23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 12, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Khasiat Quercetin daripada Pokok Sambung Nyawa Melawan Malaria

Khasiat Quercetin daripada Pokok Sambung Nyawa Melawan Malaria

Editor by Editor
30/01/2026
in Berita & Peristiwa, Kimia, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Amatul Hamizah Ali dan Prof. Madya Dr. Jalifah Latip

Pensyarah Kanan,
Jabatan Sains Kimia, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Pokok sambung nyawa iaitu nama saintifik, Gynura procumbens merupakan tumbuhan herba yang popular di Asia Tenggara dan sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai penyakit seperti diabetes, keradangan, darah tinggi dan masalah ginjal. Salah satu sebab tumbuhan ini begitu bernilai ialah kerana kandungan sebatian bioaktifnya, terutamanya quercetin, iaitu sejenis flavonoid yang terkenal dengan sifat antioksidan yang kuat. Quercetin juga merupakan sebatian flavonoid semula jadi yang terdapat secara meluas dalam pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan, termasuk bawang, kubis, cili hijau, tomato, brokoli, asparagus, epal, anggur, kranberi serta gandum kuda, yang menyumbang kepada sifat bioaktifnya (Alharbi et al. 2025). Quercetin berperanan penting dalam melindungi sel tubuh daripada kerosakan akibat tekanan oksidatif, selain terlibat dalam mengawal proses apoptosis atau kematian sel serta meningkatkan pengekspresan gen antioksidan. Kesan ini menjadikan quercetin bukan sahaja bermanfaat dalam mencegah penyakit kronik, tetapi juga berpotensi besar sebagai agen terapeutik dalam rawatan moden. Kehadiran quercetin dan flavonoid lain dalam pokok sambung nyawa turut menyumbang kepada aktiviti farmakologi yang telah dilaporkan, termasuk kesan anti-kanser, anti-radang, anti-hipertensi, anti-obesiti, anti-kulat dan mampu menghalang kerosakan tisu organ. Seiring dengan penggunaan tradisionalnya, kajian saintifik mutakhir kini giat meneliti potensi G. procumbens sebagai sumber penting untuk pembangunan ubat baharu, terutama untuk penyakit berjangkit seperti malaria.

Rajah 1: Quercetin daripada Sumber Semulajadi (Sumber: Alharbi et al. 2025)

Malaria masih menjadi antara penyakit berjangkit paling berbahaya di dunia, terutamanya di kawasan Tropika. Penyakit ini disebabkan oleh gigitan nyamuk Anopheles yang membawa parasit Plasmodium. Setiap tahun berjuta-juta kes dicatatkan, dengan ratusan ribu kematian. Laporan Malaria Dunia 2024 menunjukkan bahawa pada tahun 2023, dianggarkan terdapat 263 juta kes baharu malaria dengan kira-kira 597,000 kematian di seluruh dunia (WHO, 2024). Angka ini memperlihatkan peningkatan besar dalam jumlah kes berbanding tahun 2022, namun jumlah kematian kekal hampir sama seperti tahun sebelumnya. Walaupun ubat malaria moden seperti klorokuina dan artemisinin telah menyelamatkan banyak nyawa, cabaran baharu muncul apabila parasit mula menunjukkan tanda-tanda kebal terhadap ubat-ubatan tersebut. Lebih membimbangkan, dalam kes tertentu, kematian pesakit bukan semata-mata disebabkan oleh parasit, tetapi kerana sistem imun mereka bertindak balas secara berlebihan lalu mencetuskan keadaan berbahaya yang dikenali sebagai ‘ribut sitokin’ (cytokine storm).

‘Ribut sitokin’ berlaku apabila tubuh menghasilkan terlalu banyak bahan kimia keradangan yang dikenali sebagai sitokin. Pada asalnya, sitokin berfungsi melawan jangkitan. Namun, jika jumlahnya tidak terkawal, ia boleh menyebabkan kerosakan pada organ penting seperti otak, hati, dan buah pinggang. Inilah yang menjadikan malaria teruk dan malaria serebrum sangat berbahaya, malah sering membawa maut. Oleh itu, para penyelidik kini mula memberi perhatian bukan sahaja kepada ubat yang boleh membunuh parasit, tetapi juga kepada rawatan yang mampu menyeimbangkan tindak balas imun badan agar tidak memudaratkan pesakit sendiri.

Dalam usaha pencarian ubat baharu, satu bahan semula jadi telah menarik perhatian dunia sains, iaitu quercetin. Quercetin ialah sejenis flavonoid, sebatian semula jadi yang banyak ditemui dalam buah-buahan, sayuran dan pokok herba seperti sambung nyawa. Selama ini, quercetin dikenali kerana sifat antioksidan dan anti-radang yang baik untuk kesihatan jantung serta pencegahan kanser. Namun, kajian terkini yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati quercetin juga mempunyai potensi besar sebagai rawatan tambahan untuk malaria. Penemuan ini menunjukkan bahawa sumber makanan harian kita mungkin menyimpan kuasa untuk membantu melawan salah satu penyakit paling purba di dunia.

