23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, March 14, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Potensi Penggunaan Teknologi Blockchain Dalam Memperkasa Industri Pertanian

Potensi Penggunaan Teknologi Blockchain Dalam Memperkasa Industri Pertanian

Editor by Editor
26/08/2024
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh: Izatul Lail bin Mohd Yasar,
Pusat Pengurusan ICT, MARDI

Pendahuluan

Industri pertanian, sebagai salah satu sektor utama dalam ekonomi global, menghadapi cabaran yang kompleks seperti isu kelestarian, ketidakcekapan dalam rantaian bekalan dan kurangnya ketelusan dalam proses pengeluaran dan pengedaran produk pertanian. Teknologi blockchain muncul sebagai satu penyelesaian inovatif yang menjanjikan perubahan yang besar dalam memperkasa industri pertanian. Blockchain diertikan sebagai satu sistem perekodan maklumat dengan cara menyukarkan atau mustahil untuk diubah, digodam atau ditipu. Blockchain pada asasnya adalah lejar digital bagi transaksi yang disalin dan diedar merentasi rangkaian kemasukan sistem komputer pada blockchain. Blockchain merupakan satu teknologi yang muncul dengan ciri-ciri keselamatan, ketelusan, dan kebolehpercayaan yang tinggi. Ia merupakan satu bentuk pangkalan data teragih yang membolehkan penyimpanan data secara teratur dalam blok-blok yang dihubungkan dan dikekalkan melalui rangkaian komputer yang teragih.

Manfaat Teknologi Blockchain dalam Industri Pertanian

Teknologi blockchain menawarkan pelbagai manfaat yang signifikan kepada industri pertanian. Salah satu manfaat utamanya adalah peningkatan ketelusan dalam rantaian bekalan. Dengan menggunakan blockchain, setiap aktiviti dalam proses pertanian, dari penanaman hingga pengedaran, dapat direkodkan secara digital dalam blok-blok yang bersambung. Ini membolehkan pemantauan secara telus dan penjejakan yang tepat terhadap asal-usul produk pertanian berkenaan. Ia memberi keyakinan kepada pengguna tentang kualiti dan keaslian produk yang dibeli.

Selain itu, teknologi blockchain juga membantu dalam mengurangkan penipuan dan pemalsuan dalam industri pertanian. Dengan keselamatan yang tinggi dan rekod yang tidak boleh diubah, blockchain memastikan bahawa maklumat yang direkodkan mengenai setiap transaksi adalah sah dan tidak boleh dipalsukan. Ini memberi kepastian kepada pengguna tentang ketulenan produk, menjadikan proses pembelian lebih dipercayai.

Contoh Penggunaan Blockchain Dalam Industri Asas Tani di Malaysia

Pada tahun 2016, kerajaan Malaysia telah melancarkan satu sistem blockchain bernama MyTrace yang dibangunkan oleh MIMOS Berhad dengan objektif untuk meningkatkan ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan rantaian bekalan serta pengesanan produk. Sistem aplikasi MyTrace telah berjaya memberi kepercayaan kepada pembeli durian premium Musang King Malaysia yang dieksport hingga ke China.

MyTrace membolehkan pengguna memantau dan mengesan pergerakan produk dari peringkat pengeluaran hingga ke peringkat pengguna akhir. Ia membantu mereka memastikan bahawa produk yang diterima adalah asli dan memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan. Sistem ini menyimpan data yang berkaitan dengan setiap proses dalam rantaian bekalan, termasuk maklumat pengeluar, pengedar, dan peniaga. Dengan cara ini, sebarang isu yang timbul boleh dikesan dengan cepat dan tindakan boleh diambil untuk memperbaiki masalah tersebut. Dengan menggunakan teknologi seperti RFID (Radio Frequency Identification) dan kod QR, MyTrace memastikan bahawa maklumat tentang produk adalah tepat dan tidak boleh dipalsukan. Ini penting untuk melawan penipuan dan memastikan integriti produk.

Satu lagi kelebihan sistem MyTrace ialah apabila kod QR diimbas, blok maklumat mengenainya akan disalin dan diagih dalam rantaian blockchain di mana bukan saja pengguna sistem aplikasi yang melakukan imbasan mendapat maklumat pengesanan produk, bahkan rantaian sebelumnya akan menerima maklumat pergerakan produk telah sampai proses seterusnya. Contohnya, jika pembeli durian Musang King di China melakukan imbasan, penjual, pengedar dan pengeluar produk berkenaan di Malaysia akan menerima makluman kemaskini produk berkenaan telah sampai ke tangan pembeli. Jika pembeli menggunakan sistem aplikasi ini untuk melakukan laporan kerosakan pada buah durian Musang King yang dibeli, penjual, pengedar dan pengeluarnya akan terus menerima pemakluman yang membolehkan tindakan mengatasi masalah berkenaan dapat dilakukan segera.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pada tahun 2022 pula telah melancarkan satu sistem aplikasi yang dinamakan MyWalet yang telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam menjamin mutu kualiti serta keselamatan produk sarang burung walet untuk mencapai standard unggul ke peringkat dunia. Sistem MyWalet berjaya menghasilkan fungsi kebolehjejakan (traceability) bagi memudahkan semua pemegang taruh dalam industri sarang burung walet untuk menjejak setiap transaksi dan aktiviti masing-masing. Bahkan, ia juga mampu merekod setiap entiti dan operasi serta maklumat yang terlibat dalam pemrosesan sarang burung Walet bermula sejak proses permulaan iaitu pengumpulan sarang burung di rumah burung, penghantaran ke kilang pembersihan, pembungkusan sehinggalah ke proses terakhir untuk dieksport ke China.

