Tuesday, November 3, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Gigitan Silang dalam Kalangan Kanak-Kanak: Perlukah Dirawat Seawal Usia?

Gigitan Silang dalam Kalangan Kanak-Kanak: Perlukah Dirawat Seawal Usia?

Editor by Editor
03/11/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Amiratulaiman binti Abdullah Tahir
Pegawai Pergigian,
Unit Perkhidmatan Pergigian, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

“Gigi susu sahaja, nanti tumbuh gigi kekal eloklah semula.”

Pernahkah anda mendengar ungkapan ini? Ramai ibu bapa beranggapan bahawa masalah susunan gigi anak akan pulih dengan sendirinya apabila gigi susu digantikan dengan gigi kekal. Namun, tahukah anda bahawa sesetengah masalah gigitan boleh berlaku sejak kecil dan mungkin memerlukan rawatan awal?

Salah satu masalah yang perlu diberi perhatian ialah gigitan silang. Keadaan ini bukan sahaja melibatkan susunan gigi, malah boleh mengganggu cara anak menggigit dan mengunyah makanan.

Jadi, bagaimana ibu bapa boleh mengenali masalah gigitan silang? Adakah ia berbahaya dan perlukan rawatan ketika anak masih kecil?

Apakah Itu Gigitan Silang?

Dalam keadaan biasa, gigi atas berada sedikit di hadapan dan di bahagian luar gigi bawah apabila mulut ditutup dan gigi diketapkan.

Gigitan silang berlaku apabila kedudukan ini menjadi terbalik, iaitu apabila gigi atas berada di belakang atau di sebelah dalam gigi bawah.

Masalah ini boleh berlaku pada gigi hadapan atau gigi belakang, sama ada melibatkan satu batang gigi atau beberapa batang gigi.

Gigitan Silang pada Gigi Hadapan

Pernahkah anda melihat kanak-kanak yang mempunyai gigi bawah kelihatan lebih ke hadapan berbanding gigi atas?

Keadaan ini berlaku apabila satu atau beberapa batang gigi hadapan atas berada di belakang gigi bawah ketika menggigit.

Dalam sesetengah keadaan, kanak-kanak mungkin menolak rahang bawah ke hadapan ketika menggigit untuk mendapatkan kedudukan yang lebih selesa.

Jika dibiarkan, gigitan yang tidak normal boleh menyebabkan gigi menjadi haus atau mencederakan gusi. Oleh itu, pemeriksaan awal penting untuk mengenal pasti punca masalah dan menentukan rawatan yang sesuai.

Rajah 1- Ilustrasi gigitan silang pada gigi hadapan (dijana menggunakan AI).

Gigitan Silang pada Gigi Belakang

Berbeza dengan gigi hadapan, gigitan silang pada gigi belakang mungkin lebih sukar disedari oleh ibu bapa.

Keadaan ini berlaku apabila gigi belakang atas berada di sebelah dalam gigi belakang bawah ketika menggigit.

Menariknya, sesetengah kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan mengalihkan rahang bawah ke kiri atau kanan setiap kali menggigit. Ini berlaku kerana mereka cuba mencari kedudukan gigitan yang lebih selesa.

Jika keadaan ini berterusan, ia boleh mengganggu fungsi gigitan. Oleh itu, masalah gigitan silang pada gigi belakang juga tidak seharusnya dipandang ringan.

Rajah 2- Ilustrasi gigitan silang gigi belakang (dijana menggunakan AI).

Mengapakah Gigitan Silang Boleh Berlaku?

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada masalah gigitan silang dalam kalangan kanak-kanak.

Antaranya termasuklah faktor keturunan, perbezaan saiz atau kedudukan rahang atas dan bawah, serta kedudukan pertumbuhan gigi yang tidak normal.

Selain itu, tabiat seperti menghisap ibu jari secara berpanjangan juga boleh mempengaruhi perkembangan lengkungan gigi dan menyebabkan masalah gigitan pada sesetengah kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, punca gigitan silang mungkin berbeza bagi setiap kanak-kanak. Oleh itu, pemeriksaan pergigian penting untuk mengenal pasti masalah yang sebenar.

Perlukah Menunggu Sehingga Semua Gigi Kekal Tumbuh?

Ramai ibu bapa beranggapan bahawa masalah gigitan silang akan pulih dengan sendirinya apabila gigi susu digantikan dengan gigi kekal. Namun, adakah tanggapan ini benar?

Sebenarnya, dalam sesetengah kes, kedudukan gigitan silang boleh berubah apabila kanak-kanak membesar dan gigi kekal mula tumbuh. Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak semestinya bermaksud masalah gigitan silang telah pulih sepenuhnya.

Ada kanak-kanak yang hanya memerlukan pemeriksaan berkala untuk memantau perkembangan gigi dan rahang. Ada juga yang mungkin mendapat manfaat daripada rawatan awal, terutamanya jika masalah gigitan menyebabkan rahang bawah beralih ke sebelah atau ke hadapan ketika menggigit.

Rawatan awal ini dikenali sebagai rawatan ortodontik interseptif, iaitu rawatan untuk membetulkan masalah gigitan tertentu ketika gigi dan rahang kanak-kanak masih berkembang.

Sebagai contoh, gigitan silang pada gigi hadapan yang melibatkan kedudukan gigi tertentu mungkin dapat dibetulkan melalui rawatan yang lebih ringkas jika dikenal pasti pada masa yang sesuai. Begitu juga dengan gigitan silang pada gigi belakang yang menyebabkan peralihan rahang bawah ketika menggigit. Rawatan awal boleh membantu memperbaiki hubungan gigitan dan fungsi rahang.

