Thursday, November 19, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Gigi Berlubang: Bukan Sekadar Sakit Gigi

Gigi Berlubang: Bukan Sekadar Sakit Gigi

Editor by Editor
18/11/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Rabihah Alawi1, Dr. Nor Aidaniza Abdul Muttlib1 & Dr Tahir Yusuf Noorani2
1Pakar Pergigian Prostodontik, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia
2Pakar Pergigian Restoratif, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia

Bayangkan seorang kanak-kanak yang menangis menahan sakit gigi pada tengah malam. Dia tidak dapat tidur, enggan bersarapan dan keesokan harinya terpaksa ponteng sekolah. Bayangkan pula seorang pekerja yang sukar memberi tumpuan di pejabat kerana gigi yang berdenyut sejak semalam. Situasi seperti ini lebih biasa daripada yang kita sangka, dan puncanya sering kali sama, iaitu gigi berlubang.

Ramai menganggap gigi berlubang hanyalah masalah kecil yang boleh diselesaikan dengan tampalan atau ubat penahan sakit. Hakikatnya, gigi berlubang atau karies gigi ialah penyakit mulut yang boleh menjejaskan pelbagai aspek kehidupan. Daripada kesukaran makan dan tidur hinggalah kepada masalah keyakinan diri, prestasi kerja dan pembelajaran, kesannya jauh melangkaui rongga mulut.

Karies gigi bukan sahaja menyebabkan kesakitan, malah boleh menjejaskan pemakanan, tidur, pembelajaran, produktiviti dan kesejahteraan hidup. Berita baiknya, kebanyakan kes boleh dicegah


TAHUKAH ANDA?

  • Menurut Laporan Status Kesihatan Mulut Global 2022 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), karies gigi yang tidak dirawat ialah penyakit yang paling lazim di dunia dan menjejaskan kira-kira 2.5 bilion orang.

  • Di seluruh dunia, dianggarkan 2 bilion orang mengalami karies pada gigi kekal, manakala 514 juta kanak-kanak mengalami karies pada gigi susu.

  • Di Malaysia, tujuh daripada sepuluh kanak-kanak berumur lima tahun mempunyai karies gigi.

  • Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa (NOHSA) 2020 mendapati 85.1% orang dewasa di Malaysia mengalami karies, termasuk lebih separuh (51.7%) remaja berumur 15 hingga 19 tahun.

  • Namun, hanya 25.7% rakyat Malaysia menerima rawatan pergigian dalam tempoh setahun (NHMS 2023).

Apa Itu Gigi Berlubang?

Karies gigi ialah salah satu penyakit kronik yang paling lazim di dunia dan merupakan masalah kesihatan awam yang ketara dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Penyakit ini berlaku apabila bakteria dalam plak, iaitu lapisan melekit yang terbentuk pada permukaan gigi, menguraikan gula daripada makanan dan minuman lalu menghasilkan asid. Asid ini melarutkan mineral pada enamel, iaitu lapisan gigi luar gigi yang paling keras.

Perlu difahami bahawa punca utama bukan sahaja jumlah gula yang diambil, tetapi juga kekerapannya. Setiap kali kita makan atau minum sesuatu yang manis, keadaan dalam mulut menjadi berasid selama kira-kira 20 hingga 30 minit. Dalam tempoh ini, enamel kehilangan mineral. Air liur kemudiannya akan meneutralkan asid dan membantu membaiki enamel secara semula jadi. Namun, jika kita kerap mengambil snek atau minuman manis sepanjang hari, gigi tidak berpeluang untuk pulih dan kerosakan akan bertambah sedikit demi sedikit.

Karies tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia berkembang secara berperingkat seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Perkara yang paling penting untuk diingat ialah karies peringkat awal biasanya tidak menyakitkan. Apabila sakit mula dirasai, kerosakan selalunya sudah sampai ke lapisan dentin atau pulpa. Oleh itu, tiada sakit tidak semestinya bermaksud gigi kita sihat.

Bagaimana Karies Gigi Menjejaskan Kualiti Hidup

1-Menjejaskan Pemakanan dan Kesihatan Fizikal

Karies yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit ketika mengunyah. Akibatnya, seseorang mungkin mengelak daripada makan makanan tertentu seperti buah-buahan, sayur-sayuran atau sumber protein seperti daging yang memerlukan lebih banyak kunyahan. Lama-kelamaan, pilihan makanan menjadi terhad dan kurang berkhasiat.

Bagi kanak-kanak, keadaan ini boleh menjejaskan pengambilan nutrien yang penting untuk tumbesaran. Sakit yang berterusan juga mengganggu tidur dan menyebabkan keletihan. Dalam kes yang teruk, jangkitan daripada gigi boleh merebak ke tisu muka dan leher, lalu memerlukan rawatan kecemasan di hospital.

