23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, April 29, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Plastronik: Revolusi Teknologi Tanpa Had

Plastronik: Revolusi Teknologi Tanpa Had

Editor by Editor
20/08/2024
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Penulis: Noorsyam Bt Yusof¹, Madhiyah Bt Yahaya Bermakai¹, Ahmad Zulhusny Bin Rozali²

¹Fakulti Sains Gunaan, Uitm Cawangan Perlis, 02600 Arau, Perlis
²Fakulti Perniagaan & Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis, 01000 Kangar, Perlis

 

Plastronik merupakan gabungan dari kata nama “plastik” dan “elektronik,” yang merujuk kepada proses pengintegrasian komponen elektronik seperti litar bersepadu, bateri, panel solar dan sensor ke dalam bahan plastik atau bahan yang bersifat fleksibel. Teknologi plastronik membolehkan penciptaan peranti elektronik yang bukan sahaja ringan dan fleksibel tetapi juga boleh berfungsi dalam pelbagai keadaan fizikal yang ekstrem. Melalui teknologi ini, produk dapat dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan saiz yang dikehendaki. Bahagian yang sukar serta rumit pada sesuatu produk dapat dihasilkan melalui teknologi plastronik berbanding dengan menggunakan teknologi konvensional. Hal ini membantu kepada penciptaan peranti yang lebih inovatif, efisien serta mesra pengguna.

Teknologi plastronik telah lama digunakan dalam industri seperti industri automotif, industri perubatan, industri elektronik pengguna dan juga agroteknologi. Dalam industri automotif, pembuatan komponen dalaman kereta pada bahagian dashboard khususnya yang ditambah nilai menggunakan skrin sentuh dan dilengkapkan dengan paparan bersepadu menampakkan rekaan dalaman kereta yang lebih kemas dan elegan. Semua sistem kawalan kereta dapat digabungkan dalam satu paparan dan menjadikan rekaan dalaman kereta lebih ringkas. Ini juga dapat mengurangkan berat kenderaan dan secara tidak langsung meningkatkan kecekapan bahan bakar.

Dalam bidang perubatan, aplikasi teknologi plastronik telah membawa perubahan baharu kepada penciptaan produk dan alatan kesihatan yang lebih mesra pesakit. Komponen elektronik seperti sensor, litar bersepadu, gentian optik dan gentian fiber far infrared disulam pada pakaian, selimut, pembalut, stokin dan juga seluar untuk menjalankan fungsi tertentu bagi membolehkan kesihatan dan keadaan pesakit dapat dipantau dan dirawat secara langsung. Penggunaan teknologi plastronik dalam bidang ini dilihat sebagai satu cara untuk menambah nilai dan merevolusikan kaedah penjagaan serta pemantauan kesihatan. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pergantungan pada peralatan yang mahal dan juga sistem penjagaan kesihatan yang membebankan.

Dalam industri elektronik pengguna, teknologi plastronik digunakan secara meluas dalam sektor pembuatan jam tangan, telefon pintar, komputer riba dan komputer tablet. Sebagai contoh, telefon pintar kini dilengkapi dengan skrin paparan yang lebih fleksibel, tahan lasak dan boleh dilipat tanpa merosakkan atau mengganggu fungsi komponen elektronik dalaman.

Selain telefon pintar, perkakasan elektrik di rumah juga semakin banyak dilengkapi dengan teknologi plastronik. Contohnya, panel kawalan sentuh yang terdapat pada peti ais, oven, televisyen, dan mesin basuh. Dengan adanya teknologi plastronik, panel kawalan sentuh ini direka supaya tahan lebih lama, kalis air – dapat menghindari pengguna dari terkena renjatan elektrik semasa menyentuh butang dengan tangan basah dan juga fleksibel – dapat mengikut rekabentuk moden. Panel kawalan sentuh juga memudahkan pengguna untuk memilih dan menetapkan program dengan hanya satu sentuhan, tanpa perlu menekan butang mekanikal, menjadikan penggunaan perkakasan lebih mudah, selamat dan efisien.

