23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, April 18, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kanser Prostat: Bahaya Senyap Dalam Kalangan Lelaki

Kanser Prostat: Bahaya Senyap Dalam Kalangan Lelaki

Editor by Editor
19/09/2025
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr Muhammad Faeid bin Othman1, Dr Ahmad Faiz Najmuddin bin Mohd Ghazi1 & Dr Mohamed Ashraf bin Mohamed Daud2

1 Pakar Klinikal Urologi, Urologi Unit, Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia.

2 Pakar Perunding Urologi, Urologi Unit, Jabatan Surgeri, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Kanser prostat semakin mendapat perhatian dalam bidang kesihatan lelaki di seluruh dunia kerana sifatnya yang berbahaya tetapi sering kali tidak disedari. Prostat ialah kelenjar kecil berbentuk seperti kacang walnut yang hanya terdapat pada lelaki. Ia terletak di bawah pundi kencing dan mengelilingi uretra, iaitu saluran yang membawa air kencing keluar daripada badan. Walaupun saiznya kecil, prostat mempunyai fungsi penting kerana menghasilkan cecair yang menjadi sebahagian daripada air mani. Cecair ini membantu pergerakan sperma dan memainkan peranan besar dalam kesuburan lelaki. Namun begitu, apabila sel-sel di dalam kelenjar ini mula membiak secara tidak terkawal, ia boleh mengakibatkan kanser yang mengancam nyawa.

Di peringkat global, kanser prostat ialah antara jenis kanser paling lazim menyerang lelaki selepas kanser paru-paru. Di Malaysia, ia tergolong dalam lima kanser yang paling kerap dikesan dalam kalangan lelaki. Laporan statistik mendapati bahawa sebahagian besar pesakit dikesan menghidap penyakit ini pada usia melebihi lima puluh tahun. Apa yang menjadikan penyakit ini begitu berbahaya ialah sifatnya yang senyap. Pada peringkat awal, pesakit hampir tidak mengalami sebarang gejala, menyebabkan ramai hanya dikesan apabila kanser sudah mencapai tahap lebih serius.

Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko seseorang lelaki mendapat kanser prostat. Umur merupakan faktor paling utama kerana risiko meningkat secara mendadak selepas lima puluh tahun. Sejarah keluarga juga memainkan peranan besar; lelaki yang mempunyai ayah atau abang yang mengidap kanser prostat berisiko hampir dua kali ganda berbanding individu lain. Dari sudut genetik, perubahan atau mutasi pada gen BRCA2 diketahui dapat meningkatkan kebarangkalian seseorang lelaki menghidap kanser prostat. Dari segi gaya hidup, diet yang tinggi lemak haiwan, obesiti, kurang bersenam, merokok serta pengambilan alkohol berlebihan boleh menyumbang kepada risiko. Faktor hormon juga memainkan peranan penting kerana hormon lelaki seperti testosteron, khususnya bentuk aktifnya yang dipanggil dihidrotestosteron (DHT), boleh merangsang pertumbuhan sel-sel dalam prostat.

Gejala kanser prostat bergantung pada tahap penyakit. Pada peringkat awal, kebanyakan lelaki tidak menyedari sebarang perubahan. Namun, apabila ketumbuhan pada prostat semakin membesar dan menekan saluran kencing (uretra), barulah tanda-tanda penyakit mula dirasai. Pesakit mungkin mengalami kesukaran memulakan kencing, aliran air kencing yang lemah atau terputus-putus, serta rasa tidak puas selepas membuang air kecil. Ada juga yang kerap bangun malam untuk kencing atau mengalami desakan kencing yang mendadak. Kehadiran darah dalam air kencing atau air mani boleh berlaku dan sering menimbulkan kebimbangan. Jika kanser sudah merebak ke tulang, pesakit boleh mengalami sakit di tulang belakang, pinggul atau rusuk, disertai dengan penurunan berat badan mendadak dan rasa lemah.