2-Mengganggu Pembelajaran dan Produktiviti

Sakit gigi sering menjadi punca murid tidak hadir ke sekolah. Kanak-kanak yang mengalami karies teruk juga sukar memberi tumpuan di dalam kelas kerana sakit dan rasa tidak selesa. Tidur yang terganggu pada waktu malam pula menyebabkan mereka letih dan kurang bermaya pada keesokan harinya.

Dalam kalangan orang dewasa, sakit gigi boleh menjejaskan prestasi kerja dan mengurangkan produktiviti. Ada juga yang terpaksa mengambil cuti untuk mendapatkan rawatan pergigian, terutamanya apabila masalah sudah menjadi teruk dan memerlukan beberapa kali lawatan ke klinik.

3-Menjejaskan Emosi dan Keyakinan Diri

Kesan gigi berlubang bukan sahaja bersifat fizikal. Gigi yang rosak, berubah warna atau patah akibat karies boleh menjejaskan penampilan. Ramai individu menjadi kurang yakin untuk tersenyum, bercakap atau bergaul dengan orang lain.

Selain itu, sakit kronik yang berpanjangan boleh menyebabkan tekanan emosi, mudah marah dan menjejaskan kesejahteraan mental. Dalam kalangan remaja, keadaan ini boleh menjejaskan imej diri dan hubungan dengan rakan sebaya.

4-Mempengaruhi Hubungan Sosial

Karies yang tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan dan bau mulut. Masalah ini kadangkala membuatkan seseorang berasa malu untuk berkomunikasi atau menyertai aktiviti sosial. Dalam sesetengah keadaan, penampilan gigi yang kurang menarik turut mempengaruhi cara seseorang menilai dirinya, sama ada dalam situasi sosial mahupun profesional, contohnya ketika menghadiri temu duga kerja.

5-Beban Ekonomi yang Sering Diabaikan

Ramai hanya mendapatkan rawatan apabila sakit sudah tidak tertahan. Pada peringkat awal, karies biasanya boleh dirawat dengan tampalan yang mudah dan agak murah. Namun, apabila kerosakan menjadi serius, pesakit mungkin memerlukan rawatan yang lebih kompleks dan mahal seperti rawatan saluran akar, mahkota gigi atau cabutan. Jika gigi dicabut, kos untuk menggantikannya dengan gigi palsu, jambatan atau implan pula jauh lebih tinggi dan tidak semua orang mampu menanggungnya.

Pada peringkat global, WHO melaporkan bahawa kos rawatan pergigian yang tinggi dan perlu dibayar sendiri oleh pesakit merupakan antara halangan utama untuk mendapatkan rawatan. Dalam sesetengah keadaan, kos ini boleh membebankan kewangan keluarga dan masyarakat. Ringkasnya, semakin lama rawatan ditangguhkan, semakin tinggi kos yang perlu ditanggung.

Mitos dan Fakta

Masih ramai yang mempercayai beberapa tanggapan salah tentang gigi berlubang. Berikut ialah antara mitos yang sering didengar:

Mitos: “Gigi susu tidak penting kerana akan tanggal juga.”

Fakta: Gigi susu membantu kanak-kanak mengunyah, bercakap dengan jelas dan menyimpan ruang untuk gigi kekal. Jangkitan pada gigi susu juga boleh menjejaskan gigi kekal yang sedang terbentuk di bawahnya.

Mitos: “Kalau tidak sakit, maksudnya gigi saya sihat.”

Fakta: Karies peringkat awal biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom. Hanya pemeriksaan pergigian yang dapat mengesannya lebih awal.

Mitos: “Semakin kuat memberus gigi, semakin bersih gigi.”

Fakta: Memberus terlalu kuat boleh menghakis lapisan permukaan gigi. Gunakan berus gigi berbulu lembut dan berus dengan teknik yang betul selama dua minit.

Mitos: “Berkumur dengan banyak air selepas memberus gigi lebih bersih.”

Fakta: Ludahkan lebihan ubat gigi, tetapi elakkan berkumur dengan banyak air supaya fluorida kekal lebih lama pada permukaan gigi dan terus melindunginya.

Mitos: “Hanya gula-gula dan coklat yang merosakkan gigi.”

Fakta: Minuman manis seperti teh tarik, sirap, minuman berkarbonat dan jus kotak, serta makanan berkanji yang melekit seperti biskut dan kerepek, juga boleh menyebabkan gigi berlubang, terutamanya jika diambil dengan kerap.

