23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, April 15, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penyelidik UKM Menemui Spesies Baru Haiwan Mikroskopik

Editor by Editor
15/10/2013
in Berita & Peristiwa
0 0
0

ekomar2

MERSING, JOHOR 27 Ogos 2013 – Empat spesies baru haiwan mikroskopik telah ditemui oleh penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Pusat Penyelidikan Ekosistem Marinnya (EKOMAR) di Endau dekat sini baru-baru ini.

Ketua EKOMAR, Prof Madya Dr Shahriman Mohd Ghazali berkata spesies baru itu ditemui di pulau-pulau di persisiran pantai Endau dan telah dinamakan sempena pulau-pulau itu.

Beliau memberitahu Portal Berita UKM bahawa organisma zooplankton itu tidak pernah dijumpai di tempat lain dan merupakan spesis yang baru.

Zooplankton adalah haiwan yang biasanya terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. Bagaimana pun beberapa jenisnya seperti obor-obor adalah besar.

Spesis zooplankton baru itu telah dinamakan sempena Pulau Sibu dan Pulau Tinggi di mana hidupan itu dikutip.
Dr Shahriman berkata spesis itu didaftarkan sebagai Urothoe tingginesis , Urothoe sibuensis, Microtripus tinggiensis dan Victoriapisa tinggiensis.

ekomar main

Spesis-spesis itu disenaraikan dalam genus yang memang terkenal tetapi berbeza daripada jenis yang telah dikatalogkan.
Pada zahirnya, haiwan mikroskopik itu berupa seperti zooplankton lain tetapi mempunyai perbezaan halus pada bentuk tubuh.

Masyarakat saintifik antarabangsa telah mengiktiraf penemuan itu selepas kertas laporan dikemukakan kepada beberapa jurnal saintifik yang terkemuka bagi bidang biologi dan zoologi.

Dr Shahriman menyifatkan spesies baru itu sebagai kejayaan ketara pertama Ekomar sejak beroperasi sepenuhnya pada tahun lalu.

Kajian terhadap species lain, baik spesies tumbuhan dan juga haiwan marin sedang berterusan dan beliau yakin penemuan baru akan terus dibuat.
Beliau berkata bahawa zooplankton adalah specis di peringkat  terendah rantaian makanan dan merupakan asas pemakanan ikan dan haiwan laut yang lain.

Ia terdapat dalam rumpai laut di mana ia makan plankton, tumbuhan dan haiwan lain.
Terdapat pelbagai jenis zooplankton yang mempunyai cara pemakanan yang berbeza. Ada yang makan secara turasan dan simbiosis dengan plankton tumbuhan atau fitoplankton.

Zooplankton juga boleh makan sesama jenis, mankala ada yang makan bangkai haiwan halus.
Tanpa zooplankton ikan tidak akan hidup dan seluruh rantaian makanan di laut akan terganggu.
Spesies zooplan biasanya terhad kepada satu-satu kawasan. Bagaimana pun spesies zooplankton tidak tersebar seragam tetpi secara rawak dalam kawasan laut. Sebaliknya ada kelompok populasi spesies zooplankton yang wujud di seluruh lautan.

Di perairan Endau di pantai timur Johor, peranan zooplankton dan fitoplankton adalah penting untuk kesejahteraan haiwan laut lain seperti ikan dan mamalia seperti dugong yang makan rumpai laut.
Melalui pemakanan dan pemprosesan fitoplankton dan sumber makanannya  yang lain, zooplankton memainkan peranan dalam rangkaian makanan akuatik, sebagai sumber untuk pengguna di peringkat yang lebih tinggi seperti ikan dan mamalia laut. Oleh kerana saiz yang kecil, zooplankton boleh bertindak balas dengan cepat kepada peningkatan bilangan fitoplankton, misalnya, semasa musim bunga mekar.
Kewujudan fitoplankton bertambah dengan ketara di kawasan utara khatulistiwa pada musim bunga.

Sumber ; UKM Portal News


Tags: penemuan barupenemuan UKMspesis mikroskopik baru
ShareTweetShare
Previous Post

Penyakit Batu Karang: Punca dan Rawatan

Next Post

Penyelidikan UNITEN -Penuaian Tenaga Melalui Getaran

Editor

Editor

Related Posts

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden
Berita & Peristiwa

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden

8 hours ago
Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin
Alam Semulajadi

Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin

2 days ago
Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami
Alam Semulajadi

Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami

3 days ago
Pembungkusan Fleksibel: Teknologi di Sebalik Produk Harian
Berita & Peristiwa

Pembungkusan Fleksibel: Teknologi di Sebalik Produk Harian

3 days ago
Next Post
Penyelidikan UNITEN -Penuaian Tenaga Melalui Getaran

Penyelidikan UNITEN -Penuaian Tenaga Melalui Getaran

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In