23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, May 20, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Membangun Intuisi Qubit Melalui Tabii Simetri

Membangun Geometri Qubit Melalui Pengkuantuman Simetri

Editor by Editor
20/05/2026
in Berita & Peristiwa, Fizik, Matematik
0 0
0

Oleh: Dr. Ahmad Hazazi Ahmad Sumadi
Pensyarah Fizik,
Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi (FST)
Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Bayangkan sebuah titik kecil bergerak perlahan di atas permukaan sfera. Kadangkala ia berada di kutub utara, kadangkala di kutub selatan, dan kadangkala di mana-mana sahaja di antara kedua-duanya. Pergerakan titik ini kelihatan seperti permainan geometri. Namun bagi ahli fizik kuantum, titik tersebut sebenarnya mewakili  unit asas maklumat dalam komputer kuantum yang dikenali sebagai qubit.

Dalam komputer klasik (komputer harian), maklumat disimpan dalam bentuk bit yang hanya boleh mengambil nilai 0 atau 1. Setiap data seperti dokumen, imej, dan video akhirnya diturunkan kepada rentetan panjang kedua-dua simbol ini 110000111…0000111… Tetapi pada skala kuantum, alam tidak mematuhi peraturan yang sama. Qubit boleh berada dalam gabungan kedua-dua keadaan tersebut secara serentak melalui fenomena yang dikenali sebagai superposisi. Sifat inilah yang menjadikan komputer kuantum begitu mengagumkan. Ia membolehkan bentuk pengiraan yang hampir mustahil dilakukan oleh komputer klasik.

Namun di sebalik idea ini, timbul suatu persoalan: apakah bentuk geometri bagi keadaan qubit?

Sfera Bagi Keadaan Kuantum

Untuk memahami keadaan qubit, ahli fizik sering menggunakan gambaran visual yang dikenali sebagai sfera Bloch. Dalam gambaran ini, setiap keadaan qubit diwakili oleh satu titik pada permukaan sfera. Kutub utara mewakili keadaan asas | 0> , manakala kutub selatan mewakili | 1> . Semua titik lain di atas permukaan sfera melambangkan pelbagai superposisi antara kedua-dua keadaan tersebut (Rajah 1).

Rajah 1: Bit lwn Qubit
©1Qbit

Operasi asas dalam komputer kuantum boleh difahami sebagai transformasi yang menggerakkan titik ini di atas permukaan sfera melalui get logik kuantum yang seanalog dengan get logik dalam fizik asas seperti get DAN, TAKDAN, TAKATAU dan lain-lain. Sebagai contoh, get logik kuantum yang terkenal ialah get Hadamard yang boleh menukarkan keadaan asas kuantum kepada superposisi yang seimbang. Dalam gambaran sfera, ia seolah-olah memutar titik keadaan ke kedudukan baru di permukaan tersebut.

Tabii Geometri Kompleks

Rajah 2: Sfera Riemann
© Roger Penrose

Apabila ahli matematik melihat struktur ini dengan lebih teliti, mereka mendapati bahawa ruang keadaan qubit sebenarnya tidak hanya sebuah sfera biasa. Secara matematik, ia adalah satu objek matematik abstrak yang dikenali sebagai ruang unjuran kompleks (complex projective space), khususnya ruang unjuran kompleks satu dimensi atau juga dikenali sebagai sfera Riemann dengan tatatandanya CP¹~C∪ {∞} [ (Rajah 2).

Objek ini muncul daripada prinsip asas mekanik kuantum: dua vektor keadaan yang hanya berbeza dengan faktor nombor kompleks sebenarnya mewakili keadaan fizikal yang sama. Apabila pengenalan ini diambil kira, ruang keadaan yang tinggal bukan lagi ruang vektor biasa tetapi ia merupakan satu ruang geometri yang mempunyai struktur yang sangat kaya.

Menariknya, ruang ini mempunyai beberapa jenis struktur sekaligus: struktur kompleks, struktur simplektik, dan struktur metrik. Gabungan ini menjadikannya contoh kepada objek matematik yang dikenali sebagai manifold Kähler iaitu objek matematik yang sering muncul dalam banyak cabang fizik teori moden.

Bagi ahli fizik matematik, penemuan ini membawa kepada satu idea yang menjentik intuisi, mungkin teori kuantum sendiri boleh difahami sebagai sesuatu yang muncul daripada geometri.