Rajah 1: Ilustrasi anatomi yang menunjukkan lokasi kelenjar prostat

Memandangkan gejala kanser prostat sering menyerupai penyakit lain seperti pembesaran prostat jinak (Benign Prostatic Hyperplasia, BPH), pemeriksaan perubatan amat penting bagi memastikan diagnosis yang tepat dapat dibuat. Doktor biasanya melakukan pemeriksaan rektum digital, iaitu dengan menyentuh prostat melalui dubur untuk mengesan ketulan atau kekerasan yang tidak normal. Selain itu, ujian darah bagi mengukur tahap Prostate Specific Antigen (PSA) juga digunakan. Walaupun bacaan PSA yang tinggi boleh menandakan adanya kanser, ia juga boleh meningkat akibat jangkitan atau pembesaran prostat bukan kanser. Oleh itu, ujian ini perlu dinilai dengan berhati-hati bersama pemeriksaan yang lain. Dalam era moden, teknologi pengimejan seperti MRI multiparametrik membantu mengesan kawasan prostat yang mencurigakan. Jika terdapat keperluan, doktor akan melakukan biopsi dengan mengambil sampel tisu untuk dianalisis di makmal. Selepas diagnosis disahkan, tahap kanser ditentukan sama ada ia masih terhad dalam prostat, sudah menyerang tisu berdekatan atau merebak ke nodus limfa dan tulang. Tahap agresif kanser pula dinilai menggunakan Skor Gleason berdasarkan rupa bentuk sel di bawah mikroskop.

Pilihan rawatan bagi kanser prostat bergantung kepada tahap penyakit, umur, kesihatan keseluruhan pesakit serta pilihan individu. Bagi kanser tahap awal yang kurang agresif, pemerhatian aktif boleh menjadi pilihan. Dalam pendekatan ini, pesakit dipantau secara berkala melalui ujian PSA, MRI dan pemeriksaan klinikal tanpa diberikan rawatan serta-merta. Jika kanser mula menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan atau menjadi lebih agresif, barulah rawatan akan dimulakan. Antara rawatan utama ialah pembedahan prostatektomi radikal, iaitu membuang keseluruhan prostat bersama nodus limfa sekitarnya. Pembedahan boleh dilakukan secara terbuka, laparoskopi atau robotik, namun ia mempunyai risiko seperti masalah kawalan kencing dan mati pucuk. Selain pembedahan, radioterapi juga menjadi pilihan, sama ada dalam bentuk sinaran dari luar (External Beam Radiotherapy) atau brachytherapy, iaitu sumber radiasi yang dimasukkan ke dalam prostat. Bagi kes yang lebih lanjut, terapi hormon atau androgen deprivation therapy (ADT) digunakan untuk menurunkan tahap testosteron, sekali gus memperlahankan pertumbuhan kanser. Ubat hormon generasi baharu seperti enzalutamide dan abiraterone kini turut digunakan. Dalam keadaan lebih serius, kemoterapi dengan ubat seperti docetaxel serta rawatan sasaran moden seperti terapi radionuklid Lutetium-177 PSMA memberikan harapan baharu. Gabungan rawatan ini telah terbukti mampu memanjangkan hayat pesakit dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Rajah 2: Proses biopsi tisu prostat; sebelah kiri menunjukkan kaedah transrektal manakala sebelah kanan kaedah transperineal.

Prognosis kanser prostat sangat baik jika dikesan awal. Kadar kelangsungan hidup lima tahun bagi pesakit di peringkat awal melebihi 95 peratus. Namun, jika penyakit sudah merebak, kadar ini akan menurun dengan ketara. Oleh itu, kesedaran awam tentang kepentingan saringan amatlah penting. Lelaki berusia lima puluh tahun ke atas digalakkan menjalani pemeriksaan berkala, manakala mereka yang mempunyai sejarah keluarga disarankan memulakan saringan lebih awal. Langkah pencegahan pula menekankan amalan gaya hidup sihat. Pemakanan yang seimbang dengan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran serta pengurangan pengambilan daging merah dan makanan diproses sangat digalakkan. Aktiviti fizikal yang konsisten, mengekalkan berat badan ideal, berhenti merokok serta menghadkan pengambilan alkohol bukan sahaja dapat membantu mencegah kanser prostat, malah baik untuk kesihatan secara keseluruhan.

