Wednesday, November 25, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Menyulam Warisan dan Psikologi Melalui Kebaya Selangor

Menyulam Warisan dan Psikologi Melalui Kebaya Selangor

Editor by Editor
18/10/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Junita Abdul Kadir1& Dr. Fitri Fareez Ramli2
1Pelajar Perubatan Tahun 4, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2Pensyarah Perubatan, Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan warisan budaya. Namun begitu, arus kemodenan yang semakin pesat berpotensi untuk menghakis kewujudan pakaian tradisional sebagai satu simbol identiti dan kebanggaan masyarakat.

Kebaya Selangor merupakan antara busana tradisional wanita yang kini semakin kurang dikenali oleh generasi muda. Di sebalik keanggunan rekaannya, busana ini turut membawa nilai sejarah, simbolisme dan budaya yang mencerminkan identiti masyarakat pada zaman kegemilangannya.

Menariknya, pakaian bukanlah hanya berfungsi sebagai pelindung tubuh. Dari sudut psikologi, pakaian berpotensi dalam mempengaruhi cara kita melihat diri sendiri, berfikir dan berinteraksi dengan persekitaran.

Justeru itu, memahami Kebaya Selangor bukan sahaja dapat membawa kita menelusuri sejarah sesebuah busana tradisional, malah membuka ruang untuk memahami hubungan antara pakaian, identiti budaya dan psikologi manusia.

Asal-usul Kebaya Selangor

Kebaya Selangor merupakan salah satu bentuk kebaya labuh yang berkembang di Tanah Melayu. Antara catatan sejarah yang sering dikaitkan dengan busana ini telah dicatatkan dalam buku berjudul The Golden Chersonese and the Way Thither karya Isabella Bird.

Dalam buku tersebut, Bird menceritakan pertemuannya dengan kerabat diraja Selangor yang mengenakan kebaya sutera berwarna hijau yang dihiasi dengan kerongsang berlian.

Perkembangan Kebaya Selangor turut dipengaruhi oleh hubungan kekeluargaan dan perkahwinan yang melibatkan kerabat diraja Selangor, Perak dan Kedah serta hubungan dengan masyarakat Bugis.

Kerabat diraja Selangor memainkan peranan penting dalam pemeliharaan warisan busana ini. Antara koleksi yang menjadi rujukan termasuk kebaya milik Tengku Suri Zaharah, puteri kepada DYMM Sultan Alaeddin Suleiman Shah, dan kebaya labuh telepuk berwarna biru yang dimiliki oleh DYMM Tengku Ampuan Zabedah.

Menariknya, pemakaian Kebaya Selangor tidak hanya terbatas dalam lingkungan istana. Busana ini turut dipakai oleh masyarakat tempatan, termasuk masyarakat Melayu dan Orang Asli di Selangor.

Pada suatu ketika dahulu, fabrik berasaskan kapas sering digunakan oleh masyarakat tempatan untuk membuat Kebaya Selangor yang dipadankan dengan kain batik atau tenun Bugis. Walaupun potongan asal Kebaya Selangor bersifat longgar, rekaannya mengalami perubahan sekitar tahun 1950-an, termasuk penambahan lisu untuk menghasilkan siluet yang mengikut bentuk tubuh bagi sesetengah pemakai.

Keunikan Kebaya Selangor

Siluet tradisional Kebaya Selangor bersifat longgar dan lurus, berbelah di bahagian hadapan serta labuh melepasi lutut. Potongan ini memberikan imej yang sopan, sederhana dan anggun kepada pemakainya.

Antara ciri utamanya ialah penggunaan empat pesak di bahagian hadapan, lengan yang sama lebar, labuh baju hingga ke bawah lutut dan hujung baju yang lurus.

Dalam pemakaiannya, bahagian atas kebaya di sekitar leher dilipat sedikit, manakala bahagian dada hingga ke bawah diselisihkan. Oleh sebab Kebaya Selangor lazimnya tidak berbutang, kerongsang menjadi aksesori penting untuk melengkapkan pemakaiannya.

Pada kebiasaannya, tiga kerongsang dengan reka bentuk yang sepadan digunakan. Pemakai boleh memilih tiga kerongsang yang sama saiz atau menggunakan satu ibu kerongsang yang lebih besar di bahagian atas bersama dua kerongsang yang lebih kecil di bawahnya. Kerongsang ketiga biasanya diletakkan pada paras pusat.

Kerongsang boleh diperbuat daripada pelbagai bahan seperti emas, perak, suasa atau tembaga. Sesetengah kerongsang dihiasi dengan batu permata seperti delima, zamrud, nilam atau intan bagi menambahkan keindahan dan menyerlahkan seri pemakai.

Kain sarung pula menjadi pelengkap kepada Kebaya Selangor untuk menutupi bahagian bawah tubuh. Bergantung pada status, kemampuan dan kesesuaian pemakai, kebaya ini boleh dipadankan dengan kain songket, tenun Bugis, batik atau pelikat.

Pakaian dan Psikologi

Pada asasnya, pakaian berfungsi sebagai pelindung tubuh daripada panas, sejuk dan pelbagai unsur persekitaran. Namun begitu, fungsi pakaian tidak terbatas setakat itu. Dalam kehidupan seharian, pakaian turut membawa makna sosial dan psikologi.

Cara seseorang berpakaian boleh menjadi salah satu bentuk ekspresi identiti. Pakaian boleh memberikan gambaran tentang peranan sosial, pekerjaan, personaliti, keadaan emosi dan cara seseorang memilih untuk menampilkan dirinya kepada masyarakat.

Dari sudut psikologi, simbol dan makna yang dikaitkan dengan sesuatu pakaian juga berpotensi mempengaruhi cara seseorang berfikir dan bertindak.

