23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 14, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Adakah Oklusi Gigi Orang Asli Sama Dengan Kita? Menyingkap Rahsia Evolusi, dan Transisi

Adakah Oklusi Gigi Orang Asli Sama Dengan Kita? Menyingkap Rahsia Evolusi, dan Transisi

Editor by Editor
18/05/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Prof. Dr. Rozita Hassan1, Prof. Dr. Rahimah Kadir2 dan Nur Afiqah Binti Ab Rauf3
1Pensyarah Pergigian dan Pakar Ortodontik, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia
2Pensyarah Pergigian dan Pakar Pergigian Masyarakat, Jabatan Sinergi Penyelidikan, Universiti Malaya
3Pembantu Penyelidik, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia

 

Dari segi anatomi, struktur asas gigi manusia adalah konsisten merentas semua etnik; gigi kita mempunyai lapisan enamel, dentin, dan pulpa. Walau bagaimanapun, hubungan antara gigi dan rahang (oklusi) menceritakan kisah yang berbeza.

Orang Asli merupakan penduduk terawal di Semenanjung Malaysia yang dipercayai tiba seawal 2,500 SM. Mereka secara tradisinya dikategorikan kepada tiga kumpulan utama yang mempunyai identiti unik dari segi geografi dan fizikal:

i- Semang (Negrito): Dipercayai sebagai penghuni terawal berdasarkan penemuan alatan zaman batu yang bertarikh 10,000 SM. Kini mereka masih mengamalkan hidup nomad dan mereka berpindah mengikut musim buah-buahan dalam kumpulan kecil (10-60 orang) dan menggunakan perlindungan semula jadi seperti gua atau pokok besar sebagai tempat tinggal.

ii- Senoi: Kumpulan kedua yang dianggarkan tiba antara 6,500 hingga 4,000 SM yang menetap di lereng bukit Banjaran Titiwangsa (Perak, Kelantan, dan Pahang) pada ketinggian 4,000 hingga 7,000 kaki dari aras laut. Penempatan mereka lebih stabil dengan populasi antara 50 hingga 200 orang yang tinggal di rumah panjang atau unit kediaman keluarga.

iii-Proto-Malay (Melayu Proto): Tiba sekitar 2,500 SM dari Kepulauan Indonesia dan Pasifik Sunda. Menetap di bahagian selatan Semenanjung seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor. Penempatan mereka lazimnya terletak berhampiran perkampungan tradisi Melayu dan setiap keluarga nuklear biasanya memiliki pegangan ladang sendiri.

Dari segi pemakanan, secara tradisinya mereka bergantung kepada hasil hutan, aktiviti memburu, dan pertanian pindah. Ubi kayu merupakan sumber karbohidrat utama, manakala protein diperoleh daripada ikan dan haiwan buruan seperti rusa atau babi hutan, yang secara keseluruhannya membekalkan nutrisi berkualiti tinggi.

Gambar rajah 1 menunjukkan Taburan Orang Asli mengikut penempatan.

Ciri-Ciri Fizikal

i- Proto-Malay (Melayu Proto):Mempunyai penampilan yang menyerupai orang Melayu biasa dengan bentuk kepala yang bulat dan rambut lurus. Warna kulit mereka merangkumi coklat cerah hingga coklat gelap serta memiliki raut wajah ‘Polynesian’.

ii- Semang (Negrito):Berbadan kecil dengan ketinggian sekitar lima kaki atau kurang. Ciri fizikal mereka termasuklah kulit berwarna gangsa gelap hingga hitam, hidung yang luas, mata bulat, tulang pipi rendah, serta rambut keriting halus.

iii- Senoi:Mempunyai warna kulit yang lebih cerah berbanding Negrito, berambut beralun, dan memiliki rupa paras Mongoloid dengan tulang pipi yang jelas. Tubuh mereka secara umumnya lebih besar, kuat, dan berotot berbanding kumpulan Negrito.

Fakta Oklusi gigi Orang Asli  

i – Ketidakteraturan gigi/maloklusi dan kesesakan gigi bagi suku kaum Proto Malay adalah tinggi jika dibandingkan dengan suku kaum Senoi dan Semang. Penemuan ini sebenarnya mengejutkan para pengkaji kerana ia bercanggah dengan laporan terdahulu yang menyatakan bahawa masyarakat nomad atau yang belum melalui proses pemodenan sepatutnya memiliki oklusi anatomi yang baik.

ii – Senoi: Suku Senoi menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi terhadap masalah posterior openbite (gigi belakang tidak bertemu) dan crossbite (gigitan silang), terutamanya dalam kalangan remaja.

iii – Semang (Negrito): Suku ini pula muncul sebagai kumpulan dengan susunan gigi yang paling teratur (paling tinggi peratusan ideal alignment) dan paling kurang mengalami masalah kesesakan gigi.

Mengapa Perbezaan Ini Berlaku?