Rajah 3: Mesin MRI digunakan sebagai alat pengimejan moden bagi mengesan kanser prostat.
Rajah 4: Kaedah rawatan moden menggunakan robotic-assisted radical prostatectomy bagi merawat kanser prostat tahap awal.

Di Malaysia, cabaran utama ialah tahap kesedaran masyarakat yang masih rendah. Ramai lelaki berasa malu atau segan untuk menjalani pemeriksaan prostat kerana faktor budaya dan stigma. Akibatnya, sebahagian besar kes hanya dikenal pasti apabila sudah berada pada tahap lanjut. Justeru, kempen kesedaran awam, sokongan keluarga dan peranan doktor dalam memberi pendidikan kesihatan sangat penting untuk mengubah keadaan ini.

Kesimpulannya, kanser prostat ialah penyakit berbahaya yang boleh membawa maut, namun mempunyai peluang rawatan yang sangat baik sekiranya dikesan awal. Lelaki tidak seharusnya malu atau menangguhkan perbincangan mengenai kesihatan prostat bersama doktor. Dengan rawatan moden yang tersedia hari ini, ramai pesakit kanser prostat masih mampu menjalani kehidupan yang aktif dan berkualiti walaupun selepas disahkan menghidap penyakit ini. Oleh itu, mesej utama kepada semua lelaki ialah jangan abaikan kesihatan diri, lakukan pemeriksaan berkala, dan amalkan gaya hidup sihat. Ingatlah bahawa pencegahan dan pengesanan awal adalah kunci utama dalam melawan kanser prostat.

 

Rujukan

  1. Sung H, Ferlay J, Siegel RL, Laversanne M, Soerjomataram I, Jemal A, et al. Global Cancer Statistics 2020: GLOBOCAN Estimates of Incidence and Mortality Worldwide for 36 Cancers in 185 Countries. CA Cancer J Clin. 2021;71(3):209–249.
  2. National Cancer Institute Malaysia. Malaysian National Cancer Registry Report 2012–2016. Putrajaya: Ministry of Health Malaysia; 2019.
  3. Mottet N, van den Bergh RCN, Briers E, Van den Broeck T, Cumberbatch MG, De Santis M, et al. EAU-EANM-ESTRO-ESUR-SIOG Guidelines on Prostate Cancer 2025. Arnhem, The Netherlands: European Association of Urology; 2025.
  4. Low WY, Tan HM, Ng CJ, Tan WS, Choo WY, Yap WH, et al. Prostate cancer knowledge, attitudes and screening practices among men in a Malaysian urban community. Asian Pac J Cancer Prev. 2011;12(8):2189–2194.
  5. American Urological Association. Early Detection of Prostate Cancer: AUA Guideline 2023. Available at: https://www.auanet.org/guidelines.
  6. World Health Organization. Prostate cancer fact sheet. Geneva: WHO; 2024. Available at: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/prostate-cancer

 

 

ShareTweetShare
Previous Post

Transformasi Dari Kulit Krustasea Kepada Kitosan Serba Guna

Next Post

Michael Faraday: Nasib Baik atau Kerja Keras?

Editor

Editor

Related Posts

Adakah Ikan Sangkar Bebas Logam Berat?
Alam Semulajadi

Adakah Ikan Sangkar Bebas Logam Berat?

1 day ago
Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?
Berita & Peristiwa

Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?

2 days ago
Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden
Berita & Peristiwa

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden

3 days ago
Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin
Alam Semulajadi

Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin

5 days ago
Next Post
Michael Faraday: Nasib Baik atau Kerja Keras?

Michael Faraday: Nasib Baik atau Kerja Keras?

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In