23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, November 7, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Memupuk Minat Kanak-kanak Terhadap Kelestarian Alam Melalui Projek Pengkomposan Mampan

Memupuk Minat Kanak-kanak Terhadap Kelestarian Alam Melalui Projek Pengkomposan Mampan

Editor by Editor
08/03/2024
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Laporan: Dr. Nur Fariza M. Shaipulah, Amirah Alias, Lee Gaik Ee, Maisarah Jaafar, Norasmah Basari, Nurul Shahida Redzuan, Nur Juliani Shafei & Salwa Shahimi

Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu

 

Dalam usaha untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah untuk menjaga dan melestarikan alam sekitar, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di bawah Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PPIJIM), UMT telah menyalurkan dana bagi projek pemindahan ilmu di bawah geran Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS) bagi meningkatkan kesedaran dan memupuk minat kanak-kanak dalam memelihara dan menjaga alam sekitar. Projek yang diberi nama Green Tech in Agriculture-Start Them Young (GREEATSY) telah melibatkan seramai lapan pensyarah dan tiga buah sekolah di sekitar Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Projek ini mengetengahkan salah satu sektor dalam Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan iaitu sektor pertanian dan perhutanan. Projek ini juga menggabungkan dua skop Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu Pendidikan Berkualiti dan Tenaga Mampu Milik dan Bersih. Melalui pengaplikasian skop ini, pelajar dapat memahami dan memupuk kesedaran terhadap krisis alam sekitar dan perubahan iklim, serta mengamalkan langkah-langkah penjagaan kelestarian alam seperti penjimatan tenaga, pengurangan bahan buangan secara tidak terancang serta pengurangkan pembebasan gas rumah hijau yang menyumbang kepada kerosakan bumi.

Projek ini melibatkan pelajar darjah 5 dan 6 dari tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot, Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga dan Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran. Projek GREEATSY ini dijangka mengambil masa 10 bulan, bermula bulan Jun 2023 hingga April 2024 dan melibatkan dua fasa iaitu fasa penyediaan baja kompos atau cecair kompos, diikuti dengan penggunaan kompos dalam pertanian.

Fasa pertama melibatkan pendedahan teori kelestarian alam sekitar serta amali penghasilan baja kompos. Untuk fasa pertama ini, pihak UMT telah bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dalam memperkukuhkan lagi keberkesanan projek ini. Pelajar-pelajar didedahkan dengan penghasilan kompos sebagai kaedah pengurusan bahan buangan terancang. Pelajar-pelajar mengumpul dan menggunakan sisa makanan daripada kantin sekolah dan rumah pelajar, seterusnya menguruskan sisa makanan dan buangan tersebut untuk menghasilkan baja kompos, dengan bantuan dan tunjuk ajar ahli projek UMT serta wakil dari Jabatan Pertanian. Secara berkumpulan, pelajar-pelajar diberi peluang untuk menghasilkan baja kompos atau cecair kompos dengan mengenal pasti bahan asas dan bahan penguraian kompos serta kaedah membina timbunan kompos. Ahli projek juga menerangkan proses biologi, peranan mikroorganisma dan intervebrata sebagai pengurai sisa makanan dalam penghasilan baja kompos. Fasa pertama ini turut mendapat sambutan daripada pihak sekolah dan ibu bapa untuk menjayakan projek kompos ini.

Fasa kedua melibatkan penggunaan baja kompos dalam penanaman sayur-sayuran. Pelajar-pelajar mendapat tunjuk ajar daripada ahli projek dalam pembinaan mini kebun, menggunakan bahan kitar semula dan terpakai. Pelajar-pelajar juga didedahkan dengan kaedah penanaman yang organik melalui teknik penanaman tanpa menggunakan racun kimia sintetik. Sepanjang fasa kedua ini, pelajar-pelajar diperkenalkan dengan prinsip percambahan biji benih dan komponen abiotik tanah yang sesuai untuk pertanian. Pelajar-pelajar juga mengikuti setiap proses dan tumbesaran tanaman, bermula daripada penyemaian biji benih sehingga penuaian hasil tanaman untuk menyaksikan sendiri kejayaan projek mereka.

Projek ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang aplikasi kompos dalam mengurangkan bahan buangan ke tapak pembuangan, serta membantu menyokong kaedah pertanian lestari yang bebas daripda bahan kimia sintetik. Projek ini juga diharapkan dapat memupuk generasi muda untuk menggabungkan kreativiti dan inovasi dalam usaha meningkatkan kaedah pengurusan sisa buangan menggunakan konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle) , serta membangunkan komuniti untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan krisis alam sekitar dan menjaga kelestarian bumi kita.

Gambar-gambar sepanjang aktiviti

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: komposSDGUMT
ShareTweetShare
Previous Post

Menilai Potensi Risiko: Implan Pergigian Bukan untuk Semua

Next Post

Kultur Tisu Lumut untuk Pemuliharaan dan Nilai Ekonomi Terarium

Editor

Editor

Related Posts

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja
Berita & Peristiwa

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja

7 days ago
Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra
Berita & Peristiwa

Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra

1 week ago
Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah
Berita & Peristiwa

Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah

1 week ago
Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua
Berita & Peristiwa

Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua

1 week ago
Next Post
Kultur Tisu Lumut untuk Pemuliharaan dan Nilai Ekonomi Terarium

Kultur Tisu Lumut untuk Pemuliharaan dan Nilai Ekonomi Terarium

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In