Oleh itu, ibu bapa tidak digalakkan untuk hanya menunggu sehingga semua gigi kekal tumbuh tanpa mendapatkan pemeriksaan pergigian terlebih dahulu. Pemeriksaan awal penting untuk menentukan sama ada anak memerlukan rawatan atau sekadar pemantauan berkala.

Bagaimanakah Gigitan Silang Dirawat?

Rawatan gigitan silang bergantung pada punca dan jenis masalah yang dialami oleh kanak-kanak.

Bagi gigitan silang pada gigi hadapan yang berpunca daripada kedudukan gigi, alat ortodontik khas sama ada jenis boleh tanggal atau tetap mungkin digunakan untuk menggerakkan gigi ke kedudukan yang betul.

Bagi gigitan silang pada gigi belakang yang berkaitan dengan lengkungan rahang atas yang sempit pula, rawatan pengembangan rahang atas (maxillary expansion) boleh dipertimbangkan. Rawatan ini menggunakan alat khas untuk melebarkan lengkungan gigi atas supaya gigi atas dan bawah dapat bertemu dengan lebih baik ketika menggigit.

Tempoh rawatan berbeza mengikut keadaan setiap kanak-kanak. Kerjasama anak dan sokongan ibu bapa juga penting untuk memastikan rawatan berjalan dengan lancar.

Selepas rawatan selesai, pemeriksaan susulan masih diperlukan untuk memantau perkembangan gigi dan rahang. Sesetengah kanak-kanak mungkin memerlukan rawatan ortodontik tambahan apabila meningkat usia.

Bagaimanakah Ibu Bapa Boleh Mengenali Masalah Ini?

Ibu bapa boleh memerhatikan kedudukan gigi anak ketika mereka menggigit seperti biasa.

Antara tanda yang boleh diperhatikan ialah gigi hadapan bawah kelihatan lebih ke hadapan berbanding gigi atas, gigi belakang atas berada di sebelah dalam gigi bawah atau rahang anak kelihatan beralih ke sebelah ketika menggigit.

Sekiranya terdapat tanda-tanda ini, bawalah anak untuk pemeriksaan pergigian walaupun mereka masih mempunyai gigi susu.

Doktor pergigian akan menilai keadaan gigi dan hubungan rahang kanak-kanak terlebih dahulu. Sekiranya perlu, pesakit akan dirujuk kepada pakar pergigian ortodontik untuk pemeriksaan lanjut dan perancangan rawatan yang bersesuaian.

Senyuman Sihat Bermula Sejak Kecil

Gigitan silang bukan sekadar masalah susunan gigi yang tidak cantik. Jika tidak ditangani pada masa yang sesuai, sesetengah masalah gigitan silang boleh menyebabkan kehausan gigi, gangguan fungsi gigitan serta perubahan pada kedudukan rahang ketika menggigit.

Rawatan awal bagi kes tertentu dapat membantu memperbaiki hubungan gigitan dan berpotensi mengurangkan keperluan rawatan yang lebih rumit pada masa hadapan.

Oleh itu, ibu bapa digalakkan untuk membawa anak menjalani pemeriksaan pergigian sekiranya menyedari sebarang perubahan pada kedudukan gigitan mereka. Pengesanan awal membolehkan masalah dikenal pasti dan rawatan yang sesuai dirancang mengikut keperluan kanak-kanak.

Sumber Rujukan

  • Bazargani, F., Ugolini, A., & Cobourne, M. T. (2025). Management of posterior crossbite with maxillary expansion: A narrative review of contemporary evidence. Seminars in Orthodontics. Advance online publication.
  • Khda, M., Kiliaridis, S., & Antonarakis, G. S. (2023). Spontaneous correction and new development of posterior crossbite from the deciduous to the mixed dentition. European Journal of Orthodontics, 45(3), 266–270.
  • Kourbaj, Y. M., Hajeer, M. Y., Burhan, A. S., Alam, M. K., & Abutayyem, H. (2026). Effectiveness of treatment modalities for the correction of anterior crossbite in children: A systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials. Cureus, 18(6), e110226.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Amiratulaiman binti Abdullah Tahirgigitan Silang Gigi HadapanHospital Pakar Universiti Sains Malaysiamasalah gigi kanak-kanakUnit Perkhidmatan Pergigian
Previous Post

Bagaimana Penyakit Gusi Boleh Menjejaskan Kesihatan Kardiovaskular?

Next Post

Menyingkap Model Hidro-Ekonomi: Formula Pintar Malaysia Mendepani Krisis Air Tropika

Editor

Editor

Related Posts

Asfalt Tebus Guna: Daripada Sisa Kepada Sumber
Berita & Peristiwa

Asfalt Tebus Guna: Daripada Sisa Kepada Sumber

5 hours ago
“Saya Takut Ambil Ubat Sebab Boleh Rosak Buah Pinggang”- Mitos atau Fakta?
Berita & Peristiwa

“Saya Takut Ambil Ubat Sebab Boleh Rosak Buah Pinggang”- Mitos atau Fakta?

5 hours ago
Menyingkap Model Hidro-Ekonomi: Formula Pintar Malaysia Mendepani Krisis Air Tropika
Alam Semulajadi

Menyingkap Model Hidro-Ekonomi: Formula Pintar Malaysia Mendepani Krisis Air Tropika

5 hours ago
Bagaimana Penyakit Gusi Boleh Menjejaskan Kesihatan Kardiovaskular?
Berita & Peristiwa

Bagaimana Penyakit Gusi Boleh Menjejaskan Kesihatan Kardiovaskular?

6 hours ago
Next Post
Menyingkap Model Hidro-Ekonomi: Formula Pintar Malaysia Mendepani Krisis Air Tropika

Menyingkap Model Hidro-Ekonomi: Formula Pintar Malaysia Mendepani Krisis Air Tropika

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In