23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 10, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Menilai Potensi Risiko: Implan Pergigian Bukan untuk Semua

Implan Pergigian Bukan untuk Semua

Editor by Editor
28/02/2024
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Nusaibah Sakinah Nordin & Dr. Zurairah Berahim
Pensyarah dan Pakar Pergigian Periodontik

Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia

 

Kehilangan gigi merupakan satu pengalaman yang kurang menyenangkan kepada sesiapa pun. Kehilangan gigi hadapan selalunya menyebabkan masalah estetik dan kurang keyakinan diri. Apatah lagi sekiranya melibatkan banyak gigi, kehilangan gigi boleh menyebabkan gangguan fungsi pengunyahan, dan pertuturan. Terdapat beberapa pilihan rawatan untuk menggantikan gigi yang hilang, antaranya dengan menggunakan gigi palsu, jambatan pergigian dan implan pergigian (Rajah 1).

Implan pergigian merupakan prostesis kekal yang ditanam dalam tulang rahang pesakit untuk menggantikan gigi yang telah hilang. Berlainan dengan gigi palsu dan jambatan pergigian, prostesis implan sukar ditanggalkan melainkan setelah berlaku komplikasi dan kegagalan. Implan bersifat lebih kukuh dan kelihatan lebih asli berbanding gigi palsu dan jambatan gigi, sekaligus lebih tahan lasak serta membantu mengekalkan bentuk tulang rahang. Selain bertindak sebagai pemegang korona, implan juga boleh digunakan sebagai pemegang gigi palsu dan jambatan gigi.  Oleh itu sekiranya peletakan implan dilakukan dengan baik, pesakit akan mendapat kepuasan maksimum, meningkatkan kualiti kehidupan dan kesihatan pesakit tersebut.

Sistem implan pergigian terdiri daripada komponen fikstur, abutment dan skru (rajah 2).  Bahagian atas implan boleh dilengkapi dengan prostesis korona, jambatan gigi atau gigi palsu. Kebiasaannya komponen utama implan diperbuat daripada titanium iaitu sejenis logam yang kuat, tahan lasak, tidak berkarat dan sangat mahal. Rawatan implan bermula dengan peletakan fikstur implan secara pembedahan ke dalam rahang mulut. Pemilihan saiz fikstur implan adalah bergantung kepada keluasan kawasan yang memerlukan penggantian gigi dan juga baki tulang yang sedia ada. Apabila peletakan fikstur telah dilakukan secara pembedahan, tempoh penyembuhan dan integrasi tulang diberikan selama beberapa bulan sebelum langkah seterusnya dijalankan. Seterusnya, abutment implan pergigian dilekatkan pada fikstur dengan menggunakan skru penetapan dan dibiarkan terdedah melalui prosedur pembedahan kecil gusi untuk proses pemasangan prostesis pergigian.

Peletakan implan boleh dilakukan secara segera atau tertunda. Peletakan implan segera merujuk kepada peletakan implan dalam lawatan yang sama dengan cabutan gigi dibuat. Implan akan diletakkan ke dalam soket gigi yang dicabut. Kebaikannya ialah ia dapat memelihara tulang dan tisu di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, implan segera ini hanya sesuai dilakukan mengikut keadaan tertentu seperti, tisu dan tulang gigi yang bakal dicabut mestilah bebas daripada keradangan, pesakit mempunyai keadaan kebersihan mulut yang optimum, penggantian hanya dibuat pada satu gigi, pesakit mempunyai ketahanan imun badan yang kuat dan tidak mempunyai sebarang penyakit sistemik.

Walau bagaimanapun, bukan semua pesakit sesuai dan boleh menerima rawatan implan. Sebelum prosedur peletakan implan dijalankan, doktor gigi yang merawat akan menilai keadaan pesakit tersebut. Kesesuaian rawatan bergantung kepada beberapa perkara. Terdapat dua (2) faktor yang mempengaruhi kesesuaian rawatan implan iaitu faktor pesakit dan faktor setempat.

Faktor pesakit

Bagi faktor pesakit, pesakit yang kerap meminum alkohol, merokok atau menggunakan produk yang mengandung nikotin adalah tidak digalakkan kerana kajian menunjukkan penggunaan alkohol dan nikotin mempunyai kesan terhadap penyembuhan tulang. Kajian juga menunjukkan pesakit yang merokok mempunyai hampir dua kali ganda potensi (140.2%) mengalami kegagalan implan berbanding dengan yang tidak merokok (Mustapha et al., 2021). Merokok menurunkan kadar penyembuhan tisu disebabkan pengurangan bekalan darah yang membawa nutrien dan oksigen ke kawasan tersebut.  Selain daripada melambatkan penyembuhan, merokok atau penggunaan produk yang mengandung nikotin juga merangsang sel yang menyerap tulang seterusnya memberi kesan terhadap integrasi tulang kepada implan dan mengakibatkan risiko kegagalan jangka panjang (Gupta et al., 2018).

