23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, March 18, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Jerebu: Mengapa Kanak-Kanak dan Warga Tua Paling Terancam?

Jerebu: Mengapa Kanak-Kanak dan Warga Tua Paling Terancam?

Editor by Editor
28/07/2025
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Asst. Prof. Dr. Noor Artika Hassan
Jabatan Perubatan Komuniti, Kulliyyah Perubatan, International Islamic University Malaysia

 

Jerebu bukan lah perkara asing di Malaysia dan  baru-baru ini, pada 19/7/2025, akhbar mula melaporkan tentang jerebu rentas sempadan yang melanda negeri pantai barat. Ia susulan daripada 79 titik panas di kawasan Sumatera yang merentasi Malaysia melalui tiupan angin barat daya.

Jerebu merentasi sempadan yang pertama direkodkan di Malaysia bermula pada tahun 1982 disebabkan pembakaran hutan di Kalimantan. Seterusnya ia berlaku dengan kerap hampir setiap tahun. Apabila jerebu berlaku, masyarakat terdedah kepada pelbagai unsur pencemaran udara terutamanya partikel terampai di bawah 10 mikron dan 2.5 mikron (PM10 dan PM2.5). Selain itu, kita juga akan terdedah kepada sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, dan karbon monoksida semasa jerebu.

Di Malaysia, masyarakat boleh merujuk kepada indeks pencemaran udara (IPU) untuk mengetahui tentang status kualiti udara untuk purata masa 24 jam melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar :https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main.

Apabila jerebu berlaku, kesannya kepada kesihatan akan dirasai oleh semua lapisan masyarakat terutamanya kanak-kanak dan warga emas. Antara simptom semasa jerebu ialah batuk, mata berair, sesak nafas, keletihan dan sakit dada. Mengapa kanak-kanak dan warga emas adalah golongan yang paling terkesan?

Sistem pernafasan

Kanak-kanak bernafas lebih laju berbanding orang dewasa. Ini bermakna mereka menyedut lebih banyak udara tercemar dalam tempoh yang singkat. Kadar pernafasan kanak-kanak sekitar 18-30 kali pernafasan/min (bergantung kepada usia), berbanding orang dewasa sekitar 12–18 pernafasan/min. Disamping itu, paru-paru mereka masih dalam fasa tumbesaran, menyebabkan partikel jerebu lebih mudah merosakkan tisu paru-paru. Jadi tidak hairanlah apabila IPU melebihi 200, sekolah akan ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Manakala untuk warga emas pula, fungsi paru-paru secara semulajadi akan semakin menurun seiring dengan peningkatan usia seperti pengurangan keanjalan paru-paru, otot pernafasan menjadi semakin lemah, dan kapasiti paru-paru semakin berkurang. Komorbiditi sedia ada seperti penyakit arteri koronari, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), asma, kencing manis, darah tinggi akan melemahkan sistem pertahanan tubuh badan, seterusnya menyebabkan risiko yang berganda yang boleh membawa kepada radang paru-paru seperti pneumonia dan keradangan sistemik yang lebih teruk.

Daya Tahan

Imuniti kanak-kanak belum sekuat orang dewasa. Mereka lebih mudah mendapat penyakit seperti asma, alahan, dan jangkitan saluran pernafasan semasa jerebu. Untuk warga emas pula, proses penuaan menyebabkan penurunan fungsi imun dan seterusnya menyebabkan sistem pertahanan tubuh semakin merosot. Apabila mereka terdedah kepada jerebu, ia akan menyebabkan  keradangan, penyempitan salur darah (vasokonstriksi), dan keadaan yang cenderung kepada pembekuan darah (pro-koagulasi), serta peningkatan kadar denyutan jantung. Faktor-faktor ini boleh menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit kardiovaskular seperti strok dan kegagalan jantung.

Aktiviti luar

Umum mengetahui kanak-kanak suka bermain dan sering menjalani aktiviti luar seperti sukan. Semasa jerebu, mereka mungkin terdedah kepada udara tercemar lebih lama jika langkah pencegahan tidak diambil. Justeru itu, adalah dinasihatkan supaya aktiviti luar samada di sekolah dan di rumah perlu dihentikan sementara semasa jerebu untuk mengurangkan impak kepada kanak-kanak. Mereka boleh bermain di dalam bangunan atau rumah sementara menunggu jerebu reda. Bagi warga emas pula, sesetengah mereka memerlukan rawatan berkala atau perlu bergerak di luar rumah. Justeru, adalah dinasihatkan supaya langkah pencegahan diambil seperti memakai pelitup muka untuk mengurangkan risiko kepada mereka.

Kesimpulannya, dari sudut kesihatan, kanak-kanak dan orang tua lebih mudah terjejas apabila terdedah kepada jerebu kerana fisiologi kanak-kanak yang rentan, kelemahan sistem pertahanan badan, kehadiran penyakit sedia ada, serta fungsi organ yang belum matang (kanak-kanak) atau menurun (orang tua). Oleh itu, pencegahan awal seperti memakai pelitup muka, mengelakkan aktiviti luar, dan pemantauan kesihatan amat penting semasa musim jerebu.

Kredit foto-medklinn

Rujukan

  • Giles, L. V., Thomson, C. J., Lesser, I., & Brandenburg, J. P. (2024). Running through the haze: how wildfire smoke affects physical activity and mental well-being. Journal of Physical Activity and Health, 1(aop), 1-11.
  • Latif, M. T., Othman, M., Idris, N., Juneng, L., Abdullah, A. M., Hamzah, W. P., … & Jaafar, A. B. (2018). Impact of regional haze towards air quality in Malaysia: A review. Atmospheric Environment, 177, 28-44.
  • Hashim, M. H., Ibrahim, M. H., Ismail, M. I. M., Isa, N. K. M., Ali, S. S. S., & Omar, M. H. C. (2020). Menyingkap pencemaran partikel terampai (PM10) di Malaysia (Revealing of suspended particle pollution (PM10) in Malaysia).Asian Journal of Environment, History and Heritage, 4(2).
  • Hill, B., & Annesley, S. H. (2020). Monitoring respiratory rate in adults. British journal of nursing, 29(1), 12-16.
  • https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main
  • https://www.met.gov.my/assets/content/siaran_media/en/19%20Julai%202025%20-%20Kenyataan%20Media%20Jerebu%20Rentas%20Sempadan.pdf
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: International Islamic University MalaysiaJabatan Perubatan KomunitiJerebuKulliyyah PerubatanNoor Artika Hassan
ShareTweetShare
Previous Post

Udang Kara Air Tawar  Mengancam Ekosistem  Habitat Asal

Next Post

Rahsia Tulang Si Kecil

Editor

Editor

Related Posts

Kepentingan Bahan Plastik/Polimer dalam Membentuk Dunia Moden
Berita & Peristiwa

Kepentingan Bahan Plastik/Polimer dalam Membentuk Dunia Moden

2 days ago
Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit
Berita & Peristiwa

Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit

2 days ago
Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser
Berita & Peristiwa

Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser

2 days ago
Spesies Asing Invasif di Malaysia
Alam Semulajadi

Spesies Asing Invasif di Malaysia

3 days ago
Next Post
Rahsia Tulang Si Kecil

Rahsia Tulang Si Kecil

Kategori Produk

  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In