23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, May 7, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pencemaran Mikroplastik : Bagaimana Kajian di Malaysia?

Kajian Pencemaran Mikroplastik di Malaysia

Saiful Bahari by Saiful Bahari
27/11/2018
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Artikel asal telah disunting untuk kesesuaian pembaca

Oleh: Wan Mohd Afiq Wan Mohd Khalik (PhD),
Sabiqah Tuan Anuar (PhD),
Alyza Azzura Abd Rahman Azmi (PhD),
Shumpei Iehata (PhD),
Yusof Shuaib Ibrahim (PhD)

 

Artikel ini ditulis oleh ahli-ahli kumpulan penyelidik Microplastic Research Interest Group, Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu

 

Mikroplastik adalah kemunculan bahan pencemar baru yang kian mendapat perhatian di kalangan para penyelidik di seluruh dunia. Ia di klasifikasi plastik bersaiz mikro dengan diameter berukuran <5 mm. Mikroplastik terbahagi kepada dua kategori iaitu primer dan sekunder. Mikroplastik primer adalah plastik bersaiz mikro yang dihasilkan oleh industri seperti dalam pembuatan ubat gigi, pencuci muka dan barangan kosmetik yang mengandungi manik mikropastik. Manakala  penghasilan plastik sekunder terhasil melalui pemecahan sumber plastik primer didorong oleh radiasi sinar UV dan degradasi berterusan secara kimia atau terma. Kebimbangan utama terhadap isu pencemaran mikroplastik adalah ia berpotensi sebagai agen angkutan kepada bahan-bahan pencemar lain, terutamanya yang mempunyai ciri-ciri hidrofobik. Bahan pencemar hidrofobik yang bersifat kekal, bioakumulasi dan toksik akan memberi ancaman secara langsung kepada organisma seterusnya kepada kesihatan manusia. Dasar lautan pula menjadi sinki yang besar untuk menampung sisa mikroplastik yang datang dari pelbagai sumber antropogenik.

Jenis Mikroplastik yang Mencemarkan Laut

Ekosistem akuatik di Malaysia juga tidak terlepas dalam menghadapi cabaran isu global ini. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan oleh kumpulan penyelidik “Microplastics Research Interest Group (MRIG)” di Universiti Malaysia Terengganu. Misalnya, kemunculan mikroplastik dikesan di dalam sampel air marin dari Laut China Selatan memperincikan poliester, poliamida, polisterina, polivinil klorida, polipropilena, dan polietilena adalah komposisi polimer plastik yang dijumpai semasa kajian dilakukan. Variasi saiz, jenis dan warna juga telah ditemui di dalam sampel kajian. Poliester adalah bahan yang digunakan secara meluas dalam pembuatan pakaian. Hasil kajian ini telah didokumentasi secara terperinci melalui penerbitan makalah antarabangsa Marine Pollution Bulletin.

 

Rajah 1: Jenis-jenis mikroplastik yang ditemui di dalam sampel air marin

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik Universiti Malaysia Sabah di persekitaran pantai Santubong dan Trombol, Sarawak telah menemui komposisi polimer plastik polipropilena dan polietilena, merupakan jenis mikroplastik paling kerap ditemui. Di sampling itu, plastik dari jenis polistirena juga direkodkan dalam kajian ini dengan peratus sumbangan yang lebih kecil. Polistirena diketahui umum merupakan plastik yang sering digunakan dalam pembungkusan makanan.

 

Kitaran Pencemaran Mikroplastik

 

Di persekitaran hutan paya bakau, kumpulan penyelidik Universiti Malaya telah merekodkan kemunculan plastik jenis polisterina di dalam sampel sedimen yang dikaji. Bentuk yang lazim dijumpai adalah filem, kepingan, pelet, atau busa dikenalpasti melalui pencirian secara fizikal. Kajian taburan bahan pencemar memperincikan bahawa kuantiti plastik mikro lebih tinggi di aras permukaan. Ia secara langsung memberi gambaran kehadiran mikroplastik juga boleh terdedah kepada organisma yang hidup di daratan.

