23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, May 19, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Misi Inovasi: Tiada Yang Mustahil Membentuk Generasi Inovatif Melalui Pendekatan STEM Hands-on

Misi Inovasi: Tiada Yang Mustahil Membentuk Generasi Inovatif Melalui Pendekatan STEM Hands-on

Editor by Editor
19/05/2026
in Berita & Peristiwa, Matematik, STEM
0 0
0

Penulis: Khadijah Maulad Bahrol, Mohd Syahir Anwar Hamzah, Dr. Muhamad Helmy Sabtu

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


PARIT RAJA, 16 Mei
– Suasana penuh keterujaan dan semangat eksplorasi jelas terpancar apabila seramai 41 murid Tahun 4 dan 5 dari Sekolah Kebangsaan Bukit Kuari menyertai Program Misi Inovasi: Tiada Yang Mustahil, anjuran 37 pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pembimbing Rakan Sebaya, Seksyen 1, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Bukit Kuari dan Yayasan MR. D.I.Y.

Penganjuran program ini dilaksanakan sebagai usaha memperkukuh pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat sekolah rendah menerusi pendekatan pembelajaran abad ke-21 yang lebih interaktif, kreatif dan berimpak tinggi. Inisiatif ini selari dengan pelaksanaan program STI 1003: 100 Saintis, 100 Sekolah, 100 Hari di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), selain menyokong agenda Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkukuh literasi serta kemahiran STEM dalam kalangan murid sejak usia muda.

Program ini turut menjadi sebahagian daripada inisiatif Sustainable Engagement Project (SEP) yang menekankan pembangunan kepimpinan pelajar dan menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4), iaitu Pendidikan Berkualiti. Melalui pendekatan pembelajaran secara hands-on, murid didedahkan kepada dunia STEM secara lebih dekat menerusi eksperimen praktikal, aktiviti inovatif dan pengalaman pembelajaran eksploratif yang menyeronokkan.

Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Muhamad Helmy bin Sabtu, Ketua Jabatan Kepimpinan, Khidmat Komuniti, Pengucapan Awam dan Kemahiran (JKKPK), Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dan turut dihadiri oleh Tn. Hj. Mohamad Nawawi bin Suib, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Kuari. Kehadiran pihak pengurusan universiti serta pentadbir sekolah mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkasa pendidikan STEM dan melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, kreatif serta berdaya inovasi.

Dalam ucapan perasmian beliau, Dr. Muhamad Helmy menekankan kepentingan memupuk minat terhadap STEM sejak peringkat sekolah rendah agar murid dapat membina asas yang kukuh dalam mata pelajaran sains dan matematik. Menurut beliau, pendedahan awal melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan praktikal mampu meningkatkan keyakinan murid untuk meneroka bidang teknikal, kejuruteraan dan teknologi pada masa hadapan. Beliau turut menyatakan bahawa usaha berterusan seperti ini penting dalam menyokong agenda pembangunan modal insan negara yang berkemahiran tinggi serta bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan era teknologi digital.

Sepanjang program berlangsung, murid berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang menggabungkan elemen sains, kreativiti dan kejuruteraan. Antaranya termasuk pemasangan STEM kit berbentuk beca (rickshaw) tajaan Yayasan MR. D.I.Y. yang menguji kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kritis dan pemahaman asas mekanikal. Aktiviti pembinaan struktur menggunakan cawan kertas pula memperkenalkan konsep keseimbangan, kestabilan dan reka bentuk struktur secara kreatif dan praktikal.

Murid turut mencabar kreativiti mereka melalui aktiviti pembinaan jambatan menggunakan penyedut minuman yang diuji dari aspek kekuatan dan daya tahan binaan, sekali gus memberi pendedahan kepada konsep asas kejuruteraan awam dan pengagihan beban. Selain itu, eksperimen gunung berapi melalui tindak balas kimia berjaya menarik perhatian murid apabila mereka dapat melihat sendiri proses reaksi antara bahan berasid dan beralkali secara langsung. Projek penapisan air menggunakan batu, pasir dan kapas pula membantu murid memahami kepentingan teknologi penapisan air dan aplikasi sains dalam kehidupan harian.

Kesemua aktiviti ini bukan sahaja memperkukuh pemahaman murid terhadap konsep STEM, malah turut membentuk kemahiran berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan bekerjasama dalam kumpulan. Penglibatan fasilitator daripada kalangan pelajar UTHM juga berjaya mewujudkan suasana pembelajaran aktif dan kolaboratif yang lebih santai, mesra dan mudah difahami oleh murid sekolah rendah.

Pengarah program, Syed Putra Malik Al-Idrus Bin Syed Mohd Ridzuan berkata pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman mampu meningkatkan minat dan keyakinan murid terhadap STEM sejak usia muda. Menurut beliau, “Program ini memberi peluang kepada murid untuk meneroka STEM dalam suasana yang menyeronokkan dan interaktif. Mereka bukan sahaja mempelajari teori, malah dapat mengaplikasikan pengetahuan melalui aktiviti secara langsung.”

