23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, August 4, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sinergi Bioteknologi Makanan USIM-AEON Delicatessen Malaysia: Pacu Inovasi Pembangunan Makanan Mahasiswa

Sinergi Bioteknologi Makanan USIM-AEON Delicatessen Malaysia: Pacu Inovasi Pembangunan Makanan Mahasiswa

Editor by Editor
04/08/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Syamila binti Mansor1 & Qaisy Qayyum Syahrul Nizam2

1Pensyarah Kanan, Program Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

2 Pelajar Tahun 2, Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membuktikan keupayaannya dalam memperkukuh agenda pembangunan mahasiswa secara holistik menerusi sinergi strategik bersama pihak industri. Langkah pemerkasaan ini dijelmakan menerusi Fakulti Sains dan Teknologi (FST) yang menganjurkan Food Product Development (Launching Day) Competition 2026 bertemakan “Chill Deli Shelf-Life Extension Project” pada 24 Jun lalu. Pemilihan tema pertandingan pada edisi kali ini dibuat berasaskan perbincangan strategik bersama pihak industri, yang menekankan kepentingan pelanjutan jangka hayat (shelf-life extension) serta jaminan keselamatan produk makanan chill-deli. Penganjuran pertandingan ini menjadi wahana penting dalam membolehkan mahasiswa mengaplikasikan teori sains dari bilik kuliah ke dalam pembangunan produk makanan sebenar berstandard industri, sekali gus merapatkan jurang antara akademia dan sektor pekerjaan.

Pendidikan Bioteknologi Makanan: Mengintegrasi Teori, Inovasi, dan Nilai

Penyertaan daripada tujuh kumpulan mahasiswa Tahun 3 kursus Bioteknologi Makanan telah mempamerkan daya cipta serta potensi pemasaran produk inovasi mereka. Pertandingan ini dikendalikan oleh mahasiswa Tahun 1 dan Tahun 2 dengan penglibatan seramai 37 orang peserta. Menerusi penawaran kursus Pembangunan Produk (SBT3013), mahasiswa jurusan Bioteknologi Makanan didedahkan secara komprehensif kepada ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemprosesan makanan, kawlaan kualiti dan keselamatan makanan, pelabelan, pembungkusan, strategi pemasaran, serta proses komersialisasi produk.

Dalam era pendidikan moden, pengajian bioteknologi makanan tidak terhad kepada teori. Pembelajaran berasaskan projek (Project-Based Learning) melatih mahasiswa menilai aspek formulasi bahan, kestabilan fiziko-kimia, kawalan mutu berasaskan bukti saintifik, dan keselamatan makanan. Selain itu, pendedahan ini berlandaskan pematuhan piawaian Halalan Tayyiban, di mana nilai dan integriti Islam diserapkan secara menyeluruh. Ini memastikan setiap produk bukan sahaja selamat dan bersih, malah memenuhi tuntutan syariat serta etika pengeluaran makanan. Malah, hasil inovasi turut didaftarkan sebagai Rahsia Perdagangan (Trade Secret) yang memenuhi elemen penghasilan output penyelidikan berimpak tinggi.

Kerangka Kerja Pembangunan Produk Makanan

Dalam usaha menterjemahkan formulasi makmal kepada produk berskala komersial, mahasiswa diberikan pendedahan menerusi kitaran Pembangunan Produk Makanan (Food Product Development Workflow) yang berstruktur:

  1. Penjanaan Idea & Analisis Jurang Pasaran (Ideation & Market Gap Analysis)
  2. Formulasi Sains & Pemilihan Bahan (Formulation & Ingredient Optimization)
  3. Penilaian Sensori Ujian Hedonik (Sensory Hedonic Evaluation)
  4. Strategi Perniagaan Menerusi Kanvas Model Perniagaan (Business Model Canvas – BMC): Merangka strategi komersialisasi secara holistik berasaskan 9 blok asas BMC untuk memastikan kebolehlaksanaan pasaran:
    • Tawaran Nilai (Value Proposition): Memformulasikan keunikan produk chill-deli yang selamat, mesra Halalan Toyyiban, berjangka hayat panjang, dan bebas pengawet sintetik.
    • Segmen Pelanggan (Customer Segments): Menyasarkan pengguna urban yang mementingkan kemudahan hidangan pantas (on-the-go) dan berkhasiat.
    • Saluran & Rakan Kongsi Utama (Channels & Key Partners): Memanfaatkan rangkaian gergasi peruncitan seperti AEON Delicatessen sebagai saluran edaran utama serta rakan pembekal bahan mentah yang diiktiraf.
    • Aktiviti & Sumber Utama (Key Activities & Resources): Menggabungkan penyelidikan makmal (R&D), kawalan mutu mikrobiologi, teknologi pembungkusan, dan fasiliti pemprosesan.
  5. Penilaian Pengiraan Kos & Kebolehlaksanaan Komersial (COGS & Scalability Analysis)

