Friday, October 30, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pesta Bunga yang Membawa Khazanah Biji Benih: Menyingkap Fenomena Mass Flowering dan Mass Fruiting

Pesta Bunga yang Membawa Khazanah Biji Benih: Menyingkap Fenomena Mass Flowering dan Mass Fruiting

Editor by Editor
30/10/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Nor Rashidah Mustapa¹, Nashatul Zaimah Noor Azman¹ & Nurul Farhanah Zakaria¹
¹Program Teknologi Bahan Tanaman, Bahagian Bioteknologi Perhutanan,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Pernahkah kita terfikir mengapa pada suatu ketika, hutan yang biasanya menghijau tiba-tiba dipenuhi bunga daripada pelbagai spesies? Keadaan ini bukan sekadar mencantikkan pemandangan, tetapi menandakan berlakunya satu fenomena yang dikenali sebagai pembungaan besar-besaran atau mass flowering.

Fenomena ini menjadi lebih menarik apabila banyak pokok berbunga dalam tempoh yang hampir serentak. Selepas fasa pembungaan, buah pula mula terbentuk dan seterusnya menghasilkan biji benih. Apabila pembuahan berlaku secara besar-besaran, ia dikenali sebagai mass fruiting. Jadi, apakah yang sebenarnya mencetuskan fenomena ini dan mengapa ia begitu penting kepada hutan tropika?

Bila Hutan “Berpesta” Bunga

Fenomena mass flowering bukanlah kejadian yang berlaku setiap tahun. Apabila fenomena ini berlaku, pelbagai spesies pokok hutan akan berbunga dengan lebat dalam tempoh yang hampir serentak. Kanopi hutan yang biasanya didominasi warna hijau turut berubah dengan kehadiran bunga dalam pelbagai warna, daripada putih dan kekuningan hingga merah jambu dan kemerahan, bergantung pada spesies yang sedang berbunga. Menariknya, perubahan warna kanopi ini bukan hanya disebabkan oleh bunga. Pucuk dan daun muda sesetengah spesies yang mempunyai warna tersendiri turut menjadikan kanopi hutan lebih berwarna. Di hutan tropika Asia Tenggara, fenomena ini merupakan sebahagian daripada kitaran pembiakan semula jadi tumbuhan dan boleh berlaku pada sela masa beberapa tahun.

Menariknya, “pesta bunga” ini tidak berlaku begitu sahaja. Beberapa kajian menunjukkan bahawa perubahan cuaca, terutamanya tempoh kering dan penurunan suhu, boleh menjadi antara pencetus pokok untuk mula berbunga. Namun, tidak semua spesies berbunga pada waktu yang sama. Ada yang berbunga lebih awal, ada yang menyusul kemudian, menjadikan setiap episod mass flowering unik dan menarik untuk diperhatikan.

Semenjak tahun 2000, sebanyak tujuh episod mass flowering dan mass fruiting direkodkan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebelum kejadian terbaharu, iaitu pada tahun 2002, 2005, 2009, 2010, 2012, 2014 dan 2021. Selepas empat tahun tanpa episod ini direkodkan, hutan FRIM kembali “berpesta” apabila pembungaan besar-besaran dikesan bermula pada Ogos hingga November 2025.

Gambar 1. Kepelbagaian bentuk dan warna bunga spesies pokok hutan yang menyerikan kanopi semasa episod mass flowering.

Bunga Gugur, Buah Bermula

Apabila kemeriahan bunga mula beransur reda, bermulalah satu lagi fasa penting. Bunga yang berjaya melalui proses pendebungaan akan berkembang menjadi buah, dan apabila penghasilan buah berlaku dengan banyak dalam tempoh yang hampir serentak, fenomena ini dikenali sebagai mass fruiting atau pembuahan besar-besaran.

Di FRIM, episod mass flowering yang berlangsung dari Ogos hingga November 2025 kemudiannya disusuli oleh mass fruiting dari November 2025 hingga Mac 2026. Peralihan daripada fasa pembungaan kepada pembuahan ini merupakan sebahagian daripada kitaran pembiakan tumbuhan hutan, yang akhirnya menghasilkan buah dan biji benih daripada pelbagai spesies.

