23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, April 16, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Puasa Ramadan dan Diabetes: Apa yang Pesakit Perlu Tahu

Puasa Ramadan dan Diabetes: Apa yang Pesakit Perlu Tahu

Editor by Editor
08/02/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Prof. Madya Dr. Nani Bt Draman  & Prof. Madya Dr. Siti Suhaila bt Mohd Yusoff   

Pensyarah dan Pakar Perubatan Keluarga,
Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia

 

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam. Bagi pesakit diabetes, Ramadan sering menimbulkan dilema sama ada mereka boleh berpuasa dengan selamat, terutamanya bagi individu yang mengambil ubat-ubatan penurun gula atau insulin. Walaupun Islam memberikan keringanan kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan peringkat bahaya untuk tidak berpuasa, kajian menunjukkan bahawa majoriti pesakit diabetes tetap memilih untuk berpuasa atas faktor keagamaan, kepercayaan diri, dan sokongan keluarga, walaubagaimana pun pesakit perlu tahu setiap bilangan hari yang tidak berpuasa perlu di ganti dengan membayar fidyah.

Puasa Ramadan melibatkan tempoh tidak makan dan minum yang panjang dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada paras gula darah, terutamanya jika pesakit tidak membuat persediaan yang mencukupi. Antara risiko utama yang boleh berlaku ialah hipoglisemia (paras gula darah terlalu rendah), hiperglisemia (paras gula darah terlalu tinggi), dehidrasi serta komplikasi akut lain yang boleh menjejaskan kesihatan. Risiko ini lebih tinggi dalam kalangan pesakit yang mengambil insulin atau ubat tertentu yang boleh menurunkan gula darah dengan cepat.

Kawalan Diabetes

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan kepentingan penilaian kesihatan sebelum Ramadan, sebaik-baiknya 6 hingga 8 minggu lebih awal. Penilaian ini membolehkan doktor menilai tahap kawalan diabetes, jenis rawatan yang digunakan, kehadiran komplikasi dan seterusnya mengklasifikasikan risiko pesakit untuk berpuasa. Tidak semua pesakit diabetes mempunyai tahap risiko yang sama. Sesetengah individu boleh berpuasa dengan selamat, manakala yang lain mungkin dinasihatkan untuk tidak berpuasa demi keselamatan diri.

Bagi pesakit yang dibenarkan berpuasa, pelarasan rawatan adalah amat penting. Dalam banyak keadaan, dos dan waktu pengambilan ubat atau insulin perlu diubah suai agar selari dengan waktu sahur dan berbuka. Tujuan utama pelarasan ini adalah untuk mengurangkan risiko penurunan paras gula darah yang berbahaya pada siang hari, serta mengawal kenaikan gula darah selepas berbuka puasa. Secara amnya, ubat antidiabetes oral disarankan untuk diambil semasa berbuka. Bagi insulin pula, pelarasannya bergantung kepada jenis rejimen dan jenis insulin yang digunakan. Lazimnya, dos insulin yang diambil semasa sahur perlu dikurangkan sekitar 25 hingga 50 peratus daripada dos asal, manakala dos insulin semasa berbuka biasanya dikekalkan seperti sebelum berpuasa. Dos insulin sebelum tidur pula disarankan diambil lebih awal dengan pengurangan dos sekitar 15 hingga 30 peratus daripada dos asal. Walau bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya tidak mengubah dos ubat atau insulin sendiri tanpa mendapatkan nasihat dan pemantauan daripada doktor.

Salah Faham Masyarakat

Salah satu kefahaman yang salah tetapi  masih wujud dalam kalangan masyarakat ialah anggapan bahawa memeriksa paras gula darah akan membatalkan puasa. Hakikatnya, pemeriksaan gula darah melalui cucukan jari tidak membatalkan puasa dan sangat penting untuk keselamatan pesakit diabetes. Pemantauan gula darah secara berkala membolehkan pesakit mengesan masalah lebih awal dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Pesakit disarankan sekurang kurangnya memeriksa paras gula darah sebelum sahur, sebelum berbuka, dan pada bila-bila masa sekiranya mengalami simptom seperti pening, berpeluh sejuk, lemah, berdebar-debar atau kekeliruan.

Pesakit juga perlu memahami bahawa terdapat keadaan tertentu yang mewajibkan puasa dibatalkan. Antaranya ialah apabila paras gula darah menjadi terlalu rendah iaitu bacann kurang dari 3.9 mmol/L atau terlalu tinggi iaitu bacaan melebihi 16.6 mmol/L, atau apabila pesakit mengalami simptom yang boleh membahayakan diri. Membatalkan puasa dalam situasi ini bukanlah satu kesalahan, sebaliknya selari dengan prinsip menjaga nyawa dan kesihatan yang dituntut dalam Islam.

Aspek pemakanan turut memainkan peranan penting dalam pengurusan diabetes semasa Ramadan. Pesakit digalakkan mengambil makanan yang seimbang semasa sahur dan berbuka, dengan pengambilan karbohidrat kompleks, protein tanpa lemak serta sayur-sayuran. Makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula serta bergoreng secara berlebihan perlu dielakkan. Pengambilan air yang mencukupi antara waktu berbuka hingga sahur juga penting bagi mencegah dehidrasi. Pesakit perlu berhati-hati semasa perayaan Aidilfitri kerana pengambilan makanan manis secara berlebihan boleh menyebabkan lonjakan gula darah secara mendadak.

Kesimpulannya, pesakit diabetes boleh berpuasa dengan selamat sekiranya mendapat penilaian awal, pendidikan yang betul dan pemantauan berterusan. Ramadan seharusnya menjadi bulan untuk meningkatkan ibadah dan kesihatan, bukan menjejaskan kesejahteraan diri. Pesakit diabetes disarankan berbincang dengan doktor atau pasukan kesihatan sebelum Ramadan bagi merancang rawatan yang sesuai. Dengan perancangan yang rapi dan pematuhan kepada nasihat perubatan, ibadah puasa dapat dijalani dengan lebih selamat dan bermakna.

 

Tags: amalan puasadiabetesInsulinKementerian Kesihatan Malaysiakencing manisNani binti DramanPakar Perubatan KeluargaPusat Pengajian Sains PerubatanRamadan dan diabetesSiti Suhaila bt Mohd Yusofftips puasa diabetesUniversiti Sains Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Statistik sebagai Teras Analisis Saintifik dalam Dunia Moden

Next Post

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

Editor

Editor

Related Posts

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden
Berita & Peristiwa

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden

11 hours ago
Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin
Alam Semulajadi

Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin

2 days ago
Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami
Alam Semulajadi

Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami

3 days ago
Pembungkusan Fleksibel: Teknologi di Sebalik Produk Harian
Berita & Peristiwa

Pembungkusan Fleksibel: Teknologi di Sebalik Produk Harian

3 days ago
Next Post
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In