Kesedaran Keselamatan Makanan & Sains Pelanjutan Jangka Hayat

Produk kategori ready-to-eat (RTE) yang disimpan pada suhu dingin terdedah kepada risiko pencemaran mikrob pemusnah dan patogen seperti Escherichia coli, Listeria monocytogenes, dan Salmonella. Justeru, kesedaran terhadap jaminan kualiti dan keselamatan makanan menjadi teras utama pengetesan dalam projek ini.

Menerusi pendekatan sains bioteknologi makanan, mahasiswa berupaya mempraktikkan kaedah pengendalian makanan yang baik, teknik pengawetan, pengawalan aktiviti air (), pengubahsuaian tahap keasidan (pH), penggunaan aditif makanan semula jadi, serta penerapan Teknologi Rintangan (Hurdle Technology) dan pembungkusan.

Integrasi Pematuhan Regulatari dan Pembungkusan

Aspek pelabelan dan pembungkusan diselaraskan secara ketat mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Akta Makanan 1983. Mahasiswa diwajibkan mereka bentuk panel maklumat pemakanan (nutrition facts label), penyataan ramuan alahan (allergen declaration), penandaan tarikh luput (shelf-life validity), dan kriteria kebolehkesanan (traceability) bagi menjamin hak serta keselamatan pengguna secara menyeluruh.

Langkah sains ini penting bagi meminimumkan kadar kerosakan oksidatif dan pertumbuhan mikroorganisma tanpa menjejaskan nilai nutrisi mahupun profil deria makanan. Secara tidak langsung, mahasiswa mendapat pendedahan awal terhadap cabaran realiti industri, sekali gus berpeluang mencadangkan solusi inovatif yang memenuhi standard keselamatan makanan nasional dan antarabangsa.

Sinergi Industri Bersama AEON Delicatessen: Memahami Dinamika Pasaran

Bagi memperkukuh jalinan dengan sektor industri, panel juri jemputan, Cik Norjannah binti Ismail, Pengurus Kanan AEON Delicatessen (Bahagian Sokongan Perdagangan, AEON Malaysia), turut berkongsi perspektif kritikal mengenai aspek penting dalam menghasilkan produk yang berdaya saing. Dalam ucapannya, Cik Norjannah mengetengahkan contoh bagaimana persepsi pengguna terhadap telur berubah daripada makanan yang pernah dianggap tidak sihat kepada sumber protein berkhasiat hasil pencerahan penyelidikan saintifik. Beliau menjelaskan bahawa bukti dan data saintifik yang kukuh memainkan peranan penting dalam membina keyakinan pengguna, sekali gus menjadi faktor utama kejayaan pemasaran sesuatu produk.

Menurut beliau, semua kumpulan telah memberikan pembentangan yang sangat baik dan menghasilkan produk yang berpotensi tinggi untuk dipasarkan ke peringkat komersial. Beliau turut menggalakkan mahasiswa untuk terus mengkaji serta memahami dinamika dunia pemasaran, bukan sahaja dengan memenuhi keperluan pasaran sedia ada, malah berani mencipta permintaan baharu (new demand).

Validasi Pasaran & Cadangan Nilai Produk (Value Proposition)

Pembuktian sains perlu disatukan dengan strategi penceritaan nilai (value proposition storytelling). Dalam proses pembangunan produk, fasa validasi pasaran (market validation) adalah kunci untuk menguji sama ada sesuatu inovasi berasaskan makmal mempunyai ketahanan jualan (commercial viability) dan daya tarikan emosi kepada pengguna sasaran.