Peluang Terbuka

Dengan pelbagai fungsi dan manfaat teknologi blockchain, ia boleh diaplikasikan dalam pengedaran pelbagai produk pertanian terutamanya produk yang mempunyai rantaian pengedaran yang sering disangsikan ketulenannya seperti madu lebah, sayuran organik dan makanan premium. Manakala bagi pengedaran produk yang melibatkan rentas sempadan negara seperti import lembu korban dari Thailand, bekalan dapat dipastikan telah melalui proses kuarantin seperti ditetapkan kerajaan, bukannya bekalan daripada kegiatan penyeludupan secara haram. Ia juga berpotensi untuk digunakan dalam memastikan produk karkas haiwan ruminan seperti daging lembu potong dari Australia adalah sah dari ladang ternakan lembu, bukannya daging kanggaru seperti pernah menjadi isu sebelum ini.

Selain manfaat ketelusan dan keselamatan, teknologi blockchain juga membuka peluang besar untuk penambahbaikan dalam pengurusan stok dan pengagihan produk pertanian. Dengan menggunakan platform blockchain, data berkaitan dengan inventori dan permintaan pasaran boleh dikongsi secara langsung antara pengeluar, pengedar, dan peniaga. Ini membantu dalam pengurangan pembaziran dan pengoptimuman pengagihan, menjadikan proses perniagaan lebih efisien dan efektif.

Teknologi blockchain juga memudahkan akses kepada pembiayaan bagi petani kecil dan sederhana. Dengan rekod transaksi yang sah dan terperinci, petani dapat menunjukkan prestasi perniagaan mereka kepada pihak kewangan untuk mendapatkan pembiayaan yang diperlukan untuk meningkatkan produksi dan kualiti hasil pertanian mereka.

Cabaran dan Penyelesaian

Walaupun teknologi blockchain menawarkan pelbagai potensi, namun terdapat juga cabaran dalam pelaksanaannya dalam industri pertanian. Salah satu cabaran utama adalah kekurangan infrastruktur digital di kawasan pedalaman di mana kebanyakan aktiviti pertanian berlaku. Untuk mengatasi cabaran ini, usaha perlu dibuat untuk membangunkan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kawasan tersebut, termasuk akses kepada internet yang stabil dan peranti digital yang bersesuaian.

Selain itu, penyesuaian dan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan berkaitan dengan penggunaan teknologi blockchain juga merupakan cabaran yang perlu ditangani. Kerjasama antara pihak kerajaan, pertubuhan pertanian, dan sektor swasta diperlukan untuk memastikan bahawa kerangka undang-undang yang sesuai dibentuk untuk menyokong penggunaan teknologi ini dalam industri pertanian.

Kesimpulan

Dengan keupayaannya untuk meningkatkan ketelusan, mengurangkan penipuan, dan memperbaiki pengurusan stok dan pengagihan, teknologi blockchain menjanjikan potensi yang besar dalam memperkasa industri pertanian. Walau bagaimanapun, langkah-langkah pelaksanaan dan kerjasama yang mantap antara pelbagai pihak adalah penting untuk melaksanakan teknologi ini dengan berkesan. Dengan usaha bersama, industri pertanian dapat memanfaatkan sepenuhnya potensi teknologi blockchain untuk mencapai kelestarian dan kemakmuran jangka panjang.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: blockchainIzatul LailMARDIpertanianteknologio blockchain
ShareTweetShare
Previous Post

Detektif Makanan: Forensik DNA dalam Keselamatan Makanan

Next Post

Tumbuhan Hiperpenumpuk Logam: Khazanah Negara Sektor Fitoperlombongan

Editor

Editor

Related Posts

Kod Penstabil Kuantum dalam Ruang Fasa Hiperbolik
Berita & Peristiwa

Kod Penstabil Kuantum dalam Ruang Fasa Hiperbolik

1 day ago
Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi
Berita & Peristiwa

Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi

2 days ago
Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan
Berita & Peristiwa

Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan

3 days ago
Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak
Alam Semulajadi

Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak

3 days ago
Next Post
Tumbuhan Hiperpenumpuk Logam: Khazanah Negara Sektor Fitoperlombongan

Tumbuhan Hiperpenumpuk Logam: Khazanah Negara Sektor Fitoperlombongan

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In