Sementara itu, penyelaras program, Cik Khadijah Maulad Bahrol berkata murid menunjukkan keterujaan dan penglibatan aktif sepanjang program berlangsung. “Pendekatan hands-on membantu murid memahami konsep STEM dengan lebih mudah dan menyeronokkan. Mereka juga dilihat lebih berani mencuba, bekerjasama dalam kumpulan serta aktif berkongsi idea sepanjang aktiviti dijalankan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa kejayaan program banyak didorong oleh kerjasama strategik pelbagai pihak termasuk pihak sekolah, komuniti dan sektor industri. “Sokongan yang diberikan membuktikan bahawa pendidikan STEM memerlukan penglibatan menyeluruh bagi melahirkan generasi yang kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa depan,” tambah beliau.

Dalam usaha memperkasakan pembelajaran STEM secara berterusan, Yayasan MR. D.I.Y. turut menyumbangkan sebanyak 200 STEM kit untuk kegunaan program dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Program ini juga menerima sumbangan daripada AIJ Enterprise, Jaas Iron Work and Renovation, MZR Construction serta Meraque Gold Enterprise yang membantu menjayakan pelaksanaan program.

Selain memberi manfaat kepada murid sekolah, program ini turut membuka ruang kepada pelajar UTHM untuk mengasah kemahiran kepimpinan, komunikasi dan pengurusan program melalui penglibatan secara langsung bersama komuniti sekolah.

Secara keseluruhannya, Program Misi Inovasi: Tiada Yang Mustahil berjaya mencapai objektif dalam memperkukuh minat murid terhadap STEM serta menyemai budaya pembelajaran kreatif, inovatif dan berorientasikan masa depan dalam kalangan generasi muda.

Biodata Ringkas Penulis:

Khadijah Maulad Bahrol, merupakan pensyarah sambilan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang telah berpengalaman selama 10 tahun. Beliau banyak melibatkan diri dalam program pembangunan belia dan komuniti di sekitar Batu Pahat, Johor .

Mohd Syahir Anwar Hamzah, merupakan pensyarah sambilan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang telah berpengalaman selama 4 tahun. Beliau juga sedang menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah Kejuruteraan Teknologi di institusi yang sama dalam fokus bidang kejuruteraan bahan bioperubatan.

Muhamad Helmy Bin Sabtu, ialah seorang pensyarah kanan di Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), UTHM dan kini menyandang jawatan Ketua Jabatan Kepimpinan, Khidmat Komuniti, Pengucapan Awam dan Kemahiran. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik dengan minat penyelidikan yang tertumpu kepada politik Islam, pilihan raya serta kajian komuniti terpinggir. Di samping aktif dalam bidang akademik dan penyelidikan, beliau juga banyak melibatkan diri dalam program pembangunan komuniti serta pemerkasaan kepimpinan pelajar.

Foto Sekitar Program Berlangsung

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: AIaktiviti STEMartificial intelligenceberita STEM IPTJabatan KepimpinanKecerdasan BuatanKhadijah Maulad BahrolKhidmat KomunitiMatlamat Pembangunan Mampan (SDG 4)Pengucapan Awam dan Kemahiran (JKKPK)Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK)Revolusi Industri 4.0STEM Yayasan MRDIYSustainable Engagement Project (SEP)Universiti Tun Hussein Onn MalaysiaUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)UTHM
ShareTweetShare
Previous Post

Adakah Oklusi Gigi Orang Asli Sama Dengan Kita? Menyingkap Rahsia Evolusi, dan Transisi

Editor

Editor

Related Posts

Adakah Oklusi Gigi Orang Asli Sama Dengan Kita?  Menyingkap Rahsia Evolusi, dan Transisi
Berita & Peristiwa

Adakah Oklusi Gigi Orang Asli Sama Dengan Kita? Menyingkap Rahsia Evolusi, dan Transisi

19 hours ago
Penaakulan Sebab-Musabab: Enjin Teknologi Pintar Masa Hadapan
Berita & Peristiwa

Penaakulan Sebab-Musabab: Enjin Teknologi Pintar Masa Hadapan

1 day ago
Memupuk Minat STEM UiTM Bukit Besi Terengganu dan Yayasan Mr. D.I.Y. Santuni Komuniti Bukit Besi
Alam Semulajadi

Memupuk Minat STEM UiTM Bukit Besi Terengganu dan Yayasan Mr. D.I.Y. Santuni Komuniti Bukit Besi

2 days ago
Tuberkulosis di Sekolah: Isyarat Awal yang Tidak Boleh Kita Abaikan
Berita & Peristiwa

Tuberkulosis di Sekolah: Isyarat Awal yang Tidak Boleh Kita Abaikan

3 days ago

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In