Selain daripada itu, pesakit yang menghidap penyakit sistemik juga boleh mempengaruhi kegagalan rawatan implan. Kajian menunjukkan risiko kegagalan implan adalah tinggi dalam kalangan pesakit diabetik (77.7% )berbanding dengan yang tidak menghidap diabetik (Al Ansari et al., 2022). Pesakit diabetik tidak terkawal mempunyai risiko kegagalan yang tinggi kerana pengaliran darah ke tisu periferi, tindak balas sel sistem imun serta regenerasi tisu telah dan akan terjejas. Selain itu, penyakit osteoporosis juga mempengaruhi kegagalan implan kerana boleh menyebabkan berlakunya dekalsifikasi tulang yang kemudiannya akan mempengaruhi osteointegrasi tulang dengan implan. Tambahan pula, penggunaan ubat Bisphosphonate oleh  pesakit osteoporosis meningkatkan risiko mendapat osteonekrosis tulang rahang. Ubat ini bertindak dengan melambatkan penguraian tisu tulang. Oleh itu, konsultasi berkaitan komplikasi rawatan adalah sangat penting sekiranya pesakit ingin mendapatkan rawatan implan. Selain osteoporosis, pesakit yang mengalami masalah jantung juga perlu dipertimbangkan sewajarnya kerana rawatan ini berkemungkinan menambah stres pesakit tersebut. Di samping itu, pesakit juga lazimnya mengambil ubat yang membantu mencairkan darah.

Kebanyakan warga emas mengambil pelbagai ubat seperti ubat darah tinggi, ubat anti-koagulan dan lain-lain, suatu keadaan yang dinamakan polifarmasi. Penting bagi pengamal perubatan/pergigian dan pesakit untuk mengetahui ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi semasa atau selepas pembedahan implan dibuat. Pesakit-pesakit ini perlu dipantau bacaan faktor-faktor yang terlibat di dalam koagulasi darah seperti PTT, PT dan INR serta mendapatkan pandangan pakar perubatan untuk menilai risiko berkenaan penyembuhan dan osteointegrasi implan.

Selain itu juga, umur merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi penyembuhan selepas pembedahan implan. Walaupun faktor umur bukanlah satu kriteria yang kritikal, faktor ini boleh mempengaruhi keadaan tulang alveolus. Secara fisiologi, semakin berumur seseorang itu, semakin berkurang kepadatan dan kekuatan tulangnya. Tulang rahang alveolus berkait rapat dengan keberadaan gigi. Sekiranya gigi dicabut, tulang alveolus juga akan menyusut. Apabila usia seseorang meningkat, kemungkinan peratusan sejarah cabutan gigi adalah lebih tinggi. Maka, lebih banyak kehilangan tulang boleh dijangkakan. Selain itu, prostesis implan memerlukan penjagaan yang rapi. Sesetengah warga emas mungkin tidak mampu untuk menjaga gigi dan implan dengan baik. Hal yang sama juga terpakai kepada kumpulan orang kurang upaya (OKU), sekiranya kekurangan yang mereka hadapi menghalang penjagaan pembersihan gigi dengan baik. Faktor sampingan lain ialah kos rawatan implan yang mahal menyebabkan tidak semua orang mampu mendapatkan rawatan ini.

Faktor setempat

Sekiranya faktor kesihatan pesakit tidak menjadi faktor yang menghalang pesakit mendapatkan rawatan implan pergigian, tahap kesesuaian pesakit akan dinilai melalui pemeriksaan secara klinikal dan radiografi. Penilaian keseluruhan terhadap kebersihan mulut dan tahap kesihatan gusi akan dilakukan. Tahap kesihatan gusi akan ditentukan oleh skor pendarahan gusi, pengukuran kedalaman/penyusutan gusi dan kegoyahan gigi. Seterusnya penilaian tulang alveous akan dilakukan secara klinikal dan imbasan X-ray (Rajah 4). Acuan gigi dan rahang akan diambil untuk menilai bentuk dan saiz tulang rahang. Sebanyak 2-3 mm tulang diperlukan di sekeliling implan bagi menampung implan tersebut dengan baik. Selain itu, ruang yang bakal diletakkan prostesis implan perlu dinilai untuk memastikan ruang tersebut memadai untuk peletakan prostesis implan dan tidak mengganggu oklusi (Rajah 3).

