23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 26, 2022
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

ANGKASA UKM Perlu Lebih Alat untuk Penyelidikan Termaju

Editor by Editor
29/10/2014
in Berita & Peristiwa
0 0
0

angkasa
Para saintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyelidik sel-sel barah, kuman dan cacing gelang di ruang angkasa lepas semasa dan selepas program Angkasawan pada tahun 2007 memerlukan peralatan khusus di bumi untuk meneruskan eksperimen mereka.

Salah seorang penyelidik projek itu, Dr Neoh Hui Min berkata mereka memerlukan simulator mikro graviti tiga dimensi untuk mensimulasikan kesan graviti sifar supaya mereka dapat melakukan eksperimen di makmal Penyelidikan Sains Angkasa di Institut Perubatan Biologi Molekul UKM (UMBI).

Beliau berkata demikian pada mesyuarat antara saintis Malaysia dan Dr Chiaki Mukai, angkasawan wanita pertama Jepun dan Pengarah Pusat Perubatan Gunaan Angkasa dan Penyelidikan Manusia di Agensi Penerokaan Angkasa Jepun  (JAXA) sempena sambutan Hari Angkasawan Negara Ketujuh di sini hari ini.

Dr Neoh bertanya sama ada Jepun berminat untuk membantu dengan mengadakan projek-projek penyelidikan bersama UMBI.

Turut hadir pada pertemuan itu Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, angkasawan pertama Malaysia yang membantu menjalankan sebahagian daripada uji kaji ke atas sel-sel kanser dan mikrob di angkasa apabila beliau pergi ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007.

Dr Neoh berkata penyelidik UKM ingin terus menyelidik kesan simulasi mikrograviti pada profil ekspresi gen dan fenotip biologi Caenorhabditis elegans.

Caenorhabditis Elegans adalah cacing gelang atau nematod yang hidup bebas dalam tanah yang terdapat di banyak tempat di dunia dan mendapat makanannya daripada mikrob atau kuman.

Ia adalah satu sistem model penting untuk penyelidikan biologi seperti genomik, biologi sel, sains saraf dan penuaan.

Dr Neoh berkata menggunakan cacing gelang mempunyai banyak kelebihan, seperti kitaran hidup pendek, genom padat, pembangunan stereotaip, mudah membiak dan saiz kecil berbanding uji kaji ke atas haiwan yang lebih tinggi.

Selain itu, seluruh genom C. elegans telah diurutkan dan ini lebih memudahkan tugas mereka.

Beliau berkata mereka ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perubahan ekspresi gen-gen yang terlibat dalam umur panjang, pembaikan DNA dan pergerakan serta kesan yang mungkin berlaku dalam penerbangan angkasa lepas pada jangka panjang masa depan dan penerokaan planet.

Bahkan jika tidak mempunyai peluang untuk keluar ke ruang angkasa pun mereka sekurang-kurangnya dapat melakukan penelitian lebih lanjut dengan menggunakan simulator mikro graviti.

Selain daripada peralatan untuk mensimulasikan mikrograviti di bumi, penyelidik perlu mengawal tahap hidup C. elegans dalam satu generasi untuk ekspresi gen tepat dan melakukan eksperimen yang dijalankan ke atas kedua-dua agar-agar dan cecair.

Penyelidikan C. elegans UMBI di ruang angkasa telah bermula pada tahun 2006 melalui kerjasama antara ahli-ahli sains UKM dengan Universiti Pittsburgh dan syarikat bioteknologi BioServe di Colorado.

Eksperimen itu dilakukan oleh rakan kongsi penyelidikan UMBI di angkasa lepas apabila mereka terbang dengan kapal Shuttle STS116 pada Disember tahun 2006.

Kajian itu adalah untuk melihat kesan penerbangan angkasa lepas yang agak lama (lebih dari 6 bulan) pada C. elegans selepas beberapa generasi.

UMBI juga bekerjasama dengan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) untuk mengesan kesan mikrograviti pada C. elegans, yang mana mereka memerlukan simulator secepat mungkin.

Penyelidikan angkasa lepas UMBI itu dipimpin oleh Prof Datuk Dr A Rahman A Jamal dan dianggotai Dr Neoh serta enam orang lain dalam pasukan tersebut.

 Sumber- UKM News

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: AngkasaUKMUMBI
ShareTweetShare
Previous Post

Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail memenangi Anugerah Karya Ilmiah 2014

Next Post

Pejuang Bahasa Melayu Untuk Sains Dan Matematik Yang Tidak Kenal Penat

Editor

Editor

Related Posts

Kajian; ‘Bakteria Baik’ Boleh Membantu Merawat Kemurungan
Berita & Peristiwa

Kajian; ‘Bakteria Baik’ Boleh Membantu Merawat Kemurungan

13 hours ago
Umpun Bakau: Bukan Sekadar Umpan
Alam Semulajadi

Umpun Bakau: Bukan Sekadar Umpan

14 hours ago
Kitar Semula Plastik; Kurangkan Sisa, Selamatkan dunia
Alam Semulajadi

Kitar Semula Plastik; Kurangkan Sisa, Selamatkan dunia

7 days ago
PENYU: Transisi Nilai bagi Masyarakat Kepulauan di Terengganu
Alam Semulajadi

PENYU: Transisi Nilai bagi Masyarakat Kepulauan di Terengganu

2 weeks ago
Next Post
Pejuang Bahasa Melayu Untuk Sains Dan Matematik Yang Tidak Kenal Penat

Pejuang Bahasa Melayu Untuk Sains Dan Matematik Yang Tidak Kenal Penat

  • Makan Durian dan ‘Panas’ Badan?

    Makan Durian dan ‘Panas’ Badan?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In