Sebagai contoh, Cik Norjannah menjelaskan bagaimana produk berasaskan pistachio berjaya menjadi trend global menerusi strategi pemasaran yang berkesan dan penceritaan produk yang tepat, sekali gus membuktikan bahawa sesuatu produk boleh berjaya apabila nilai dan keunikannya disampaikan dengan berkesan kepada pengguna.

Hasil Inovasi Mahasiswa: Gabungan Sains, Nutrisi, dan Cita Rasa

Program ini turut mendapat sambutan daripada warga kampus USIM. Tiga produk telah dipilih sebagai pemenang utama yang menyerlahkan kepelbagaian inovasi dalam memanjangkan jangka hayat produk chill-deli adalah Terituna Yaki Onigiri (Onigiri Tuna Teriyaki), Berrygrape Sando (Blueberry Cream Grape Sando), dan Chikiboom Onigiri BBQ Chicken. Kesemua produk yang dipertandingkan telah melalui analisis kandungan mikrobiologi bagi memastikan Jumlah Bilangan Plat (Total Plate Count – TPC) berada pada paras selamat mengikut piawaian keselamatan. Ujian sensori berasaskan panel pengguna turut mengesahkan kesesuaian cita rasa tempatan dan ketahanan fizikal hidangan.

Melahirkan Modal Insan Berdaya Saing Tinggi

Pencapaian menerusi pertandingan ini bukan sekadar menguji kemahiran teknikal di makmal, malah mencerminkan keberhasilan universiti dalam meningkatkan keyakinan mahasiswa dari aspek komunikasi saintifik, pemasaran, dan penerimaan maklum balas pengguna. Selain memupuk budaya inovasi dan jiwa keusahawanan, penganjuran ini turut membuka ruang kerjasama strategik bersama gergasi peruncitan seperti AEON Malaysia, sekali gus memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengembangkan idea produk mereka ke arah pengkomersialan pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, program ini menjadi manifestasi komitmen Fakulti Sains dan Teknologi dan USIM dalam memperkasakan pembangunan mahasiswa secara seimbang melalui gabungan ilmu sains, nilai agama, kreativiti, dan kemahiran praktikal yang memenuhi kehendak industri moden. Kejayaan ini membuktikan bahawa bidang sains dan bioteknologi makanan mampu terus diangkat sebagai medium inovasi berimpak tinggi apabila diberi ruang, bimbingan, dan platform yang sesuai, sekali gus mengangkat nama universiti dalam melahirkan modal insan berkeupayaan tinggi dan berorientasikan masa hadapan.

Foto sekitar program berlansung

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Sains dan TeknologiProgram Bioteknologi MakananSTEM USIMSyamila binti MansorUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)
ShareTweetShare
Previous Post

Simulasi Komputer: Inovasi Industri Plastik ke Arah Kelestarian Alam Sekitar

Next Post

EVA: Kerangka Statistik untuk Fenonema Luar Jangka

Editor

Editor

Related Posts

EVA: Kerangka Statistik untuk Fenonema Luar Jangka
Berita & Peristiwa

EVA: Kerangka Statistik untuk Fenonema Luar Jangka

2 hours ago
Simulasi Komputer: Inovasi Industri Plastik ke Arah Kelestarian Alam Sekitar
Berita & Peristiwa

Simulasi Komputer: Inovasi Industri Plastik ke Arah Kelestarian Alam Sekitar

22 hours ago
Ikan Guppy: Potensi Agen Kawalan Nyamuk dan Cabaran Spesies Invasif
Alam Semulajadi

Ikan Guppy: Potensi Agen Kawalan Nyamuk dan Cabaran Spesies Invasif

1 day ago
Sains di Sebalik ‘Ice Bath’: Membantu Atlet atau Sekadar Trend?
Berita & Peristiwa

Sains di Sebalik ‘Ice Bath’: Membantu Atlet atau Sekadar Trend?

2 days ago
Next Post
EVA: Kerangka Statistik untuk Fenonema Luar Jangka

EVA: Kerangka Statistik untuk Fenonema Luar Jangka

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In