23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, November 14, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

ANCAMAN KUMBANG PALMA MERAH DALAM DIAM

Info Biodiversiti

Saiful Bahari by Saiful Bahari
04/04/2019
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : Noor Hasmiza Binti Amanzuria & Dr. Chong Ju Lian
Pusat Pengajian Sains Marin & Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu

 

Kumbang Palma Merah

Kumbang Palma Merah, Rhynchophorus ferrugineus (Olivier, 1790) atau lebih dikenali sebagai Red Palm Weevil (RPW) merupakan perosak tanaman yang serius bagi tanaman palma khususnya pada pokok kelapa. Kumbang Palma Merah yang tergolong dalam order Coleoptera dan famili Curculionidae dipercayai berasal dari Asia Tropika dan dilaporkan telah menyerang pokok palma di beberapa buah negara lain seperti Afrika. Eropah, India, Teluk Arabia, Sepanyol, Perancis, China dan kini dianggap perosak paling merbahaya bagi tanaman kurma di Timur Tengah.

Kebelakangan ini serangga perosak ini hangat diperkatakan dan telah menyerang pokok kelapa di bahagian utara Semenanjung Malaysia menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan jutaan ringgit untuk membendung serangan serangga perosak ini. Sehubungan dengan itu, tindakan pemantauan dan kawalan terhadap kemasukan pokok hiasan tanaman palma seperti pokok kurma, pokok kelapa dari luar negara diperketatkan. Kumbang palma merah pertama kali telah dilaporkan di Rhu Tapai, Setiu, Terengganu pada awal tahun 2007. Seterusnya serangga perosak ini terus tersebar ke seluruh pelosok negeri Terengganu dan negeri Kelantan yang mengusahakan pokok kelapa.

 

Pupa Kumbang Palma Merah

Kumbang palma merah mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk menjadi dewasa. Lebih kurang 250 telur dihasilkan pada satu masa. Dalam masa 4-7 hari telur tersebut akan bertukar menjadi larva berwarna putih kekuningan. Pada peringkat larva, nutrisi bagi meneruskan kitaran hidup sangat diperlukan. Selepas 60-100 hari, larva bertukar kepada kokun pupa dan bertukar menjadi pupa berwarna keperangan. Pada  peringkat pupa, tidak berlaku pengambilan makanan . Selepas 21 hari, pupa bertukar menjadi dewasa dan hayat hidup kumbang dewasa palma merah adalah 100-120 hari.

Tanda-tanda serangan kumbang palma merah yang boleh dilihat secara mata kasar adalah  kecederaan pada pangkal pelepah dan kelihatan lubang yang mengeluarkan  cecair berbau masam dan berwarna kuning kecoklatan. Pada pokok-pokok yang diserang, tisu-tisu yang telah dimakan dibuang sekitar lubang tersebut dan pucuk pokok menjadi layu, kuning, kering dan mati. Pelepah turut patah dan kelihatan tergantung di pokok.  Walaubagaimanapun, ada juga pokok kelapa yang tidak menunjukkan tanda-tanda diserang kumbang palma merah. Serangan kumbang palma merah ini hanya dikesan setelah pokok ditebang, dengan terdapat banyak larva di dalam batang pokok kelapa tersebut.

Tanda-tanda serangan kumbang palma merah

 

Tanda-tanda serangan kumbang palma merah

Kumbang palma merah boleh dikawal melalui pendekatan secara Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) yang terdiri daripada beberapa kaedah seperti melaksanakan aktiviti pemantauan, pemasangan perangkap feromon, kawalan kimia, kawalan kultur dan juga kawalan biologi. Kaedah pengurusan yang digalakkan adalah dengan memasang perangkap feromon untuk mengawal perosak invasif ini. Kaedah kawalan kimia pula adalah dengan menyuntik batang kelapa dengan racun kimia dan dengan menyembur racun kimia pada pucuk pokok yang rendah. Selain itu, pokok yang diserang oleh perosak perlu ditebang dan dibakar agar tempat pembiakannya dihapuskan serta mengelakkan serangan merebak ke pokok yang lain.

 

Perangkap Kumbang Palma Merah

Jabatan Pertanian memainkan peranan penting dalam menghapuskan kumbang palma merah ini dengan kerjasama peladang dan juga pekebun kecil. Serangga perosak ini harus dibendung dari masa ke semasa. Jika tidak dibendung, kumbang palma merah ini akan merosakkan jutaan hektar tanaman kelapa sawit dan pokok palma yang lain. Serangan kumbang palma merah ini bukan lagi terhad pada kawasan pokok kelapa di sepanjang pantai tetapi merebak ke kawasan kebun kecil dan juga pokok kelapa hak milik persendirian. Penyelidikan tentang kumbang palma merah harus diteruskan terutamanya  dengan teliti dari segi kebolehan serangga perosak ini menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran di Malaysia.

 

Rujukan

Azmi, W. A., Chong, J. L., Zakeri, H. A., Yusuf, N., Wan Omar, W. B., Yong, K. W., Zulkefli, A. N. & Hussain, M. H. 2017. The Red Palm Weevil, Rhynchophorus ferrigineus – Current Issues and Challenges in Malaysia. Oil Palm Bulletin 74. Pp 17-24.

Azmi, W. A., Chik, Z., Abdul Razak, A. R. & Azbdul Ghani, N. I. 2013. A New Invasive
Coconut Pest in Malaysia: the Red Palm Weevil (Curculionidae: Rhynchophorus ferrugineus). Planter 89(1043), 97-110.

Chong, J. L., H’ng, T. M., Wahizatul, A. A. & Noor Hasmiza, A. 2015. Genetic Variation and Invasion History of the Invasive Red Palm Weevil (Rhynchophorus ferrugineus (Olivier)) in Terengganu. International Journal of Agriculture, Forestry and Plantation (Vol 1: Sept): 34-43. (ISSN 2462-1757). (Corresponding author).

EPPO (European and Mediterranean Plant Protection Organization). 2008. Rhynchophorus ferrugineus. EPPO Bulletin 38: 55-59. doi: 10.1111/j.1365-2338.2008.01195.

Murphy, S.T. and Briscoe, B.R. 1999. The red palm weevil as an alien invasive: biology and the
prospects for biological control as a component of IPM. Biocontrol News and Information 20(1): 34-46.

 

Kredit Foto : Borgen

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Info BiodiversitiInstitut Biodiversiti Tropika & Pembangunan LestariKumbang palmapusat pengajian sains marin & sekitaranUniversiti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Ulasan Buku: Seven Brief Lessons on Physics

Next Post

Dron: Soal Hobi, Pengoperasian & Perundangan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Teorem Pythagoras: Lebih Dari Sekadar a² + b² = c²
Berita & Peristiwa

Teorem Pythagoras: Lebih Dari Sekadar a² + b² = c²

22 hours ago
Kanser Kolon: Realiti Tanpa Amaran
Berita & Peristiwa

Kanser Kolon: Realiti Tanpa Amaran

2 days ago
Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia
Alam Semulajadi

Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia

2 days ago
Kepentingan Pembersihan Data
Berita & Peristiwa

Kepentingan Pembersihan Data

2 days ago
Next Post
Dron: Soal Hobi, Pengoperasian & Perundangan

Dron: Soal Hobi, Pengoperasian & Perundangan

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In