23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, June 8, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Menafsir Ulek Mayang Melalui Sains

Menafsir Ulek Mayang Melalui Sains

Editor by Editor
07/06/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Prof. Madya Dr. Fatin Izzati Minhat1,2

1Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu
2Centre for Ocean Governance (COG), Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu

 

“Ulek mayang ku ulek,
Ulek dengan jala jemala…”

Bagi sesetengah orang, lirik di atas adalah sekadar dendangan lagu warisan. Namun bagi masyarakat pesisir pantai Terengganu, lagu itu membawa makna yang jauh lebih mendalam tentang laut dan tentang kepercayaan masyarakat yang hidup bergantung kepada ombak dan angin. Lagu Ulek Mayang adalah hasil gubahan oleh Tuan Haji Mazlan Embong dan Shamsuddin Din pada tahun 1960-an, tetapi legenda dan ritual yang menjadi sumbernya telah wujud sejak berabad-abad yang lalu.

Sejak dahulu, masyarakat Terengganu dikenali sebagai orang laut. Kehidupan mereka sangat dekat dengan laut. Laut dilihat sebagai sumber rezeki, laluan perdagangan, malah ruang yang membentuk budaya dan cara berfikir. Dalam dunia sebelum teknologi, masyarakat tradisional Terengganu memahami laut melalui pengalaman, pemerhatian alam, cerita rakyat dan dendangan lagu turun-temurun.

Di sinilah cerita rakyat (folklore) dan lagu tradisional memainkan peranan yang besar. Warisan ini bukan sekadar hiburan, tetapi menjadi arkib hidup yang menyimpan pengetahuan masyarakat lampau. Melalui lirik, pantun dan hikayat, masyarakat Melayu pesisir menyampaikan amaran tentang musim tengkujuh, bahaya laut, dan nilai sumber hidupan laut kepada generasi seterusnya.

Di Malaysia, kita lebih sinonim dengan kisah rakyat dan hikayat, Puteri Gunung Ledang dan Puteri Santubung yang menceritakan legenda di sekitar kawasan pergunungan. Namun, di Terengganu, sebagai masyarakat laut, masyarakat tradisional di sini dipenuhi cerita rakyat yang menjadikan laut sebagai sumber inspirasi.

Legenda Ulek Mayang misalnya dipercayai berasal daripada kisah nelayan yang hilang semangat selepas dilanda ribut di laut. Dalam kepercayaan masyarakat dahulu, laut bukan sekadar ruang fizikal, tetapi alam yang dihuni makhluk ghaib dan kuasa yang tidak dapat dijelaskan secara logik. Ritual dan nyanyian menjadi cara masyarakat berunding dengan alam yang penuh misteri itu.

Walaupun hari ini masyarakat moden mungkin melihat cerita tersebut sebagai mitos, ahli antropologi dan pengkaji budaya melihatnya dari sudut yang berbeza. Cerita-cerita ini sebenarnya mencerminkan bagaimana manusia tradisional memahami perubahan alam sekitar. Ketakutan terhadap penunggu laut boleh ditafsirkan sebagai simbol kepada bahaya ombak besar, kejadian ribut monsun atau kehilangan nelayan di tengah laut yang sukar dijelaskan pada zaman itu.

Jika dikupas Ulek Mayang sebenarnya menyimpan lebih daripada sekadar kisah mistik. Dalam masyarakat moden hari ini, keadaan nelayan yang hilang semangat selepas lemas di laut mungkin boleh dijelaskan melalui sains perubatan. Keadaan yang dikenali sebagai shallow water blackout atau hipoksia berlaku apabila otak kekurangan oksigen akibat lemas. Kebanyakan pesakit akan hilang kesedaran dalam masa 2 minit selepas lemas, dan kecederaan otak yang tidak boleh dipulihkan biasanya berlaku dalam masa 4 hingga 6 minit. Mangsa boleh ditemui masih hidup tetapi tidak sedarkan diri dalam keadaan yang sangat lama. Bagi masyarakat nelayan tradisional yang tidak mempunyai pengetahuan perubatan moden, keadaan ini mungkin dilihat seolah-olah semangatnya yang dibawa lari oleh laut.

Menariknya, dalam lirik Ulek Mayang, hanya puteri bernombor genap iaitu Puteri Dua, Puteri Empat dan Puteri Enam yang muncul terlebih dahulu sebelum kemunculan Puteri Tujuh sebagai penyelamat terakhir. Adakah susunan ini sekadar unsur penceritaan, atau sebenarnya mempunyai makna simbolik yang lebih mendalam?