Dari Geometri ke Teori Kuantum

Pelbagai pendekatan dan kaedah matematik bagi membina teori kuantum, namun yang berkaitan dengan ruang unjuran kompleks dikenali sebagai kaedah pengkuantuman bergeometri (geometric quantization). Dalam pendekatan ini, formulasi teori bermula dengan ruang geometri (atau manifold) klasik dan menggunakan struktur tertentu untuk membina teori kuantum daripadanya.

Salah satu teknik yang paling canggih dan anggun ialah pengkuantuman holomorfik. Dalam kaedah ini, keadaan kuantum muncul sebagai fungsi kompleks yang ditakrifkan pada manifold tersebut. Apabila pendekatan ini digunakan kepada ruang unjuran kompleks seperti CP¹ , struktur yang muncul sangat menyerupai ruang keadaan qubit yang telah dibincangkan tadi.

Dengan kata lain, qubit boleh difahami sebagai hasil daripada proses pengkuantuman geometri pada ruang unjuran kompleks.

Namun terdapat satu lagi perspektif yang lebih menarik iaitu dengan menekankan peranan simetri ruang geometri klasik.

Simetri dan Kesimetrian

Pendekatan bersimetri dalam membina teori kuantum ini dikenali sebagai pengkuantuman kumpulan berkanun (canonical group quantization, CGQ), yang dibangunkan oleh ahli fizik teori dan pakar bidang teori graviti kuantum tersohor Christopher J. Isham. Idea asasnya ialah bahawa struktur kuantum boleh muncul daripada kumpulan simetri yang bertindak pada ruang klasik. Secara ringkas, kumpulan dalam makna yang abstrak adalah satu objek matematik yang memenuhi beberapa aksiom aljabar dalam takrif besarnya, manakala kumpulan simetri (atau disebut kumpulan Lie) adalah pengitlakan konsep kumpulan tadi dengan membawa masuk unsur geometri dan topologi.

Dalam pendekatan ini, seseorang bermula dengan mengenal pasti kumpulan transformasi yang meninggalkan struktur ruang klasik supaya tidak berubah (invariant). Kemudian perwakilan unitari kumpulan tersebut dikaji, dan perwakilan ini akhirnya ditafsirkan sebagai pengoperasi (operator) seperti dalam teori kuantum lazim yang dikuliahkan dalam mana-mana program fizik peringkat universiti.

Dalam kes qubit, ruang keadaan CP¹ mempunyai hubungan tabii dengan sejenis kumpulan yang digelarkan sebagai kumpulan Istimewa Unitari (special unitary group) dengan tatatanda SU(2). Ia juga adalah satu kumpulan yang menggambarkan sifat spin zarah kuantum. Apabila kumpulan ini bertindak pada ruang keadaan, ia menghasilkan transformasi yang memutarkan keadaan qubit pada sfera Bloch.

Dari sudut pandang ini, operasi dalam komputer kuantum sebenarnya merupakan manifestasi kepada simetri bagi geometri ruang keadaan.

Apabila transformasi kuantum dikaji melalui kumpulan seperti  SU(2) dengan menggunakan pendekatan CGQ tadi, struktur aljabar yang biasa digunakan dalam mekanik kuantum mula kelihatan sebagai bayangan kepada sesuatu yang lebih mendalam: kesimetrian geometri ruang keadaan itu sendiri.


Rajah 3: Titik-titik tetap bagi fungsi gelombang get logik quantum atas sfera Riemann
© AHA Sumadi et al. (2025)

 

Dari perspektif ini, operasi dalam komputer kuantum bukan sekadar langkah pengiraan. Ia adalah transformasi yang berlaku dalam ruang geometri yang rumit, di mana keadaan qubit bergerak seperti titik yang mengikuti trajektori tertentu pada manifold tersebut.

Menariknya, transformasi ini boleh dilihat dari perspektif geometri kompleks yang digelar transformasi Möbius.  Ia adalah suatu fungsi kompleks yang memetakan sfera kepada dirinya sendiri sambil mengekalkan struktur sudut. Dalam konteks qubit, operasi kuantum boleh difahami sebagai transformasi konformal yang bertindak pada sfera kompleks tersebut.

Dari sudut pandang ini, komputer kuantum bukan sekadar memanipulasi qubit, ia sebenarnya memanipulasi geometri maklumat.