Faktor yang menentukan rupa bentuk susunan gigi ini bukanlah genetik semata-mata, tetapi lebih kepada transisi sosio-ekonomi dan perubahan dalam fungsi pengunyahan.

i- Diet Tradisional vs. Diet Moden: Suku Proto Malay secara tradisinya tinggal berdekatan dengan perkampungan Melayu, memudahkan mereka mengakses makanan moden yang diproses seperti beras, tepung, garam, dan gula. Makanan moden yang lebih lembut ini mengurangkan stres pengunyahan (masticatory stress), menyebabkan rahang kurang dirangsang untuk berkembang dengan luas bagi menampung saiz gigi yang erupt lalu mengakibatkan kesesakan gigi (crowding).

ii- Kerosakan Gigi (Karies): Masalah kesesakan gigi yang tinggi dalam kalangan remaja Orang Asli juga dikaitkan dengan kerosakan gigi (karies) yang serius. Kehilangan awal gigi susu akibat karies menyebabkan gigi kekal “berhijrah” ke ruang yang salah, mengakibatkan susunan gigi menjadi sesak apabila dewasa.

iii- Gaya Hidup Nomad Suku Semang: Berbeza dengan Proto Malay, suku Semang yang masih mengamalkan gaya hidup berpindah-randah di dalam hutan lebih bergantung kepada hasil hutan. Makanan yang keras dan mencabar memerlukan daya kunyahan yang lebih kuat, sekali gus membantu pembentukan rahang yang lebih luas dan susunan gigi yang lebih teratur secara semula jadi. Ini juga telah menyebabkan gigi mereka haus.

iv- Kesesakan gigi didapati lebih ketara dalam kalangan remaja suku kaum Proto Malay, dipercayai akibat kehilangan awal gigi susu kerana karies yang tidak dirawat. Kehilangan gigi susu lebih awal menyebabkan gigi geraham kekal bergerak ke hadapan dan menutup ruang untuk gigi lain tumbuh dengan baik.

v- Majoriti Orang Asli mempunyai overbite dan overjet yang normal. Walau bagaimanapun, masalah deep bite lebih kerap dilihat dalam kalangan suku Semang. Hal ini mungkin disebabkan oleh kehausan gigi atau faktor pertumbuhan kraniofasial yang unik dalam komuniti tersebut.

Makloklusi/Ketidakaturan Gigi

Gambarajah : Imej Janaan Gemini

Kesimpulan

Kajian ini menunjukkan bahawa perubahan sosio-ekonomi dan diet dalam masyarakat Orang Asli memberi kesan langsung terhadap morfologi pergigian mereka. Prevalens ketidakteraturan gigi yang tinggi membuktikan keperluan intervensi kesihatan mulut yang lebih menyeluruh. Data oklusi yang diperoleh juga dapat dijadikan asas penting oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam merancang strategi kesihatan awam yang lebih efektif dan inklusif.

Kredit foto utama-mydent

Rujukan

  1. Bulbeck, D. and Abdul Kadir, R. (1999). Brief summary (Preliminary Report) of research findings; Study into Malay Peninsula Aborigines’ dental differentiation; and the Orang Asli project. Report to the Prime Minister’s Department, Malaysia (unpublished).
  2. Carey, I. (1976). Orang Asli: The Aboriginal Tribes of Peninsular Malaysia, Kuala Lumpur: Oxford University Press.
  1. Abdul Kadir, R. (1992). Dental Health Status of the Orang Asli School Children in Selangor: An Epidemiological study. Department of Community Dentistry, Faculty of Dentistry, University of Malaya.
  1. Little, R.M. (1975). Irregularity Index: A Quantitative score of mandibular anterior alignment. J. Orthod. Dentofacial Orthop.68(5): 554-563.
  2. Rozita Hassan(2003). The occlusal traits of selected groups of Orang Asli in Peninsular Malaysia.  University of Malaya.

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Jabatan Sinergi Penyelidikankaries gigikehausan gigiketidakaturan gigikraniofasialmaloklus gigiOklusi GigiPusat Pengajian Sains PergigianRozita HassanUniversiti MalayaUniversiti Sains Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Penaakulan Sebab-Musabab: Enjin Teknologi Pintar Masa Hadapan

Next Post

Misi Inovasi: Tiada Yang Mustahil Membentuk Generasi Inovatif Melalui Pendekatan STEM Hands-on

Editor

Editor

Related Posts

Kemunculan 7-Hidroksimitraginin (7-OH) sebagai Ancaman Baharu Dadah Sintetik Berasaskan Ketum: Potensi Risiko kepada Malaysia
Alam Semulajadi

Kemunculan 7-Hidroksimitraginin (7-OH) sebagai Ancaman Baharu Dadah Sintetik Berasaskan Ketum: Potensi Risiko kepada Malaysia

3 days ago
Teknologi Nuklear, Ekonomi Kitaran dan Agenda bagi Pengurusan Unsur Nadir Bumi di Malaysia
Alam Semulajadi

Teknologi Nuklear, Ekonomi Kitaran dan Agenda bagi Pengurusan Unsur Nadir Bumi di Malaysia

3 days ago
Pokok Patah Tulang: Si Pemanjat Empat Segi dengan Khasiat Luar Biasa
Alam Semulajadi

Pokok Patah Tulang: Si Pemanjat Empat Segi dengan Khasiat Luar Biasa

4 days ago
Aspirasi SDG 7: Mahasiswa UTHM dan Politeknik Teroka Tenaga Mampan Melalui Pembelajaran Interaktif
Berita & Peristiwa

Aspirasi SDG 7: Mahasiswa UTHM dan Politeknik Teroka Tenaga Mampan Melalui Pembelajaran Interaktif

4 days ago
Next Post
Misi Inovasi: Tiada Yang Mustahil Membentuk Generasi Inovatif Melalui Pendekatan STEM Hands-on

Misi Inovasi: Tiada Yang Mustahil Membentuk Generasi Inovatif Melalui Pendekatan STEM Hands-on

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In