Kajian tersebut menunjukkan bahawa quercetin mempunyai dua peranan penting dalam melawan malaria (Ali et al. 2021). Pertama, sebatian ini boleh menghalang pertumbuhan parasit dalam darah, walaupun tidak sekuat ubat konvensional. Kedua, dan yang lebih unik, quercetin mampu mengawal tindak balas imun dengan cara mengurangkan sitokin berbahaya seperti TNF-α dan IFN-γ, sambil meningkatkan sitokin anti-inflamasi seperti IL-10 dan IL-4. Keseimbangan ini membantu tubuh melawan jangkitan tanpa merosakkan tisu dan organ sendiri. Mekanisme ini berlaku kerana quercetin mampu menyekat aktiviti enzim tertentu yang dikenali sebagai glikogen sintase kinase-3 beta (GSK3β), iaitu sejenis enzim yang mengawal pengeluaran sitokin. Apabila enzim ini dihalang, sistem imun menjadi lebih terkawal dan risiko kerosakan akibat keradangan berlebihan dapat dikurangkan.

Rajah 2: Quercetin daripada pokok Sambung Nyawa diuji pada tikus makmal.

Hasil ujian ke atas tikus makmal yang dijangkiti malaria sangat meyakinkan. Tikus yang diberi rawatan quercetin menunjukkan penurunan parasit dalam darah sehingga lebih 60 peratus, dan masa hidup tikus lebih panjang berbanding tikus yang tidak dirawat. Lebih menarik, molekul quercetin juga didapati boleh melepasi halangan semula jadi otak yang dikenali sebagai penghalang darah-otak (blood-brain barrier). Halangan ini biasanya menyukarkan ubat-ubatan masuk ke otak, tetapi keupayaan quercetin melepasinya menjadikan quercetin berpotensi besar sebagai pelindung dalam kes malaria serebrum yang menyerang otak pesakit.

Berbanding dengan ubat malaria biasa, quercetin mempunyai kelebihan istimewa kerana ia bertindak dua hala. Ubat seperti klorokuina memang sangat berkesan membunuh parasit, tetapi kesannya terhadap sistem imun agak terhad. Quercetin sebaliknya bukan sahaja membantu mengurangkan bilangan parasit, tetapi juga mengawal ribut sitokin yang berbahaya. Inilah sebabnya para penyelidik percaya quercetin berpotensi digunakan sebagai rawatan tambahan bersama ubat sedia ada. Gabungan ini mungkin mampu meningkatkan keberkesanan rawatan malaria sambil mengurangkan komplikasi teruk yang sering mengancam nyawa pesakit.

Apa yang membuatkan penemuan ini lebih bermanfaat ialah hakikat bahawa quercetin boleh diperoleh daripada tumbuhan herba seperti pokok sambung nyawa, sayur-sayuran dan buah-buahan yang kita makan seharian. Walaupun kuantiti quercetin dalam makanan tidak setinggi dos yang digunakan dalam kajian makmal, pengambilan berterusan melalui diet tetap memberi kesan positif terhadap kesihatan. Ia mengingatkan kita bahawa alam semula jadi masih menyimpan banyak rahsia yang boleh menjadi jawapan kepada cabaran perubatan moden. Walaupun begitu, para penyelidik menekankan bahawa masih banyak kajian perlu dilakukan sebelum quercetin boleh digunakan secara rasmi sebagai rawatan malaria pada manusia. Kajian klinikal berskala besar perlu dijalankan untuk memastikan keberkesanan dan keselamatannya dalam keadaan sebenar. Buat masa ini, penemuan ini memberikan harapan baharu bahawa rawatan malaria di masa depan bukan sahaja tertumpu kepada membunuh parasit, tetapi juga menyeimbangkan sistem imun agar pesakit lebih terlindung daripada komplikasi maut.

Kesimpulannya, pokok sambung nyawa yang sebelum ini hanya dianggap sebagai antioksidan ternyata mempunyai potensi besar dalam rawatan malaria. Dengan kemampuan menurunkan parasit dan pada masa yang sama mengawal ribut sitokin, ia mewakili pendekatan baharu yang lebih menyeluruh. Penemuan ini juga membuktikan bahawa sumber semula jadi masih relevan dalam dunia sains moden.


Rujukan

Ali, A.H., Sudi, S., Shi-Jing, N., Hassan, W.R.M., Basir, R., Agustar, H.K., Embi, N., Sidek, H.M. and Latip, J., 2021. Dual anti-malarial and GSK3β-mediated cytokine-modulating activities of quercetin are requisite of its potential as a plant-derived therapeutic in malaria. Pharmaceuticals, 14(3), 248. https://doi.org/10.3390/ph14030248

Alharbi, H.O.A., Alshebremi, M., Babiker, A.Y., Rahmani, A.H. 2025. The Role of Quercetin, a Flavonoid in the Management of Pathogenesis Through Regulation of Oxidative Stress, Inflammation, and Biological Activities. Biomolecules, 15, 151. https://doi.org/10.3390/biom15010151

WHO, 2024. World Health Organisation, World Malaria Report. https://

www.who.int/teams/global-malaria-programme/reports/world-malariareport-2024

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Amatul Hamizah AliAntioksidanFakulti Sains dan TeknologiGynura procumbensJabatan Sains KimiaJalifah LatipKhasiat QuercetinmalariaPokok Sambung Nyawarawatan tumbuhan herbasains modenTumbuhan Herbaubatan herbaUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Mengapa Gigi Berubah Warna? Sains di Sebalik Perubahan Warna Gigi dan Cara Menguruskannya

Next Post

Tangga Ikan: Membantu Ikan Melintasi Halangan Buatan Manusia

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

4 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

4 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

4 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

4 days ago
Next Post
Tangga Ikan: Membantu Ikan Melintasi Halangan Buatan Manusia

Tangga Ikan: Membantu Ikan Melintasi Halangan Buatan Manusia

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In