23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, May 26, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Detektif Makanan: Forensik DNA dalam Keselamatan Makanan

Detektif Makanan: Forensik DNA dalam Keselamatan Makanan

Editor by Editor
23/08/2024
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Danial Hariz Zainal Abidin, PhD, Nur Syazwani Mohamad Basir, PhD, Nur Aliah Mohamad Khaduwi, PhD

Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Dalam dunia yang semakin kompleks ini, apa yang kita makan bukan lagi sekadar persoalan rasa dan khasiat. Kini, ia juga melibatkan isu keselamatan dan integriti makanan. Pernahkah anda memikirkan kemungkinan bebola daging yang sedang anda nikmati itu sememangnya diperbuat daripada daging lembu? Adakah anda yakin daging ketam dalam salad anda benar-benar daripada ketam segar atau sebenarnya diproses daripada ikan yang jauh lebih murah? Di sinilah forensik makanan memainkan peranan penting untuk merungkai identiti sebenar makanan yang telah diproses dan memastikan keterjaminan keselamatan makanan.

Forensik makanan, walaupun kedengarannya seperti istilah dari siri penyiasatan jenayah, sebenarnya merupakan salah satu daripada cabang sains yang menggunakan kaedah saintifik untuk mengenal pasti dan menganalisis komponen dalam makanan. Ia melibatkan pelbagai teknologi canggih, termasuk analisis DNA (asid deoksibonukleik), spektroskopi, dan kromatografi. Di samping itu, terdapat satu lagi kaedah yang turut memainkan peranan penting dalam bidang ini seiring dengan kemajuan teknologi semasa, iaitu pengkodan DNA.

Barkod DNA: Membaca ‘Kod Bar’ Kehidupan

Cuba anda bayangkan setiap makhluk yang hidup mempunyai ‘kod bar’ yang unik dan tersendiri, sama seperti produk yang terdapat di pasaraya pada hari ini. Itulah konsep asas ‘kod bar’ DNA. Kaedah ini menggunakan jujukan DNA pendek yang unik untuk setiap spesies, bagi membolehkan proses pengenalpastian dilakukan secara cepat, tepat dan berisiko rendah. Proses ini melibatkan beberapa langkah. Pertama, sampel makanan diambil dan DNA diekstrak daripada sampel tersebut. Kemudian, hasil DNA yang telah diekstrak akan ‘digandakan’ menggunakan teknik yang dipanggil Tindak Balas Berantai Polimerase (PCR) dan seterusnya penjujukan DNA akan dilakukan. Akhirnya, jujukan DNA ini dibandingkan dengan pangkalan data untuk mengenal pasti spesies yang sepadan.

Kajian Kes Penipuan Makanan Global

Pada tahun 2013, Eropah dikejutkan dengan skandal yang menggemparkan industri makanan, di mana daging kuda ditemui dalam pelbagai produk makanan yang sepatutnya mengandungi 100% daging lembu, termasuk bebola daging dan kepingan daging burger. Pengguna yang menyangka mereka menikmati hidangan daging lembu sebenarnya telah memakan daging kuda tanpa pengetahuan mereka! Forensik makanan memainkan peranan penting dalam mendedahkan skandal ini. Melalui kaedah pengkodan DNA, saintis berjaya mengesan kehadiran DNA kuda dalam produk-produk tersebut. Skandal ini bukan sekadar melibatkan isu penipuan kepada pengguna, tetapi ia juga menimbulkan kebimbangan serius tentang keselamatan makanan dalam kalangan masyarakat. Daging kuda yang digunakan mungkin tidak melalui pemeriksaan keselamatan yang sewajarnya, justeru meningkatkan risiko kepada kesihatan pengguna.

Penipuan makanan bukan terhad kepada daging lembu sahaja, malah makanan laut yang mahal seperti ketam juga sering menjadi sasaran. Pada tahun 2016, satu kajian di Malaysia berjaya mendedahkan fakta yang mengejutkan di mana kesemua produk ‘daging ketam’ yang diuji sebenarnya mengandungi daging ikan yang jauh lebih murah! Daripada 62 sampel makanan laut yang dianalisis, 16% didapati telah dilabel secara salah. Kebanyakan kes salah label melibatkan produk makanan sushi, di mana telur ikan capelin yang digunakan, dilabel sebagai telur udang yang jauh lebih mahal, dan bebola ikan pollack dilabel dan dipasarkan sebagai bebola ketam. Turut ditemui dalam kajian ini ialah penggunaan spesies terancam dalam makanan seperti belut Eropah (Anguilla anguilla) dan tuna sirip biru (Thunnus maccoyii) yang dipasarkan secara terbuka di pasaraya dan restoran terkemuka sebagai hidangan sushi. Penemuan ini menunjukkan betapa pentingnya forensik makanan untuk melindungi pengguna dan spesies terancam dunia terutamanya di Malaysia. Penipuan ini bukan sahaja merugikan pengguna dari segi kewangan, malah ia juga boleh membahayakan kesihatan mereka yang mempunyai alahan terhadap makanan laut yang tertentu.

Teknik DNA Merungkai Persoalan Status Halal Makanan

Forensik makanan juga memainkan peranan penting dalam isu yang sensitif bagi sebahagian masyarakat, contohnya status makanan halal. Bagi pengguna Muslim, kepastian bahawa makanan mereka mematuhi peraturan pemakanan Islam adalah amat penting. Kaedah barkod DNA yang sama digunakan untuk mengesan kehadiran bahan tidak halal dalam makanan. Contohnya, ia boleh mengesan kehadiran DNA khinzir dalam produk yang sepatutnya bebas daripada bahan yang berasaskan haiwan ini. Malaysia pernah digemparkan pada satu masa dahulu dengan penemuan beberapa produk makanan berasaskan daging yang dicemari DNA khinzir melalui kaedah barkod DNA. Penemuan ini membuktikan betapa pentingnya forensik makanan dalam memastikan integriti produk makanan halal dalam negara.

