Thursday, September 11, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Apa ada dengan Mekanik Kuantum ?

Editor by Editor
07/02/2017
in Fizik
0 0
0
Oleh: Nur Afifa Bt. Khairul Anuar
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Major Fizik | Universiti Putra Malaysia
 
Hai! Mungkin anda pernah didedahkan dengan perkataan kuantum (quantum) ketika anda belajar dahulu? Jika anda berada dalam aliran sains, anda pasti pernah mendengar sekurang-kurangnya sekali perkataan ini – ia membawa maksud unit yang terkecil bagi kuantiti-kuantiti fizikal seperti tenaga atau jirim.
Tetapi, bagi sesiapa yang masih lagi kurang jelas atau sebenarnya memang tak pernah dengar pun pasal kuantum, sila bertenang!
Mekanik kuantum adalah salah satu cabang fizik yang berasaskan bidang teori yang mengkaji sesuatu elemen dalam skala mikroskopik dan menerangkan teori-teori tersebut dalam bentuk kebarangkalian.
Kenapa kebarangkalian/kemungkinan? Ini kerana, mekanik kuantum adalah segalanya yang mengenai kebarangkalian (probability). 
Opps iklan sekejap!
Jika dibandingkan masa kini dan dahulu, penglibatan para saintis, tenaga pengajar mahupun pelajar ke arah bidang fizik kuantum dilihat semakin meningkat dari hari ke hari. Jika anda berminat untuk mengkaji bidang mekanik kuantum, anda boleh mencuba dan mencipta peluang anda di IPTA-IPTA seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) kerana kepakaran dalam bidang teori di Malaysia buat masa ini tidak ramai.
Berbalik kepada topik, iaitu mekanik kuantum. Di dalam mekanik kuantum, terdapat beberapa skop kuantum yang lain yang perlu kita ketahui seperti Pengkomputeran Kuantum (Quantum Computation), Harmonik Kuantum (Quantum Harmonics), Optik Kuantum (Quantum Optics), Graviti Kuantum (Quantum Gravity), Kimia Kuantum (Quantum Chemistry) dan banyak lagi. Mungkin bagi segelintir orang pasti mempersoalkan kenapa perlu lagi kita berfikir dan menerangkan sesuatu kejadian secara kuantum, sedangkan kebanyakan perkara yang berlaku di sekeliling sudah diterangkan melalui ilmu mekanik klasik?
Jawapannya, jeng jeng jeng, , sebab ilmu fizik kuantumlah yang akan menyempurnakan ilmu mekanik klasik dan akan menerangkan sesuatu yang kita tak tahu!
Apa ni! Tak fahamlah!
Ha, okay, senang cerita macam inilah. Kita letakkan subjek kita adalah seorang manusia. Pergerakan seorang manusia tersebut secara fizikalnya seperti berlari, menari dan sebagainya boleh diterangkan melalui ilmu mekanik klasik dan setiap pergerakan itu boleh dikira melalui Hukum Newton. Tetapi jika dikecilkan lagi skop fizikal manusia itu kepada sistem saraf manusia tersebut, ilmu mekanik klasik tidak dapat menerangkan dengan lebih terperinci. Sistem saraf diselaputi membran di dalam dan di luar. Terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas pada dalam dan luar saraf. Mineral dalam tubuh mengandungi cas positif dan negatif seperti kalium, natrium dan klorida. Dalam keadaan normal, cas lebih negatif akan berada di dalam saraf berbanding di luar saraf. Hanya apabila berlaku rangsangan, keseimbangan cas akan berubah dan membuka ruang untuk cas positif memasuki ke dalam saraf. Apabila cas negatif diperolehi oleh manusia tersebut, secara tidak langsung dia sendiri akan mengalami satu kejutan elektrik tetapi dalam voltan yang kecil.
Jadi? Apa kaitan dengan manusia yang tengah berlari tadi?
Jawapannya adalah, proses geseran antara permukaan baju manusia dan dwicas yang mungkin terhasil boleh diterangkan melalui ilmu mekanik kuantum iaitu Keupayaan Morse (Morse Potential).
Tindak balas dalam sel saraf melalui Keupayaan Morse yang bersangkut paut dengan Mekanik Kuantum
Cukup berbeza tak dimensi antara mekanik klasik dan mekanik kuantum itu tadi?
Dalam dunia kuantum, perkara asas yang kita kena tahu adalah Ruang Hilbert (Hilbert Space). Ruang Hilbert merupakan dimensi ketakterhinggaan (infinity) dalam Ruang Euclid (Euclidean Space). Jadi, apa sahaja yang berlaku dalam satu dimensi, lima dimensi, D-dimensi dan lain-lain dimensi yang boleh berlaku dalam dunia kuantum boleh diterangkan melalui ruang ini.
Salam fizik dari saya!
Bersambung…
Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Kembara PhD di ‘Down Under’: Petua dan Pengalaman Berguna

Next Post

Genetik Chimera: Gabungan Sel Manusia dan Babi

Editor

Editor

Related Posts

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa dalam International Physics Olympiad (IPhO) 2025
Berita & Peristiwa

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa dalam International Physics Olympiad (IPhO) 2025

2 months ago
Meneroka Misteri Alam Semesta: Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah & Eksperimen COMET
Berita & Peristiwa

Meneroka Misteri Alam Semesta: Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah & Eksperimen COMET

2 months ago
Kaedah Geofizik dalam Mitigasi Bahaya Tanah Runtuh
Alam Semulajadi

Kaedah Geofizik dalam Mitigasi Bahaya Tanah Runtuh

8 months ago
Mesyuarat Negara-negara ASEAN dalam Bidang Sains dan Teknologi Kuantum
Berita & Peristiwa

Mesyuarat Negara-negara ASEAN dalam Bidang Sains dan Teknologi Kuantum

1 year ago
Next Post
Genetik Chimera: Gabungan Sel Manusia dan Babi

Genetik Chimera: Gabungan Sel Manusia dan Babi

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In