23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, January 14, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Bilangan Jurnal Akademik Penyelidikan Malaysia Atasi Singapura dan Thailand

Editor by Editor
08/01/2016
in Tempatan
0 0
0

Oleh : Dr. Rosdiadee Nordin & K. N Mohd Kharuddin

KUALA LUMPUR;  Penyelidik-penyelidik Malaysia telah menerbitkan sebanyak 47,000 makalah, iaitu hampir dua kali ganda bilangan yang dihasilkan oleh penyelidik Thailand menurut Elsevier yang merupakan pangkalan data terbesar untuk bahan-bahan intelek.

Dalam satu laporan akhbar Thailand iaitu ‘The Nation‘, para penyelidik Malaysia juga mengatasi Singapura yang hanya menghasilkan 34,000 makalah berdaftar dengan Elsevier.

“Malaysia membuat kejutan besar apabila bermula pada tahap rendah pada tahun 2005 dan mengatasi Thailand dalam 2009, dan sekarang sudah mengatasi Singapura dari segi bilangan penyelidik”, ujar timbalan presiden senior Elsevier Michiel Kolman kepada The Nation.

Kolman berkata peningkatan mendadak dalam bilangan penyelidik ini adalah berikutan langkah kerajaan Malaysia menyediakan dana yang besar untuk penyelidikan berbanding kerajaan Thailand yang tiada pertambahan dana penyelidikan kebelakangan ini.

klcc

“Malaysia mempunyai sumber kewangan. Mereka menggaji penyelidik. Penyelidik mereka aktif maka penerbitan (output) mereka adalah tinggi”, jelas beliau.

Mengikut laporan akhbar ini, para penyelidik Malaysia menghantar 24,000 makalah akademik setiap tahun kepada Elsevier, berbanding Singapore yang menghantar 16,000 makalah.

Thailand menduduki tempat ketiga mengatasi Indonesia dengan 3,000 makalah setahun, Filipina 1,000 makalah setahun dan Laos di bawah 500.

Dalam laporan ini, Elsevier tidak menyatakan topik yang diliputi oleh makalah-makalah ini serta tidak menunjukkan penilaian kualitatif yang dibuat terhadap makalah yang dihantar oleh semua negara ini. THEMALAYMAILONLINE

Tambahan:

Semakan pihak MajalahSains.Com turut dibuat pada portal Scimago (http://www.scimagojr.com) yang mengandungi statistik daripada pengkalan data Elsevier (atau lebih dikenali sebagai Scopus) untuk mendapatkan gambaran yang lebih jitu. Statistik Scimago yang dicapai penulis berdasarkan penerbitan sepanjang 2014 dan mengambil kira semua bidang penyelidikan. Statistik tersebut (dimudahkan dalam jadual di bawah) didapati berlainan daripada berita di atas. Penulis membuat andaian berita tersebut menggunakan statistik terkini (2015) berdasarkan peningkatan penerbitan.

Statistik daripada beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun turut dimasukkan untuk memberi gambaran jurang perbezaan antara negara-negara maju dan negara-negara kejiranan kita.

Kedudukan Negara Bil. makalah Bil. makalah disebut penyelidik lain Bil sebutan per makalah
1 Amerika Syarikat 494,790 352,934 0.64
2 China 438,601 152,140 0.34
3 United Kingdom 141,425 111,107 0.69
5 Jepun 107,171 51,447 0.45
23 Malaysia 24,503 7,234 0.29
33 Singapura 16,086 12,554 0.73
40 Thailand 11,394 4,007 0.33
52 Indonesia 5,341 1,383 0.25
70 Filipina 1,619 781 0.44
123 Brunei 244 82 0.31

Beberapa analisis mudah yang boleh dibuat daripada jadual di atas:

  • Bilangan sebutan per makalah penyelidik Malaysia jauh ketara lebih rendah berbanding penyelidik Singapura. Menunjukkan kualiti makalah Singapura lebih dihargai diperingkat antarabangsa, berbanding Malaysia dan negara-negara lain di rantau ini.
  • Jika Malaysia, Singapura dan Thailand berganding tenaga untuk penerbitan makalah, gabungan ini HANYA mewakili 12% bilangan makalah dan 7% sebutan yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat pada 2014!

Cabaran kepada penyelidik Malaysia pada masa kini dan akan datang ialah bagaimana untuk menghasilkan makalah berkualiti yang mampu menarik minat penyelidik lain, dapat mempengaruhi aktiviti-aktiviti penyelidikan antarabangsa melalui idea terkini, teknik saintifik & kejuruteraan yang terkehadapan dan mampu mencabar teori kelaziman sedia ada. Selain daripada itu, suasana kini di dalam penyelidikan Malaysia turut melihat sumbangan penyelidik kepada masyarakat dan industri.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Debu Bauksit Berlarutan Sebabkan Alzheimer

Next Post

Video: Bagaimana Solar Panel Berfungsi ?

Editor

Editor

Related Posts

Kepentingan Bidang Arkeogenetik dalam Kajian Penempatan Orang Asli di Semenanjung Malaysia
Berita & Peristiwa

Kepentingan Bidang Arkeogenetik dalam Kajian Penempatan Orang Asli di Semenanjung Malaysia

4 weeks ago
Menyemai Ilmu, Menuai Inovasi: Memperkasa Kesedaran Komuniti terhadap Pertanian Pintar di Taman Semarak
Berita & Peristiwa

Menyemai Ilmu, Menuai Inovasi: Memperkasa Kesedaran Komuniti terhadap Pertanian Pintar di Taman Semarak

1 month ago
Etak Salai : Kandungan Nutrisi Makanan
Berita & Peristiwa

Etak Salai : Kandungan Nutrisi Makanan

3 years ago
Benteng Pemecah Ombak II: Melestari Komuniti Flora dan Fauna Dasar Laut
Alam Semulajadi

Benteng Pemecah Ombak II: Melestari Komuniti Flora dan Fauna Dasar Laut

4 years ago
Next Post
Video: Bagaimana Solar Panel Berfungsi ?

Video: Bagaimana Solar Panel Berfungsi ?

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In