Menariknya, penghasilan buah dan biji benih yang banyak dalam satu-satu masa turut memberi kelebihan kepada kelangsungan hutan. Apabila biji benih tersedia dalam jumlah yang banyak, haiwan dan serangga pemakan biji mungkin tidak dapat menghabiskannya. Sebahagian biji yang terselamat kemudiannya berpeluang bercambah dan meneruskan generasi hutan.

Gambar 2. Peringkat pembungaan dan pembuahan Vatica cinerea (Resak laut)

Tidak Semua Berbunga pada Masa yang Sama

Walaupun dikenali sebagai mass flowering, ini tidak bermakna semua pokok berbunga pada masa yang sama. Tempoh pembungaan boleh berbeza antara spesies. Ada yang mula berbunga lebih awal, manakala spesies lain menyusul beberapa minggu kemudian. Corak ini menyebabkan perubahan pada kanopi hutan berlaku secara berperingkat sepanjang musim pembungaan.

Di sinilah pemantauan fenologi menjadi penting. Melalui pemantauan secara berkala, kitaran perkembangan sesuatu spesies dapat diperhatikan daripada pembentukan putik bunga, bunga kembang, kemudian berbuah muda sehingga buah mencapai peringkat matang. Setiap spesies mempunyai “jadualnya” sendiri — ada yang melalui fasa ini lebih awal, manakala yang lain menyusul kemudian.

Di Sebalik Bunga, Ada Biji yang Menanti

Di sebalik bunga yang mekar dan buah yang terbentuk, tersimpan satu lagi khazanah penting – biji benih. Setiap biji membawa potensi untuk menjadi pokok baharu dan meneruskan kelangsungan spesies hutan. Apabila mass fruiting berlaku, buah dan biji benih daripada pelbagai spesies tersedia dalam jumlah yang banyak, menjadikan tempoh ini satu peluang yang sangat bernilai.

Namun, tidak semua biji benih yang terhasil akan berjaya menjadi pokok baharu. Ada yang dimakan oleh haiwan atau serangga, ada yang tidak berjaya bercambah, manakala sebahagian lagi berpeluang untuk bercambah apabila berada dalam keadaan yang sesuai. Biji benih yang berjaya melalui peringkat awal ini menjadi permulaan kepada pembentukan anak pokok baharu dan seterusnya menyumbang kepada regenerasi semula jadi hutan.

Gambar 3. Peringkat pembungaan dan pembuahan tiga spesies pokok hutan yang menunjukkan variasi perkembangan bunga dan buah

Peluang yang Tidak Datang Setiap Tahun

Fenomena mass flowering dan mass fruiting tidak terjadi setiap tahun. Oleh itu, apabila musim ini tiba, ia membuka peluang yang jarang diperoleh untuk mendapatkan biji benih daripada pelbagai spesies hutan dalam satu tempoh. Lebih istimewa, peluang ini turut melibatkan spesies yang tidak berbunga dan tidak berbuah secara konsisten setiap tahun.

Episod ini turut membuka peluang untuk merekodkan pembungaan dan pembuahan beberapa spesies terancam yang jarang dapat diperhatikan pada tahun-tahun biasa. Antaranya ialah Dipterocarpus rigidus (Keruing Cogan), Hopea subalata (Merawan Kanching) dan Rubroshorea singkawang (Meranti Sengkawang Merah) yang dikategorikan sebagai Endangered (EN), serta Vatica yeechongii yang dikategorikan sebagai Critically Endangered (CR) berdasarkan Malaysia Red List (2021). Pemerhatian semasa episod ini membantu memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kitaran pembungaan dan pembuahan spesies-spesies tersebut.

Biji benih yang diperoleh bukan sekadar bahan untuk menghasilkan anak pokok, malah menjadi sumber penting bagi penyelidikan, pembiakan, penanaman dan usaha pemuliharaan spesies hutan. Sebab itulah setiap episod mass flowering dan mass fruiting mempunyai nilai tersendiri — peluangnya mungkin singkat, tetapi manfaatnya boleh berpanjangan.

Gambar 4. Kepelbagaian bentuk dan struktur buah serta biji benih spesies pokok hutan, daripada jenis bersayap hingga tidak bersayap.

Bila Pesta Berakhir, Apa yang Tinggal?