 

Geometri, Simetri dan Ciri Asas Alam Tabii

Rajah 4: Gambar pola simetri kumpulan Lie E8 dalam teori tetangsi
©Wikipedia

Idea bahawa fizik boleh difahami melalui geometri bukanlah sesuatu yang baru. Pada awal abad ke-20, graviti muncul sebagai kelengkungan ruang-masa dalam teori kenisbian am tajaan Einstein, malah ahli fizik seperti Paul Dirac dan Hermann Weyl mula menyedari bahawa struktur matematik yang mendalam sering muncul di tengah-tengah teori fizikal. Dirac terkenal kerana menyatakan bahawa hukum alam sering dapat ditemui dengan mengikuti keindahan matematik, manakala Weyl melihat simetri sebagai prinsip asas yang menyusun teori fizik.

Dan seperti yang sering berlaku dalam sejarah fizik, apabila geometri muncul di tengah-tengah teori, ia jarang sekali sekadar kebetulan. Selalunya, ia adalah petunjuk bahawa kita sedang melihat sebahagian kecil daripada struktur alam semesta yang lebih mendalam.

Dalam beberapa dekad yang lalu, pandangan ini semakin kuat dalam fizik matematik moden. Ahli penyelidik mula melihat bahawa banyak konsep dalam mekanik kuantum, dari spin zarah hingga struktur ruang keadaan yang mempunyai tafsiran geometri yang menawan. Apa yang dahulu kelihatan sebagai manipulasi struktur aljabar pada vektor dalam ruang Hilbert kini boleh difahami sebagai transformasi yang berlaku pada manifold geometri tertentu.

Dalam konteks qubit, perspektif ini membawa kepada satu perubahan cara melihat maklumat kuantum. Qubit tidak lagi sekadar vektor dua dimensi yang dimanipulasi oleh matriks. Ia boleh dilihat sebagai titik pada ruang geometri yang kaya dengan struktur kompleks dan simetri yang membuka pintu kepada alam matematik yang luas.

Bagi kebanyakan orang, komputer kuantum sering digambarkan sebagai teknologi masa depan yang akan mempercepatkan pengiraan atau memecahkan sistem kriptografi moden. Tetapi bagi ahli fizik matematik, potensi sebenar teknologi ini mungkin lebih mendalam daripada itu.

Qubit, yang pada pandangan pertama kelihatan seperti unit maklumat yang sangat sederhana, sebenarnya membuka pintu kepada alam matematik yang luas. Di dalamnya terdapat manifold kompleks, kumpulan Lie, dan pelbagai konsep matematik yang kaya dengan struktur.

Kini, dalam teori maklumat kuantum, geometri mungkin sekali lagi memainkan peranan yang sama.

Dan mungkin, pada akhirnya, apa yang kita panggil sebagai maklumat kuantum bukan sekadar susunan simbol atau vektor dalam ruang Hilbert. Ia mungkin sebenarnya adalah manifestasi kepada bentuk geometri yang lebih mendalam, yang masih menunggu untuk difahami sepenuhnya.

Rujukan:
Qubit geometry through holomorphic quantization

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Ahmad Hazazi Ahmad SumadiFizik Bermatematikfizik teoriinformasi kuantumkuantum komputermathematical physicssfera Riemannteori kuantum
ShareTweetShare
Previous Post

Ancaman Rokok Elektronik Terhadap Kesihatan Mulut

Editor

Editor

Related Posts

Ancaman Rokok Elektronik Terhadap Kesihatan Mulut
Berita & Peristiwa

Ancaman Rokok Elektronik Terhadap Kesihatan Mulut

1 day ago
Misi Inovasi: Tiada Yang Mustahil Membentuk Generasi Inovatif Melalui Pendekatan STEM Hands-on
Berita & Peristiwa

Misi Inovasi: Tiada Yang Mustahil Membentuk Generasi Inovatif Melalui Pendekatan STEM Hands-on

1 day ago
Adakah Oklusi Gigi Orang Asli Sama Dengan Kita?  Menyingkap Rahsia Evolusi, dan Transisi
Berita & Peristiwa

Adakah Oklusi Gigi Orang Asli Sama Dengan Kita? Menyingkap Rahsia Evolusi, dan Transisi

2 days ago
Penaakulan Sebab-Musabab: Enjin Teknologi Pintar Masa Hadapan
Berita & Peristiwa

Penaakulan Sebab-Musabab: Enjin Teknologi Pintar Masa Hadapan

2 days ago

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In