 

Infografik Pencemaran Mikroplastik Berbeza ke atas Sampel Tanah

 

Kemunculan mikroplastik di dalam sistem pencernaan organisma akuatik turut direkodkan melalui kajian penyelidikan. Misalnya, mikroplastik dari komposisi poliamida dan polivinil alkohol ditemui di dalam sistem pencernaan ikan siakap iaitu dalam nama saintifiknya adalah Lates calcarifer. Poliamida atau dikenali juga sebagai nilon, merupakan bahan yang sering digunakan dalam penghasilan jaring atau pukat-pukat nelayan. Jenis filamen dan warna hitam merupakan ciri-ciri yang kerap dijumpai dalam sampel kajian. Hasil kajian ini telah dibentang secara terperinci melalui penerbitan makalah Malaysian Journal of Analytical Sciences.

 

Ilustrasi Penghasilan Mikroplastik

 

Kajian terhadap organisma dwicengkerang, Scapharca cornea telah merekodkan kemunculan mikroplastik dari jenis polietilena dan poliamida. Bentuk filamen merupakan bentuk dominan dijumpai di dalam 120 sampel yang dikaji. Hasil kajian ini telah dibentang secara terperinci melalui penerbitan makalah Middle-East Journal of Scientific Research. Kehadiran bahan pencemar bagi sumber makanan manusia adalah sesuatu yang perlu beri perhatian sewajarnya. Manusia sebagai pengguna akhir dalam sistem rangkaian pemakanan akan terdedah kepada pemasalahan ini.

Penemuan mikroplastik di persekitaran akuatik dan daratan Malaysia secara langsung memberi gambaran bahawa ekosistem kita juga sedang diancam oleh masalah global ini. Sewajarnya usaha kerajaan seperti program Lets breakup with single use plastic anjuran Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) disambut baik oleh semua pihak. Disamping itu, kumpulan penyelidikan MRIG telah memulakan satu kempen kesedaran tentang bahaya pencemaran mikroplastik iaitu “small hand change the world”. Semoga kesihatan alam sekitar dapat terus dipelihara. Segala usaha ke arah penyelesaian mampan disokong oleh semua pihak.

Rajah 2: Program “small hand change the world” yang dijalankan bersama pelajar-pelajar sekolah anjuran Universiti Malaysia Terengganu

 

Rujukan

Barasarathi, J., Agamuthu, P., Emenike, C. U., & Fauziah, S. H. (2014). Microplastic abundance in selected mangrove forest in Malaysia. In Proceeding of the ASEAN Conference on Science and Technology (pp. 1–5).

do Sul, J. A. I., & Costa, M. F. (2014). The present and future of microplastic pollution in the marine environment. Environmental pollution, 185, 352–364.

Ibrahim, Y. S., Azmi, A. A., Shukor, S. A., Anuar, S. T., & Abdullah, S. A. (2016). Microplastics Ingestion by Scapharca cornea at Setiu Wetland, Terengganu, Malaysia. Middle-East Journal of Scientific Research, 24(6), 2129–2136.

Ibrahim, Y. S., Rathnam, R., Anuar, S. T., & Khalik, W. M. A. W. M. (2017). Isolation and Characterisation of Microplastic Abundance in Lates calcarifer from Setiu Wetlands, Malaysia. Malaysian Journal of Analytical Sciences, 21(5), 1054–1064.

Khalik, W. M. A. W. M., Ibrahim, Y. S., Anuar, S. T., Govindasamy, S., & Baharuddin, N. F. (2018). Microplastics analysis in Malaysian marine waters: A field study of Kuala Nerus and Kuantan. Marine Pollution Bulletin, 135, 451–457.

Noik, V. J. (2014).The occurrence of plastic microdebris on the beaches of Santubong and Trombol in Kuching, Sarawak, Malaysia. In Proceedings of the International Conference on Agriculture, Biology and Environmental Sciences (pp. 45–50).\

 

Kredit Foto :
coastmonkey
boomerangalliance
fu-berlin

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: kesedaran umumMikroplastikPencemaranSains Marin
ShareTweetShare
Previous Post

Soalan Untuk Saintis : Prof Madya Ir Dr Yus Aniza Yusof

Next Post

Bagaimana Meleburkan Emas pada Suhu Bilik ?

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih
Alam Semulajadi

Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih

15 hours ago
Sains Tanpa Buku : Murid Terokai Dunia Air Secara Praktikal
Alam Semulajadi

Sains Tanpa Buku : Murid Terokai Dunia Air Secara Praktikal

15 hours ago
Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang
Alam Semulajadi

Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang

3 days ago
Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden
Berita & Peristiwa

Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden

6 days ago
Next Post
Bagaimana Meleburkan Emas pada Suhu Bilik ?

Bagaimana Meleburkan Emas pada Suhu Bilik ?

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In