Pencegahan Lebih Baik Daripada Rawatan

Sedar atau tidak, kebanyakan kes gigi berlubang boleh dicegah melalui amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik seperti berikut:

i-Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari selama dua minit menggunakan ubat gigi berfluorida. Memberus gigi pada waktu malam sebelum tidur amat penting. Selepas itu, elakkan makan atau minum minuman manis kerana pengaliran air liur berkurangan ketika tidur.

ii-Gunakan jumlah ubat gigi yang sesuai untuk kanak-kanak, iaitu sebesar sebutir beras bagi kanak-kanak di bawah tiga tahun dan sebesar sebiji kacang pis bagi kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun. Ibu bapa perlu membantu dan memantau anak-anak ketika memberus gigi.

iii-Bersihkan celah gigi menggunakan flos atau berus interdental sekurang-kurangnya sekali sehari.

iv-Kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula. WHO mengesyorkan agar pengambilan gula bebas kurang daripada 10% daripada jumlah tenaga harian, dan sebaik-baiknya kurang daripada 5%, iaitu kira-kira enam sudu teh sehari bagi orang dewasa. Minuman berkarbonat dan makanan yang masam seperti asam dan jeruk juga perlu dihadkan kerana boleh melemahkan enamel.

v-Minum air kosong atau berkumur dengan air selepas mengambil makanan atau minuman manis.

vi-Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Makan pada waktu makan utama dan elakkan atau kurangkan snek di antara waktu makan.

vii-Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala, iaitu setiap enam bulan atau setahun sekali bergantung kepada keadaan gigi masing-masing. Murid sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dari darjah satu hingga tingkatan lima turut mendapat perkhidmatan pergigian sekolah setiap tahun daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

viii-Gunakan produk tambahan yang mengandungi fluorida, seperti ubat kumur atau gel fluorida, mengikut nasihat pengamal pergigian. Bagi kanak-kanak, tanyakan juga kepada doktor gigi tentang pengedap fisur, iaitu salutan nipis pada permukaan gigi geraham yang membantu mencegah karies.

Kesimpulan

Gigi berlubang bukan sekadar sakit gigi. Penyakit ini boleh menjejaskan pemakanan, tidur, pembelajaran, pekerjaan, kesejahteraan emosi dan hubungan sosial, malah menambah beban kewangan. Oleh itu, karies gigi perlu dilihat sebagai isu kesihatan yang memberi kesan langsung kepada kualiti hidup seseorang.

Berita baiknya, kebanyakan kes gigi berlubang boleh dicegah dengan langkah yang mudah dan murah: memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida, mengurangkan gula dan mendapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala. Jangan tunggu sehingga sakit. Mulakan hari ini, kerana senyuman yang sihat ialah pelaburan untuk sepanjang hayat.

Rujukan

  1. World Health Organization. (2022). Global Oral Health Status Report: Towards Universal Health Coverage for Oral Health by 2030. Geneva: WHO.
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2022). Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan. Putrajaya: Program Kesihatan Pergigian, KKM.
  3. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Lembaran Fakta Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2020: Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa (NOHSA) 2020.
  4. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2024). Kenyataan media berkaitan dapatan Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan (NHMS 2023) tentang penerimaan rawatan pergigian. Dilaporkan oleh Utusan Malaysia, September 2024.
  5. World Health Organization. (2015). Guideline: Sugars Intake for Adults and Children. Geneva: WHO.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Gigi Berlubangkaries gigipenjagaan gigiRabihah Alawi
Previous Post

Kerintangan Insulin: Ancaman Yang Tidak disedari di Sebalik Diabetes

Next Post

Penyakit Anemia Kekurangan Zat Besi di Kalangan Kanak-kanak: Apa yang Perlu Anda Tahu

Editor

Editor

Related Posts

Penyakit Anemia Kekurangan Zat Besi di Kalangan Kanak-kanak: Apa yang Perlu Anda Tahu
Berita & Peristiwa

Penyakit Anemia Kekurangan Zat Besi di Kalangan Kanak-kanak: Apa yang Perlu Anda Tahu

12 hours ago
Kerintangan Insulin: Ancaman Yang Tidak disedari di Sebalik Diabetes
Berita & Peristiwa

Kerintangan Insulin: Ancaman Yang Tidak disedari di Sebalik Diabetes

12 hours ago
Kanser Payudara: Memahami Sains di Sebalik Pengesanan Awal dan Kuasa Saringan
Berita & Peristiwa

Kanser Payudara: Memahami Sains di Sebalik Pengesanan Awal dan Kuasa Saringan

17 hours ago
Kenali Talasemia, Fahami Gen Kita
Berita & Peristiwa

Kenali Talasemia, Fahami Gen Kita

18 hours ago
Next Post
Penyakit Anemia Kekurangan Zat Besi di Kalangan Kanak-kanak: Apa yang Perlu Anda Tahu

Penyakit Anemia Kekurangan Zat Besi di Kalangan Kanak-kanak: Apa yang Perlu Anda Tahu

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In