23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, February 1, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kesan Perubahan Iklim Terhadap Kesihatan dan Kesejahteraan Manusia: Dari Gen ke Ekosistem

Kesan Perubahan Iklim Terhadap Kesihatan dan Kesejahteraan Manusia: Dari Gen ke Ekosistem

Editor by Editor
01/02/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Suhaila Binti Rusni1, Dr. Nurul Aini Binti Puasa2 & Prof. Ts. Dr. Muhammad Lokman Bin Md. Isa3

1Pensyarah Kanan, Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-being (PLANETIIUM),
International Islamic University Malaysia (IIUM)
2Pegawai Penyelidik, Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-being (PLANETIIUM),

International Islamic University Malaysia (IIUM)
3Pengarah, Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-being (PLANETIIUM),

International Islamic University Malaysia (IIUM)

 

Krisis Iklim Adalah Krisis Kesihatan

Beberapa dekad yang lalu, perubahan cuaca global merupakan satu kebimbangan masa hadapan, namun tidak lagi sekarang apabila kesannya semakin dirasai dalam kehidupan seharian. Peningkatan suhu yang ketara menyumbang kepada pencairan ais, kenaikan paras laut, perubahan corak hujan, jerebu serta fenomena yang ekstrim seperti banjir dan gelombang haba. Hal ini bukan sahaja mengancam alam sekitar, namun turut memberi kesan negatif terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan perubahan iklim sebagai ancaman kesihatan global terbesar bagi abad ke-21. Kesannya mencakupi kesihatan mental, fizikal, sosial, dan ekonomi, melibatkan hubungan kompleks antara faktor persekitaran, biologi dan sistem ekologi.

Artikel ini mengupas dengan lebih mendalam bagaimana perubahan cuaca global memberi pengaruh terhadap  kesihatan manusia, bermula dari tahap molekul dan genetik, kepada komuniti dan ekosistem, serta kepentingan pendekatan bersepadu untuk melindungi kesejahteraan manusia pada masa hadapan.

Peningkatan Suhu Global dan Kesihatan Fizikal

Peningkatan ketara suhu purata bumi merupakan salah satu kesan paling siknifikan perubahan cuaca global. Gelombang haba yang semakin kerap dan ekstrem menyumbang kepada risiko dehidrasi dan strok haba, penyakit respiratori dan kardiovaskular, malah boleh menyebabkan kematian mengejut, terutamanya dalam kalangan warga emas, kanak-kanak dan individu yang berpenyakit kronik.

Peningkatan kejadian banjir telah meningkatkan risiko penyakit berjangkit seperti kolera, leptospirosis dan hepatitis A, manakala kemarau menjejaskan akses kepada air bersih dan keselamatan makanan. Perubahan suhu dan kelembapan ini berpotensi memperluas kawasan pembiakan vektor penyakit seperti nyamuk yang meningkatkan kes denggi, malaria dan chikungunya; selain mengubah kitaran hidupnya, menjadikan wabak penyakit lebih sukar diramal dan dikawal.

Tambahan pula, peningkatan pencemaran alam sekitar memberi kesan yang lebih serius seiring perubahan cuaca global. Keadaan persekitaran yang semakin panas dan tercemar dengan mikroplastik, bahan kimia toksik dan sisa industri boleh memberi kesan domino kepada rantaian makanan.

Apabila bahan pencemar ini terkumpul dalam ikan dan makanan laut, ia akhirnya memasuki tubuh manusia melalui rantaian pemakanan. Pendedahan kronik kepada bahan pencemar boleh mengganggu sistem endokrin (hormon), meningkatkan risiko penyakit metabolik dan kanser, menjejaskan perkembangan kanak-kanak dan kesihatan reproduktif. Kajian dalam bidang toksikogenomik menyokong bahawa pendedahan kepada pencemaran alam sekitar boleh mengubah ekspresi gen yang terlibat dalam metabolisme detoksifikasi, keradangan dan tekanan oksidatif yang menghubungkan perubahan persekitaran dari peringkat molekul dengan penyakit manusia secara langsung.

Keselamatan Makanan dan Pemakanan

Perubahan iklim memberi kesan besar kepada sistem makanan global. Kenaikan suhu dan perubahan corak hujan menjejaskan hasil perikanan dan pertanian, menyebabkan kekurangan makanan, peningkatan harga makanan, serta risiko kekurangan zat makanan, terutamanya protein dan mikronutrien.

Perubahan kualiti makanan juga boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan, termasuk fungsi imun, risiko penyakit kronik dan pertumbuhan kanak-kanak. Lautan yang tercemar dan berasid akibat perubahan iklim turut mengancam sumber protein utama bagi berjuta-juta manusia di seluruh dunia.

Kesihatan Mental: Dimensi yang Sering Terabai

Di samping kesan fizikal, perubahan cuaca global memberi impak besar kepada kesihatan mental dan kesejahteraan emosi. Antara kesan yang dilaporkan ialah kebimbangan dan kemurungan akibat bencana alam, terutama dalam komuniti yang terjejas akibat banjir, kebakaran hutan atau kehilangan tempat tinggal. Tidak kurang juga “Eco-anxiety” atau kebimbangan berlebihan terhadap masa depan bumi, di samping tekanan psikososial berpanjangan akibat ketidaktentuan iklim dan sumber pendapatan. Kesihatan mental yang terjejas bukan sahaja mengurangkan kualiti hidup, malah menjejaskan produktiviti dan daya tahan sosial masyarakat.