Pada masa yang sama, penilaian sikap pesakit akan dilakukan oleh doktor gigi. Sikap pesakit adalah perkara yang memainkan peranan besar dalam kejayaan sesuatu rawatan implan. Pesakit mestilah bermotivasi tinggi untuk menjaga keadaan mulut dengan sebaik-baiknya. Kebersihan mulut merupakan syarat penting untuk pemilihan kes implan kerana mulut yang kotor, mengandung plak yang banyak, karang gigi dan berbau menunjukkan bahawa terdapat kandungan bakteria yang tinggi dalam mulut tersebut dan tidak sesuai untuk diletakkan implan. Keadaan mulut yang kotor meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan, penyembuhan gusi dan seterusnya kegagalan implan. Walau bagaimanapun, faktor ini merupakan faktor boleh ubah. Pesakit boleh mendapatkan rawatan penskaleran gigi dan melakukan penjagaan gigi yang optimum sebelum dinilai semula dari segi kesesuaian.

Selain itu, kegagalan implan boleh berlaku sekiranya pesakit mempunyai sejarah periodontitis.  Periodontitis merupakan penyakit keradangan tisu penyokong gigi iaitu gusi, cementum, ligamen periodontal dan tulang alveolus. Periodontitis merupakan antara sebab utama kehilangan gigi selain karies.  Beberapa kajian menunjukkan penyakit periodontitis meningkatkan risiko mendapat peri-implantitis (keradangan tisu disekeliling implan) dan seterusnya menyebabkan kegagalan implan (Monje et al., 2014). Penyakit periodontitis menyebabkan penyusutan tulang menyebabkan baki tulang yang tinggal selepas gigi dicabut tidak mencukupi untuk memegang implan. Sekiranya masalah tidak terlalu teruk, pembedahan menambah tulang boleh dijalankan sebelum implan ditanam.

Kesimpulannya, implan pergigian bukanlah satu prostesis yang cocok untuk semua pesakit kerana prostesis ini melibatkan rawatan yang kompleks , prosedur yang agak invasif dan pembiayaan yang tinggi. Pemilihan kes yang sesuai adalah amat kritikal bagi menentukan kejayaan sesuatu implan pergigian bersesuaian dengan biaya yang telah dikeluarkan oleh pesakit dan mencapai tujuan bagi meningkatkan  kualiti kehidupan pesakit tersebut.

 

Rujukan:

Mustapha, A. D., Salame, Z., & Chrcanovic, B. R. (2021). Smoking and Dental Implants: A Systematic Review and Meta-Analysis. Medicina (Kaunas, Lithuania), 58(1), 39. https://doi.org/10.3390/medicina58010039.

Gupta, A., Rathee, S., Suman, T., Ahire, M., Madhav, S., & Chauhan, M. S. (2018). Nicotine, the Predictor of Success or Failure of Dental Implants: A Retrospective Study. Contemporary clinical dentistry, 9(4), 597–600. https://doi.org/10.4103/ccd.ccd_597_18

Al Ansari, Y., Shahwan, H., & Chrcanovic, B. R. (2022). Diabetes Mellitus and Dental Implants: A Systematic Review and Meta-Analysis. Materials (Basel, Switzerland), 15(9), 3227. https://doi.org/10.3390/ma15093227

Monje, A., Alcoforado, G., Padial-Molina, M., Suarez, F., Lin, G. H., & Wang, H. L. (2014). Generalized aggressive periodontitis as a risk factor for dental implant failure: a systematic review and meta-analysis. Journal of periodontology, 85(10), 1398–1407. https://doi.org/10.1902/jop.2014.140135

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Nusaibah SakinahDr. Zurairah Berahimfakulti pergigian USMImplan gigi
ShareTweetShare
Previous Post

Mayaca fluviatilis: Tumbuhan Akuatik Eksotik Berpotensi Invasif

Next Post

Memupuk Minat Kanak-kanak Terhadap Kelestarian Alam Melalui Projek Pengkomposan Mampan

Editor

Editor

Related Posts

Tumbuhan Hoya R.Br. Si Cantik Yang Wangi
Alam Semulajadi

Tumbuhan Hoya R.Br. Si Cantik Yang Wangi

40 minutes ago
Program University Social Responsibility (USR): Menyatukan Ilmu Tahfiz dan STEM dengan Pendekatan Saintifik
Berita & Peristiwa

Program University Social Responsibility (USR): Menyatukan Ilmu Tahfiz dan STEM dengan Pendekatan Saintifik

59 minutes ago
Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia
Alam Semulajadi

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia

4 days ago
Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan
Alam Semulajadi

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan

6 days ago
Next Post
Memupuk Minat Kanak-kanak Terhadap Kelestarian Alam Melalui Projek Pengkomposan Mampan

Memupuk Minat Kanak-kanak Terhadap Kelestarian Alam Melalui Projek Pengkomposan Mampan

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In