Fenomena ini pernah diterokai melalui konsep yang dikenali sebagai enclothed cognition, iaitu idea bahawa kesan psikologi sesuatu pakaian bukan sahaja bergantung pada pemakaiannya, tetapi juga pada makna simbolik yang dikaitkan dengan pakaian tersebut.

Dalam satu kajian, individu yang memakai kot makmal menunjukkan tumpuan yang lebih baik dalam tugasan tertentu berbanding individu yang tidak memakainya. Menariknya, kesan tersebut turut berubah bergantung kepada makna yang diberikan kepada pakaian berkenaan.

Apabila kot yang sama dilabelkan sebagai “kot doktor”, perhatian peserta didapati berbeza berbanding apabila pakaian tersebut dilabelkan sebagai “kot pelukis”.

Penemuan ini memberikan petunjuk bahawa tindakan memakai sesuatu pakaian bukanlah satu-satunya faktor yang boleh mempengaruhi proses kognitif seseorang. Makna dan simbolisme yang dikaitkan dengan pakaian tersebut juga memainkan peranan.

Namun demikian, penemuan ini tidak bermaksud bahawa setiap jenis pakaian akan menghasilkan kesan psikologi yang sama. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa hubungan antara pakaian dan minda mungkin lebih kompleks daripada yang disangka.

Bagaimana pula dengan Kebaya Selangor?

Jika pakaian boleh membawa makna psikologi, persoala berikutnya ialah “Apakah makna yang dibawa oleh Kebaya Selangor kepada pemakainya?”

Dalam konteks masyarakat Melayu, pakaian tradisional seperti Kebaya Selangor pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Pemakaiannya bukan sekadar penampilan indah, malah membawa nilai budaya seperti kesopanan, kesusilaan, identiti dan hubungan dengan warisan masyarakat terdahulu.

Atas dasar ini, usaha memperkenalkan semula Kebaya Selangor kepada masyarakat tidak seharusnya hanya tertumpu pada reka bentuk atau keindahan luarannya. Masyarakat juga perlu didedahkan kepada sejarah, simbolisme dan nilai budaya yang terkandung di sebalik busana tersebut.

Apabila seseorang memahami asal-usul dan makna pakaian yang dikenakannya, busana tradisional berpotensi menjadi medium untuk menghubungkan busana ini dengan keluarga, komuniti dan identiti budaya.

Rasa kekitaan atau sense of belonging dan identiti sosial merupakan aspek-aspek yang dikaitkan dengan kesejahteraan individu. Walaupun kajian khusus diperlukan untuk menentukan sama ada pemakaian Kebaya Selangor sendiri dapat memberikan kesan langsung terhadap kesejahteraan psikologi, nilai simbolik yang dibawanya boleh membuka ruang untuk memahami bagaimana warisan budaya berinteraksi dengan pembentukan identiti seseorang.

Dengan kata lain, nilai Kebaya Selangor tidak hanya terletak pada keindahan fabrik, potongan atau kerongsangnya, tetapi juga pada cerita dan identiti yang dibawa oleh pemakainya.

Menghidupkan Warisan dalam Kehidupan Moden

Pemeliharaan sesuatu warisan tidak semestinya bermaksud kita perlu kembali sepenuhnya kepada bentuk kehidupan masa lalu. Sebaliknya, warisan boleh diberikan ruang untuk terus hidup dalam konteks masyarakat moden.

Pemakaian Kebaya Selangor boleh diperluas dalam kehidupan seharian, termasuk di tempat kerja, program sosial, sambutan kebudayaan atau acara lain yang bersesuaian, agar penggunaannya tidak hanya terbatas kepada majlis-majlis rasmi.

Usaha sebegini bukan sahaja dapat memberikan peluang kepada masyarakat untuk mengenali busana tradisional, malah membolehkan generasi baharu memahami cerita, nilai dan identiti yang terkandung di sebaliknya.

Semakin banyak peluang diberikan kepada masyarakat untuk mengenali, memakai dan menghayati Kebaya Selangor, semakin besar kemungkinan warisan ini dapat terus hidup dan berkembang dalam masyarakat.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Perubatan UKMFitri Fareez Ramlikebaya Selangorkot doktorpsikologi
Previous Post

Bolehkah Matematik Menyelamatkan Penyu?

Next Post

Menikmati Kelestarian Masa Hadapan Melalui Perspektif Mikroorganisma

Editor

Editor

Related Posts

Secebis Tisu Sebagai Penentu: Rahsia Sains Hirisan Beku
Berita & Peristiwa

Secebis Tisu Sebagai Penentu: Rahsia Sains Hirisan Beku

2 days ago
Sakit Rahang dan Tabiat Mengetap Gigi: Apa Kaitannya dengan Stres?
Berita & Peristiwa

Sakit Rahang dan Tabiat Mengetap Gigi: Apa Kaitannya dengan Stres?

2 days ago
Tabiat Suka Gosok Mata? Awas, Penglihatan Anda Mungkin Dalam Bahaya
Berita & Peristiwa

Tabiat Suka Gosok Mata? Awas, Penglihatan Anda Mungkin Dalam Bahaya

2 days ago
Kanser Mulut: Bagaimana Mengenali Tanda Awal yang Sering Diabaikan?
Berita & Peristiwa

Kanser Mulut: Bagaimana Mengenali Tanda Awal yang Sering Diabaikan?

2 days ago
Next Post
Menikmati Kelestarian Masa Hadapan Melalui Perspektif Mikroorganisma

Menikmati Kelestarian Masa Hadapan Melalui Perspektif Mikroorganisma

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In