23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, May 25, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Wawancara Saintis – Profesor Dr Ramlan Aziz

Editor by Editor
23/03/2015
in Bicara Saintis
0 0
0

Prof. Ramlan Aziz merupakan Pengarah di Institute of Bioproduct Development (IBD), UTM Skudai Johor Bharu.

Apakah penyelidikan Tumpuan Prof?

Penyelidikan saya dan rakan di IBD ialah dalam pembangunan produk bernilai tinggi serta proses daripada bahan-bahan tempatan seperti herba dan sumber bio yang lain.

Kami membantu penyelidik tempatan dan antarabangsa membangunkan produk dari peringkat skala makmal kepada skala separa industri atau di peringkat loji pandu.

Di peringkat ini, penyelidik dan industri atau pelabur dapat mencari kaedah terbaik untuk menghasilkan produk berkualiti serta pada kos serendah yang boleh melalui pengoptimuman proses. Dua fungsi utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kebolehlaksanaan teknikal dan daya maju kewangan sesuatu pembangunan produk. Daripada hasilan ini, produk tersebut boleh dikomersialkan.

Bagaimana senario penyelidikan herba ketika ini?

Sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pada 2010 serta penubuhan Bahagian Pembangunan Herba (BPH) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, banyak inisiatif untuk meningkatkan penyelidikan di keseluruhan rantaian nilai bisnes industri herba telah dijalankan dengan rancak atas platform kerjasama di antara industri serta pusat penyelidikan. Untuk berkembang ke pasaran global, penyelidikan untuk meningkatkan kualiti, piawaian, keberkesanan dan keselamatan produk tempatan perlu diberi keutamaan. Masalahnya, majoriti produk herba di pasaran tempatan tidak bersandar kepada penyelidikan. Banyak produk herba telah diharamkan di negara ini serta negara luar akibat berlaku pencemaran dengan bahan beracun.

Jumlah kepakaran tempatan yang kita miliki sekarang?

Jumlah penyelidik untuk menjalankan penyelidikan dari peringkat huluan sehingga hiliran bagi 18 herba terpilih tidak mencukupi. Buat masa ini, jumlah penyelidik yang terlibat dengan BPH adalah seramai 250 orang. Kita memerlukan sejumlah 400 orang untuk menjalankan semua projek yang dirancang.

Bidang manakah penyelidikan ini digunakan?

Di peringkat tempatan dan global, penyelidikan ini boleh membangunkan industri termasuklah perubatan moden serta komplimentari, penjagaan diri serta isi rumah, nutraseutikal, kosmetik dan kosmeseutikal, biospetisid, biofarmasiutikal dan lain-lain. Industri herba boleh menyumbang kepada industri kesejahteraan yang bernilai RM6.84 trilion (Laporan SRI,2010) di peringkat global. Dari jumlah pasaran ini serta peningkatan kesedaran terhadap produk semula jadi berasaskan herba yang terbukti keberkesanan serta keselamatannya secara saintifik, potensi untuk menjana pendapatan kasar.

Apa harapan Prof.?

Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa usaha berjamaah oleh BPH di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, PEMANDU, Kementerian Kesihatan, penyelidik universiti dan pusat penyelidikan, usahawan industri herba, pengguna serta semua yang terlibat dalam rantaian nilai boleh menjadikannya sebagai industri utama yang baharu pada dekad akan datang. Selain menggalakkan penggunaan produk kesihatan daripada khazanah flora dan fauna, industri herba boleh memastikan generasi masa depan mempunyai peluang yang sama atau lebih baik berbanding persekitaran yang aman, sihat serta mampan. Syarikat tempatan dan antarabangsa dalam sektor bioteknologi, herba serta kesihatan dari segi pembangunan produk, proses dan sumber manusia serta analisis dan pengoptimuman proses.

Sumber – Utusan Malaysia

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Industri herbaInstitute of Bioproduct DevelopmentProf. Ramlan Aziz
ShareTweetShare
Previous Post

VIDEO: 10 Makhluk Menggelikan Penghuni Tilam Anda

Next Post

Ulasan Buku : Physics of the Impossible

Editor

Editor

Related Posts

Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan
Berita & Peristiwa

Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan

3 months ago
Tanya Saintis: Kenali Nadhirah Syafiqah Suhaimi, Penyelidik Malaysia yang Mengharumkan Nama Negara di Peringkat Antarabangsa dalam Bidang Parasitologi Hidupan Akuatik
Alam Semulajadi

Tanya Saintis: Kenali Nadhirah Syafiqah Suhaimi, Penyelidik Malaysia yang Mengharumkan Nama Negara di Peringkat Antarabangsa dalam Bidang Parasitologi Hidupan Akuatik

3 months ago
Penyelidik Masa Hadapan: Superhuman atau Mangsa Brain Outsourcing?
Berita & Peristiwa

Penyelidik Masa Hadapan: Superhuman atau Mangsa Brain Outsourcing?

5 months ago
FUNTASTIC STEM Mini Carnival 2025 Memupuk Minat dan Literasi STEM dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
Berita & Peristiwa

FUNTASTIC STEM Mini Carnival 2025 Memupuk Minat dan Literasi STEM dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

6 months ago
Next Post
Ulasan Buku : Physics of the Impossible

Ulasan Buku : Physics of the Impossible

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In