Berakhirnya musim mass flowering dan mass fruiting tidak bermakna berakhirnya kepentingan fenomena ini. Biji benih yang terhasil tidak semuanya dikutip. Sebahagiannya kekal di lantai hutan dan memainkan peranan penting dalam proses regenerasi semula jadi. Dalam keadaan yang sesuai, biji benih ini berpeluang bercambah dan tumbuh sebagai anak pokok liar sebelum membesar menjadi pokok dewasa.

Daripada biji benih kepada anak pokok, dan akhirnya menjadi pokok dewasa yang kembali berbunga dan berbuah, kitaran semula jadi hutan ini terus berlangsung. Pesta mungkin berakhir, tetapi biji benih yang terhasil membawa kehidupan untuk generasi seterusnya.

Gambar 5. Hamparan anak benih di lantai hutan, menggambarkan kesinambungan kehidupan melalui percambahan dan pertumbuhan generasi baharu pokok hutan.

Rujukan

Appanah, S. (1985). General flowering in the climax rain forests of South-east Asia. Journal of Tropical Ecology, 1(3), 225–240. https://doi.org/10.1017/S0266467400000304

Ashton, P. S., Givnish, T. J., & Appanah, S. (1988). Staggered flowering in the Dipterocarpaceae: New insights into floral induction and the evolution of mast fruiting in the aseasonal tropics. The American Naturalist, 132(1), 44–66. https://doi.org/10.1086/284837

Azmy, M. M., Hashim, M., Numata, S., Hosaka, T., Noor, N. S. M., & Fletcher, C. (2016). Satellite-based characterization of climatic conditions before large-scale general flowering events in Peninsular Malaysia. Scientific Reports, 6, 32329. https://doi.org/10.1038/srep32329

Numata, S., Yamaguchi, K., Shimizu, M., Sakurai, G., Morimoto, A., Alias, N., Noor Azman, N. Z., Hosaka, T., & Satake, A. (2022). Impacts of climate change on reproductive phenology in tropical rainforests of Southeast Asia. Communications Biology, 5, 311. https://doi.org/10.1038/s42003-022-03245-8

Sun, I.-F., Chen, Y.-Y., Hubbell, S. P., Wright, S. J., & Noor, N. S. M. (2007). Seed predation during general flowering events of varying magnitude in a Malaysian rain forest. Journal of Ecology, 95(4), 818–827. https://doi.org/10.1111/j.1365-2745.2007.01235.x

Yong, W.S.Y., Chua, L.S.L., Lau, K.H., Siti-Nur Fatinah, K., Cheah, Y.H., Yao, T.L., Rafidah, A.R., Lim, C.L., Syahida-Emiza, S., Ummul-Nazrah, A.R., Nor-Ezzawanis, A.T., Chew, M.Y., Siti-Munirah, M.Y., Julius, A., Phoon, S.N., Sam, Y.Y., Nadiah, I., Ong, P.T., Sarah-Nabila, R., Suhaida, M., Muhammad-Alif Azyraf, A., Siti-Eryani, S., Yap, J.W., Jutta, M., Syazwani, A., Norzielawati, S., Kiew, R. and Chung, R.C.K. 2021. Malaysia Red List: Plants of Peninsular Malaysia. Vol. 1, Part I. Research Pamphlet No. 151. Forest Research Institute Malaysia, Kepong. 107 pp.

 

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: FRIMkhazanah biji benihmass floweringmass fruiting
Previous Post

Penjagaan Gigi Palsu dalam Kalangan Warga Emas (Geriatrik)

Editor

Editor

Related Posts

Penjagaan Gigi Palsu dalam Kalangan Warga Emas (Geriatrik)
Berita & Peristiwa

Penjagaan Gigi Palsu dalam Kalangan Warga Emas (Geriatrik)

19 hours ago
Pencemaran Alam Sekitar dan Risiko Kesihatan Merentas Generasi
Alam Semulajadi

Pencemaran Alam Sekitar dan Risiko Kesihatan Merentas Generasi

20 hours ago
Gangguan Hormon Tiroid: Apa yang boleh dilihat dari Ujian Darah Anda?
Berita & Peristiwa

Gangguan Hormon Tiroid: Apa yang boleh dilihat dari Ujian Darah Anda?

2 days ago
Kacip Fatimah dan Tongkat Ali-Warisan Herba, Kekayaan Biodiversiti Malaysia
Alam Semulajadi

Kacip Fatimah dan Tongkat Ali-Warisan Herba, Kekayaan Biodiversiti Malaysia

2 days ago

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In