Masyarakat Melayu lama sering menyampaikan ilmu dan nasihat melalui bahasa kiasan menggunakan simbol alam. Pengetahuan tradisional ini merupakan hasil pemerhatian masyarakat pesisir sejak zaman berzaman sebelum munculya teknologi canggih dan ilmu sains. Sebagai contoh dalam sains oseanografi, angka dan pola ombak mempunyai makna penting yang boleh meramal keadaan laut.  Sejak zaman dahulu pelaut dan nelayan Melayu mengetahui bahawa ombak sering datang dalam kumpulan tertentu. Dalam tradisi Masyarakat pesisir, kehadiran swell (gelombang panjang) di tengah lautan dikenali mengikut bilangan ombak tiga beradik, lima beradik dan tujuh beradik. Secara saintifiknya, di perairan cetek gelombang ombak berlaku dalam pola kumpulan ganjil iaitu 3, 5, 7 dan seterusnya,  dengan kumpulan tiga menjadi yang paling kerap berlaku berbanding yang lain.

Mungkin kerana itulah, Puteri Tiga, Lima dan Tujuh dalam legenda dianggap lebih kuat atau lebih tinggi kedudukannya. Puteri-puteri ini boleh ditafsirkan sebagai lambang kekuatan laut yang datang secara berperingkat, daripada ombak kecil sehinggalah gelombang besar yang menentukan hidup dan mati nelayan di tengah lautan.

Jika diteliti dari sudut ini, Ulek Mayang bukan sekadar lagu pemujaan atau cerita mistik. Ia mungkin merupakan bahasa simbolik masyarakat pesisir Terengganu untuk menerangkan pengalaman mereka terhadap laut,  ribut dan fenomena alam yang sukar dijelaskan dengan ilmu sains pada zaman tersebut.

Pada abad ke-21 ini, pengetahuan tradisional tentang laut, ombak dan monsun yang suatu ketika dahulu menjadi nadi kehidupan harian masyarakat pesisir semakin hilang ditelan zaman. Hakikatnya, masyarakat dahulu telah lama menjadi citizen scientist sebelum dunia moden memperkenalkan istilah tersebut. Mereka memerhati perubahan angin, memahami musim, membaca gerak ombak dan mentafsir tanda-tanda alam melalui pengalaman yang diwariskan turun-temurun dalam bentuk lagu, cerita rakyat dan pantang larang.

Hari ini, dunia mula menyedari semula kepentingan ilmu tradisional dalam memahami lautan. Melalui Ocean Decade for Sustainable Development (2021–2030), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) menekankan kepentingan literasi lautan sebagai usaha untuk membolehkan masyarakat memahami hubungan manusia dengan laut serta menghargai peranan laut terhadap kehidupan manusia dan bumi.

Dalam konteks ini, cerita rakyat seperti Ulek Mayang sebenarnya mempunyai nilai yang jauh lebih besar daripada sekadar warisan budaya. Ia ialah sebahagian daripada memori kolektif masyarakat maritim Melayu yang menyimpan pemerhatian tentang keselamatan laut, perubahan cuaca, ombak dan hubungan manusia dengan alam sekitar.

Sebagai saintis yang mengkaji laut, pengetahuan tradisional ini tidak seharusnya dipinggirkan hanya kerana ia disampaikan melalui mitos dan kiasan. Sebaliknya, ia boleh menjadi jambatan antara sains moden dan pengalaman masyarakat tempatan dalam memahami lautan. Barangkali di sebalik dendangan ulek mayangku ulek, tersembunyi cara masyarakat lama mendidik generasi mereka untuk menghormati laut, satu bentuk literasi lautan yang telah wujud lama sebelum istilah itu diperkenalkan oleh dunia moden.

#LiterasiLautanUntukSemua

*Artikel ini diterbitkan atas inisiatif dan tajaan ‘OceanHOPE Project’ dari Universiti Malaysia Terengganu bagi meningkatkan tahap literasi lautan kepada orang ramai bersempena sambutan 25 Tahun UMT: Menerajui Agenda Ekonomi Biru Negara. Sila layari https://oceanhope.umt.edu.my/ untuk maklumat lanjut.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Centre for Ocean Governance (COG)Fakulti Sains dan Sekitaran MarinFatin Izzati Minhathallow water blackoutInstitut Oseanografi dan Sekitaranliterasilautanuntuksemuaombakulek mayangUMTUniversiti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Pemanasan Laut dan Masa Depan Ekonomi Perikanan Negara

Editor

Editor

Related Posts

Pemanasan Laut dan Masa Depan Ekonomi Perikanan Negara
Alam Semulajadi

Pemanasan Laut dan Masa Depan Ekonomi Perikanan Negara

3 hours ago
Ancaman Logam Berat dalam Rantaian Makanan: Bagaimana Bahan Pencemar Terkumpul dalam Tubuh Ikan?
Alam Semulajadi

Ancaman Logam Berat dalam Rantaian Makanan: Bagaimana Bahan Pencemar Terkumpul dalam Tubuh Ikan?

17 hours ago
Kelestarian Nadir Bumi: Menggali Khazanah Peranti Melalui Perlombongan Bandar
Alam Semulajadi

Kelestarian Nadir Bumi: Menggali Khazanah Peranti Melalui Perlombongan Bandar

18 hours ago
Teknologi, Kecerdasan Buatan (AI) dan Krisis Tumpuan
Berita & Peristiwa

Teknologi, Kecerdasan Buatan (AI) dan Krisis Tumpuan

3 days ago

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In