Dari Ekosistem ke Manusia: Pendekatan “One Health”

Kesihatan manusia berhubung rapat dengan kesihatan haiwan dan alam sekitar. Konsep “One Health” menekankan bahawa: Kesihatan manusia, haiwan dan ekosistem saling berkait antara satu sama lain. Kerosakan ekosistem hutan, marin dan biodiversiti akibat perubahan iklim mengganggu keseimbangan semula jadi, meningkatkan risiko penyakit dan kehilangan ekosistem yang menyokong kehidupan manusia.

Penyelidikan terkini menggunakan pendekatan multi-omics, kecerdasan buatan (AI) dan pemodelan sistem biologi kini membantu saintis memahami bagaimana tekanan persekitaran mempengaruhi kesihatan dari peringkat gen hingga populasi.

Ke Arah Penyelesaian: Adaptasi dan Mitigasi Berasaskan Sains

Menghadapi cabaran ini memerlukan tindakan bersepadu:

i-Mitigasi: Mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, pencemaran dan eksploitasi sumber alam

ii-Adaptasi: Mengukuhkan sistem kesihatan awam, amaran awal bencana dan perlindungan komuniti rentan

iii-Pendidikan dan kesedaran: Memperkasa masyarakat dengan pengetahuan saintifik yang tepat

iv-Penyelidikan transdisiplin: Menggabungkan sains biologi, kesihatan, ekologi, teknologi dan dasar awam

Pelaburan dalam sains dan inovasi bukan sahaja melindungi alam sekitar, tetapi juga merupakan pelaburan jangka panjang dalam kesihatan dan kesejahteraan manusia.

Perubahan cuaca global bukan sekadar isu alam sekitar, tetapi ia merupakan  isu kesihatan, keadilan sosial dan kelangsungan hidup manusia. Kesan perubahan iklim dapat dikesan dari tahap genetik hingga ekosistem global, mempengaruhi cara hidup, bekerja dan membina masa depan.

Melindungi bumi bermakna melindungi diri kita sendiri. Dengan pendekatan berasaskan sains, kerjasama global dan kesedaran masyarakat, kita masih mempunyai peluang untuk membina dunia yang lebih sihat, lestari dan sejahtera untuk generasi akan datang.

Kredit foto utama-un[dot]org

Rujukan:

Mirsaidova, K., Iskandarova, V., & Sattarova, Z. (2023). Studying the factors affecting human genetics due to environmental degradation and climate change. BIO Web of Conferences, 65. https://doi.org/10.1051/bioconf/20236507004

Sharma, S., Sharma, V., & Chatterjee, S. (2023). Contribution of plastic and microplastic to global climate change and their conjoining impacts on the environment – A review. In Science of the Total Environment (Vol. 875). Elsevier B.V. https://doi.org/10.1016/j.scitotenv.2023.162627

Tian, F. (2024). Human Genetic Response to Environmental Change: Biological Adaptation to Global Climate Change. International Journal of Molecular Ecology and Conservation. https://doi.org/10.5376/ijmec.2024.14.0003

Virolainen, S. J., VonHandorf, A., Viel, K. C. M. F., Weirauch, M. T., & Kottyan, L. C. (2023). Gene–environment interactions and their impact on human health. In Genes and Immunity (Vol. 24, Issue 1, pp. 1–11). Springer Nature. https://doi.org/10.1038/s41435-022-00192-6

 

Biodata penulis:

Dr. Suhaila Binti Rusni merupakan pensyarah kanan (Assistant Professor) di Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-being (PLANETIIUM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Penulisan ini telah disemak oleh Dr. Nurul Aini Binti Puasa dan Prof. Ts. Dr. Lokman Bin Md Isa.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: ekosistemGenetikKecerdasan Buatankesan perubahan iklimpencemaan mikroplastikpencemaran alamPLANETIIUM IIUMSuhaila Binti Rusni
ShareTweetShare
Previous Post

Rawatan Penyakit Osteoarthritis (Radang Sendi) pada Peringkat Awal: Mencegah Kerosakan Sendi Peringkat Awal

Next Post

Bagaimana Geometric Brownian Motion menjinakkan Ketidakpastian dalam Pasaran Kewangan

Editor

Editor

Related Posts

Bagaimana Geometric Brownian Motion menjinakkan Ketidakpastian dalam Pasaran Kewangan
Berita & Peristiwa

Bagaimana Geometric Brownian Motion menjinakkan Ketidakpastian dalam Pasaran Kewangan

3 hours ago
Rawatan Penyakit Osteoarthritis (Radang Sendi) pada Peringkat Awal: Mencegah Kerosakan Sendi Peringkat Awal
Berita & Peristiwa

Rawatan Penyakit Osteoarthritis (Radang Sendi) pada Peringkat Awal: Mencegah Kerosakan Sendi Peringkat Awal

4 hours ago
Tangga Ikan: Membantu Ikan Melintasi Halangan Buatan Manusia
Alam Semulajadi

Tangga Ikan: Membantu Ikan Melintasi Halangan Buatan Manusia

4 hours ago
Khasiat Quercetin daripada Pokok Sambung Nyawa Melawan Malaria
Berita & Peristiwa

Khasiat Quercetin daripada Pokok Sambung Nyawa Melawan Malaria

2 days ago
Next Post
Bagaimana Geometric Brownian Motion menjinakkan Ketidakpastian dalam Pasaran Kewangan

Bagaimana Geometric Brownian Motion menjinakkan Ketidakpastian dalam Pasaran Kewangan

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In