Penggunaan teknologi plastronik dalam bidang agroteknologi pula banyak membantu pekebun dan peladang dari segi penjagaan kawasan dan juga pemantauan kualiti tanaman. Teknologi plastronik digunakan dalam membuat peranti yang dipasang pada tanaman dan berfungsi untuk mengukur tahap pertumbuhan pokok, kesihatan pokok, dan memberi amaran terhadap serangan penyakit atau serangga perosak. Komponen elektronik dan sensor fleksibel yang dipasang ini boleh mengirim data secara terus kepada pengguna melalui peranti mudah alih seperti telefon atau tablet bagi membolehkan pemantauan berterusan dilakukan dan tindakan segera boleh diambil jika diperlukan.

Walaupun teknologi plastronik banyak memudahkan penciptaan peranti moden, cabaran dalam dunia plastronik tetap ada. Antara cabaran pereka produk plastronik adalah dari segi ketahanan komponen elektronik yang digunakan dan juga kos pengeluaran sesuatu produk. Pereka perlu memastikan komponen elektronik yang diintegrasikan ke dalam plastik atau bahan fleksibel ini tetap berfungsi secara optimum walaupun dalam persekitaran yang ekstrem contoh seperti suhu dan kelembapan yang tinggi. Bahan pembuatan yang digunapakai juga perlu dipilih dengan teliti untuk mengekalkan keupayaan dan kebolehpercayaan sesuatu peranti dalam jangka masa panjang. Secara kasar, kos pengeluaran produk plastronik ini agak mahal jika dibandingkan dengan kos bagi menghasilkan produk dengan menggunakan teknologi konvensional. Faktor-faktor seperti harga bahan yang digunakan dan juga proses pembuatan plastronik yang lebih kompleks dan memerlukan tenaga pakar sedikit sebanyak mempengaruhi kos pengeluaran. Kajian dalam bidang bahan untuk mencari bahan yang berkos rendah tetapi dapat berfungsi secara optimum perlu dipergiatkan lagi kerana penggunaan bahan yang lebih murah dan mudah dihasilkan dalam skala yang besar dapat mengurangkan kos pengeluaran. Penurunan kos pengeluaran adalah penting bagi membolehkan teknologi ini dapat digunakan secara meluas lagi dalam pelbagai aplikasi.

Meskipun menghadapi cabaran dalam ketahanan produk dan kos pengeluaran, potensi teknologi plastronik ini sangat besar, dan ia dijangka akan menjadi pemacu utama dalam perkembangan teknologi masa hadapan. Dengan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan, teknologi ini dijangka akan terus berkembang dan memainkan peranan yang lebih besar dalam pelbagai industri. Plastronik menawarkan peluang untuk penciptaan produk yang lebih pintar, efisien, dan bersesuaian dengan keperluan moden. Dari kenderaan yang lebih ringan dan efisien hingga kepada peranti perubatan yang lebih canggih, teknologi ini berpotensi untuk mengubah cara kita menjalani kehidupan seharian. Dengan aplikasi yang meluas dalam pelbagai industri, plastronik memainkan peranan penting dalam revolusi teknologi tanpa had.

 

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Noorsyam Bt YusofPlastronikUiTM ArauUNIMAP
ShareTweetShare
Previous Post

Revolusi Tenaga – Bakteria Sebagai Sumber Elektrik

Next Post

Detektif Makanan: Forensik DNA dalam Keselamatan Makanan

Editor

Editor

Related Posts

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan
Alam Semulajadi

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan

1 day ago
Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import
Alam Semulajadi

Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import

2 days ago
Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital
Berita & Peristiwa

Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital

4 days ago
Dari Idea ke Realiti: Kuasa Pencetak 3D Mengubah Dunia
Berita & Peristiwa

Dari Idea ke Realiti: Kuasa Pencetak 3D Mengubah Dunia

4 days ago
Next Post
Detektif Makanan: Forensik DNA dalam Keselamatan Makanan

Detektif Makanan: Forensik DNA dalam Keselamatan Makanan

Kategori Produk

  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In