Cabaran dan Masa Depan

Walaupun forensik makanan telah terbukti sebagai alat yang ampuh dalam mengesan penipuan makanan yang terdapat di pasaran, ia juga menghadapi beberapa cabaran. Kos yang tinggi bagi memastikan kaedah pengkodan DNA dapat dijalankan adalah salah satu daripada halangan utama kerana teknik ini memerlukan peralatan dan teknologi khusus yang mahal. Selain itu, pangkalan data DNA perlu sentiasa dikemas kini untuk mengikuti penemuan spesies baru atau pengubahsuaian genetik.

Namun begitu, masa depan forensik makanan adalah cerah dengan adanya kemajuan teknologi yang seiring dengan peredaran masa seperti teknik pemprosesan DNA yang terkini serta analisis pengkomputeran yang dijangka dapat mengurangkan kos dan meningkatkan kelajuan sesuatu analisis dijalankan. Penggunaan teknologi blockchain dalam rantaian bekalan makanan juga dapat mengesan asal-usul setiap bahan dalam produk makanan.

Forensik makanan telah menjadi salah satu cara penting dalam melindungi keselamatan dan kualiti  makanan kita. Dari aspek mendedahkan skandal daging kuda hingga memastikan status halal sesuatu produk, ia memainkan peranan penting dalam melindungi pengguna dan memastikan ketelusan dalam industri makanan. Sebagai pengguna, kita perlu menyokong penggunaan kaedah forensik makanan dan menuntut ketelusan yang lebih besar daripada pengeluar makanan. Hanya dengan ini kita dapat memastikan bahawa makanan yang kita makan adalah selamat, tulen, dan sesuai dengan keperluan serta kepercayaan kita.

Industri makanan pula perlu mengambil langkah proaktif untuk mengintegrasikan kaedah forensik makanan ke dalam proses kawalan kualiti mereka. Ini bukan sahaja akan meningkatkan kepercayaan pengguna, tetapi juga akan membantu melindungi jenama mereka daripada skandal yang boleh merosakkan reputasi. Akhir sekali, kerajaan dan badan kawal selia perlu terus memperkukuh peraturan dan penguatkuasaan berkaitan keselamatan makanan. Penggunaan forensik makanan dalam pemeriksaan rutin dan penyiasatan boleh membantu mengesan dan mencegah penipuan makanan dengan lebih berkesan.

Dengan kerjasama semua pihak – pengguna, industri, dan kerajaan – kita dapat membina sistem makanan yang lebih selamat, telus, dan dipercayai untuk semua. Melalui forensik makanan, kita bukan sahaja dapat mengetahui apa yang kita makan, tetapi juga dapat memastikan bahawa apa yang kita makan adalah tepat seperti yang diiklankan.

Tuntasnya, di sebalik  kelazatan makanan yang anda nikmati itu, terdapat kaedah dan teknologi sains yang canggih telah digunakan bagi memastikan keselamatan dan keaslian makanan anda. Kepentingan forensik makanan mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita, namun teknik ini amat diperlukan dalam dunia makanan moden yang kompleks pada masa kini.

 

Rujukan

[1]O’Mahony, P. J. (2013). Finding horse meat in beef products–a global problem. QJM, 106(6), 595–597. https://doi.org/10.1093/qjmed/hct087

[2]Chin Chin, T., Adibah, A. B., Danial Hariz, Z. A., & Siti Azizah, M. N. (2016). Detection of mislabelled seafood products in Malaysia by DNA barcoding: Improving transparency in food market. Food Control, 64, 247–256. https://doi.org/10.1016/j.foodcont.2015.11.042

[3]Sajali, N., Mohd Desa, M. N., Abu Bakar@Jamaludin, S., Wong Sie Chuong, Ayyensia Bong Sze Sze, Abg Koris, D. F. N., Kerry Liong Sin Wei, & Ab Razak, A. F. (2022). Detection of Porcine DNA in Commercially Processed Meat Products Sold in Sarawak. Halalpshere, 2(2), 8–16. https://doi.org/10.31436/hs.v2i2.50

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Danial Hariz Zainal AbidinDetektif Makananfood securityForensik DNAFST UKMkeselamatan makanan
ShareTweetShare
Previous Post

Plastronik: Revolusi Teknologi Tanpa Had

Next Post

Potensi Penggunaan Teknologi Blockchain Dalam Memperkasa Industri Pertanian

Editor

Editor

Related Posts

Grafin ‘Adiwira’ Karbon Penyelamat Peranti Elektronik daripada Kepanasan Melampau
Berita & Peristiwa

Grafin ‘Adiwira’ Karbon Penyelamat Peranti Elektronik daripada Kepanasan Melampau

4 days ago
Ancaman dari Tanah: Apabila Bakteria Genus Klebsiella Menjadi Kebal Antibiotik
Alam Semulajadi

Ancaman dari Tanah: Apabila Bakteria Genus Klebsiella Menjadi Kebal Antibiotik

5 days ago
Lutut Sakit: Perlukah Berehat atau Terus Bergerak?
Berita & Peristiwa

Lutut Sakit: Perlukah Berehat atau Terus Bergerak?

5 days ago
Membangun Intuisi Qubit Melalui Tabii Simetri
Berita & Peristiwa

Membangun Intuisi Qubit Melalui Tabii Simetri

6 days ago
Next Post
Potensi Penggunaan Teknologi Blockchain Dalam Memperkasa Industri Pertanian

Potensi Penggunaan Teknologi Blockchain Dalam Memperkasa Industri Pertanian

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In