweetShare
Previous Post

Sisi Positif Tenaga Nuklear

Next Post

Khasiat Kacip Fatimah Bukan Mitos - Penyelidik UPM

Editor

Editor

Related Posts

Polimer Memori Bentuk: Bahan Pintar yang ‘Mengingat’ Bentuk Asal dan Potensinya dalam Perubatan
Berita & Peristiwa

Polimer Memori Bentuk: Bahan Pintar yang ‘Mengingat’ Bentuk Asal dan Potensinya dalam Perubatan

2 days ago
Titik Karbon Hijau: Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi dalam Rawatan Terapi Kanser
Berita & Peristiwa

Titik Karbon Hijau: Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi dalam Rawatan Terapi Kanser

3 days ago
Ibarat ‘Kunci’ dan ‘Mangga’: Bagaimana Saintis Mencipta Antibodi untuk Pesakit
Berita & Peristiwa

Ibarat ‘Kunci’ dan ‘Mangga’: Bagaimana Saintis Mencipta Antibodi untuk Pesakit

1 week ago
Teknologi Pembersihan Plasma dalam Pembuatan Cip Semikonduktor
Berita & Peristiwa

Teknologi Pembersihan Plasma dalam Pembuatan Cip Semikonduktor

4 weeks ago
Next Post
Khasiat Kacip Fatimah Bukan Mitos – Penyelidik UPM

Khasiat Kacip Fatimah Bukan Mitos - Penyelidik UPM

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In